Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.han.tar] | مڠهانتر

Definisi : , menghantarkan meletak­kan (di tanah dll) sembarangan sahaja, meng­geletak: dihantarkannya tangan kanan ke atas bahu kirinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.han.tar] | مڠهانتر

Definisi : 1. mengiringkan (membawa, mengawal, mengawani, menemani) seseorang ke sesuatu tempat tertentu dan mening­galkannya di situ: setiap hari ayah ~ kami ke sekolah dgn keretanya; 2. membawa atau menyebabkan bergerak dr satu tempat ke tempat lain, mengalirkan: pam jantung di sebelah kanan ~ darah masuk ke dlm paru-paru melalui salur nadi; 3. menyampaikan surat (kad jemputan, laporan, dsb) melalui alat perhubungan (spt pos, telegraf, dsb), mengirim: dia ~ surat kpd ayahnya setiap bulan; 4. membawa utk diberikan (disampai­kan) kpd seseorang dsb: dia datang ke rumah ~ surat itu; 5. membawa ke sesuatu tempat (utk tujuan tertentu): ~ manusia ke bulan; ~ kereta ke bengkel utk dibaiki; 6. menyertakan sesuatu (utk dipertandingkan dsb): dlm pertandingan itu, Ramli ~ dua buah lukis­annya; 7. membiayai pelajaran dsb, mema­sukkan (ke sekolah dsb yg tertentu): kerajaan telah ~ ramai pelajar bumiputera ke luar negeri; ~ anaknya ke sekolah aliran Melayu; 8. menyuruh (mengarahkan, me­min­ta, me­maksa, dsb) pergi ke sesuatu tempat (utk melaksanakan sesuatu tugas dsb): ~ bala tentera ke sempadan; ~ perwakilan ke sesuatu persidangan; 9. menendang (membaling, memukul) bola ke sesuatu tempat atau kpd seseorang pemain lain (dlm permainan bola sepak, hoki, badminton, dll): Hassan ~ bola ke pintu gol; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.han.tar] | مڠهانتر

Definisi : 1 menemani, mengawani, mengiringi orang berjalan: Dia ~ neneknya pulang ke Ipoh. 2 membawa; mengirim: Posmen ~ surat ke rumah Ali. 3 memasukkan ke (sekolah dsb); membiayai pelajaran dll: Banyak ibu bapa yg ~ anak mereka belajar di sekolah itu. Setiap tahun, kerajaan ~ para pelajar ke luar negara utk melanjutkan pelajaran. 4 mengirim (membawa) ke sesuatu tempat utk sesuatu tujuan: Negara kita telah ~ dua orang peserta dlm perlumbaan itu. ~ manusia ke bulan; ~ pasukan tentera ke perbatasan. 5 memberikan (menendang, memukul dsb) bola, bulu tangkis dll: Bulu tangkis itu dihantar betul-betul atas garisan tepi gelanggang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hantar
Kata Terbitan : berhantar, menghantar, hantar-menghantar, hantaran, penghantaran, penghantar,

Puisi
 

Dari Acheh bersapu tangan,
     Gajuk tiang mana nak cabut;
Jikalau kasih menghantar teman,
     Jikalau sayang berbilang rambut.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
launchlancaran; lancarKejuruteraanTiada1. Menghantar pergi kenderaan roket di bawah kuasa roketnya sendiri, seperti roket pesawat udara berpandu dan kenderaan angkasa.,2. Menghantar pergi luncuran atau pesawat udara dengan menggunakan lastik atau menggunakan daya inersia, seperti melepaskan bom daripada pesawat udara yang sedang terbang.,3. Memberikan kepada kuar angkasa dorongan tambahan untuk penerbangan ke angkasa sebaik-baik ia akan berpisah dari kenderaan pelancarnya.
nectarnektarPentadbiran PerniagaanTiada1. Unit fungsi asas bagi sistem saraf, iaitu sel yang khusus untuk menghantar impuls saraf elektrik, dan menghantar maklumat dari satu bahagian ke bahagian lain pada tubuh.
neuron(e)neuronPentadbiran PerniagaanTiada1. Unit fungsi asas bagi sistem saraf, iaitu sel yang khusus untuk menghantar impuls saraf elektrik, dan menghantar maklumat dari satu bahagian ke bahagian lain pada tubuh.
entity authenticationpengesahan entitiTeknologi MaklumatTiadaProses mengenal pasti kesahihan identiti entiti yang menghantar data. Contoh: Jika A hantar mesej kepada B, maka B boleh sahkan sama ada A ialah pengguna yang menghantar mesej tersebut.
knock sensorpenderia ketukanKejuruteraan AutomotifEnjinPenderia yang mengesan letupan dalam kebuk pembakaran dan menghantar isyarat kepada modul kawalan elektronik atau modul kawalan rangkaian kuasa. Keadaan ini menyebabkan modul kawalan elektronik menghantar isyarat kepada sistem pencucuhan untuk merencat pencucuhan seketika sehingga letupan berakhir.
wireless LANLAN wayarlesTeknologi MaklumatTiadaSuatu rangkaian kawasan setempat yang menghantar isyarat gelombang elektromagnet melalui udara (tanpa menggunakan kabel) dengan menggunakan jalur frekuensi pembawa 2.4GHz atau 5GHz. Stesen tapak wayarles yang bertindak sebagai titik capaian internet disambung ke rangkaian Ethernet dengan menggunakan kabel. Titik capaian ini boleh menghantar isyarat frekuensi radio ke dalam kawasan yang jaraknya beberapa meter walaupun terdapat dinding dan lain-lain halangan bukan logam. Piawai LAN wayarles yang popular sekarang ialah IEEE 802.11 yang dikenali sebagai Wi-Fi. Contoh lain seperti Bluetooth dan irDA (infra merah).
wireless LANLAN wayarlesTeknologi MaklumatTiadaSuatu rangkaian kawasan setempat yang menghantar isyarat gelombang elektromagnet melalui udara (tanpa menggunakan kabel) dengan menggunakan jalur frekuensi pembawa 2.4GHz atau 5GHz. Stesen tapak wayarles yang bertindak sebagai titik capaian internet disambung ke rangkaian Ethernet dengan menggunakan kabel. Titik capaian ini boleh menghantar isyarat frekuensi radio ke dalam kawasan yang jaraknya beberapa meter walaupun terdapat dinding dan lain-lain halangan bukan logam. Piawai LAN wayarles yang popular sekarang ialah IEEE 802.11 yang dikenali sebagai Wi-Fi. Contoh lain seperti Bluetooth dan irDA (infra merah).
to passmenghantarPendidikanTiadaTiada
dielectricdielektrikPerubatanTiada1. Menghantar kesan elektrik secara pengaruhan, bukannya secara pengaliran.
Assymmetric Digital Subscriber Line [ADSLTalian Pelanggan Digital Asimetri [ADSL]Teknologi MaklumatTiadaTeknologi yang dibangunkan oleh Bell Labs untuk menghantar video dan audio digital termampat melalui talian telefon biasa dengan menggunakan modem khas. Ia melibatkan saluran data sehala berkelajuan tinggi dan saluran kawalan berkelajuan rendah dwihala yang menjadikannya asinkroni. Pada asasnya ini bermakna seseorang boleh memuat turun lebih cepat daripada memuat naik. ADSL menyokong kelajuan data daripada 1.5 sehingga 9 Mbps apabila menerima data (dikenali sebagai kadar hiliran) dan 16 sehingga 640 Kbps apabila menghantar data (dikenali sebagai kadar huluan). Seperti DSL, teknologi ini menggunakan pendawaian kuprum sedia ada yang terdapat di kebanyakan rumah dan pejabat untuk menyediakan sambungan yang lebih cepat ke Internet. Perkakasan khusus disambungkan di kedua-dua hujung talian untuk membenarkan data dihantar melalui wayar pada kelajuan yang jauh lebih tinggi daripada pendawaian telefon piawai. Lihat juga DSL
12345678910...

Kembali ke atas