Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.han.tar.kan] | مڠهانترکن

Definisi : meletak­kan (di tanah dll) sembarangan sahaja, meng­geletak: dihantarkannya tangan kanan ke atas bahu kirinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.han.tar.kan] | مڠهانترکن

Definisi : = menghantar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menghantarkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, mengapakah tidak wujud bentuk "menghantarkan" dan "mengirimkan" dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua terbitan DBP? Adakah hal ini kerana bentuk "menghantar" dan "mengirim" sudah mencukupi untuk membawa maksud membawa barang ke sesuatu tempat? Jadi, "menghantarkan" dan "mengirimkan" ialah bentuk lewah, iaitu bentuk yang berlebih-lebihan daripada bentuk "menghantar" dan "mengirim"?Tidak semua kata mempunyai kata terbitan yang sama. Jika "hadiah" dan "anugerah" boleh menerbitkan kata "menghadiahkan" dan "menganugerahkan", rumus yang sama tidak terpakai pada semua perkataan. Inilah yang dikatakan kekecualian dalam bahasa Melayu. Jika tuan memerlukan penjelasan tentang kata "hantar" dan "kirim" tidak menerbitkan kata "menghantarkan" dan "mengirimkan", ada baiknya tuan berhubung terus dengan pihak yang berwenang dalam hal ini. Tuan boleh hubungi Editor Kamus Pelajar, Puan Aziah Tajuddin melalui talian 03-21479182/aziah@dbp.gov.my dan Editor Kamus Dewan, Puan Salmah Jabar , melalui talian 03-21479686/salmah@dbp.gov.my.Tatabahasa16.12.2014
Helmi : Narin, minta hantarkan buku ini ke bilik guru. Narin : ________ Respon di bawah sesuai? 1. *Baiklah, Helmi. Saya akan menghantarkan buku ini ke bilik buku. 2. *Baiklah, Helmi. Saya akan hantarkan buku ini ke bilik buku. Yang manakah lebih sesuai? Apakah perbezaannya dari segi tatabahasa, menghantarkan dan hantarkan? Terima kasih.Berdasarkan contoh dialog tersebut,  ayat yang betul ialah "Baiklah, Helmi. Saya akan menghantar buku ini ke bilik guru." 2. "Baiklah, Helmi. Saya akan hantarkan  buku ini ke bilik guru". Perkataan "menghantar" dan "hantarkan" diikuti oleh objek benda iaitu buku.
   
Tatabahasa05.11.2022
Helmi : Narin, minta hantarkan buku ini ke bilik guru. Narin : ________ Respon di bawah sesuai? *Baiklah, Helmi. Saya akan menghantarkan buku ini ke bilik buku. Arun : Anand, tong ambilkan saya kamus itu. Anand : ____ *Baiklah, Arun. Saya akan mengambilkan kamu kamus itu. Minta penjelasan jika tidak sesuai. Terima kasih.Baiklah, Helmi. Saya akan menghantarkan buku ini ke bilik buku. Baiklah, Arun. Saya akan mengambilkan kamu kamus itu. Kedua-dua ayat ini betul.Tatabahasa01.11.2022
cara-cara untuk menghantarkan karya dan di mana.Mohon hubungi Pengarah Penerbitan DBP, Tn. Hj. Khalik bin Sulaiman di no. 03-21479393 atau e-mel khalik@dbp.gov.my untuk perbincangan lebih terperinci.Karya21.03.2017
Saya memohon penjelasan tentang penggunaan perkataan ‘menghantar’ dengan ‘menghantarkan’. Apakah perbezaan antara dua perkataan tersebut? Terima kasih.
Menurut data kami, kedua-dua perkataan tersebut membawa maksud yang sama.
Lain-lain25.10.2018
Saya ingin menulis buku dalam bidang komputer untuk diterbitkan oleh DBP, bagaimanakah prosedurnya ?

Tuan boleh menghantarkan biodata tuan berserta kertas cadangan yang mengandungi judul, sinopsis, kandungan dan sasaran pembaca buku ini kepada Ketua Editor Bahagian Sains dan Teknologi, di alamat Dewan Bahasa dan Pustaka, Tingkat 18, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, atau e-mel jamal@dbp.gov.my.

Lain-lain02.04.2009
assalamualikum dan salam sejahtera. sebenarnya, saya adalah salah seorang peminat dewan sastera. jadi, soalan saya, bagaimanakah mahu menghantarkan puisi-puisi nukilan saya kepada pihak tuan

Karya sdr hendaklah dihantar kepada Editor Dewan Sastera, Bahagian Majalah, Aras 20, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau karya sdr boleh dihantar melalui e-mel: rozninah@dbp.gov.my. Sekiranya sdr penulis baru, karya boleh dihantar kepada  Puan Noraini Abdul Hamid, Editor Tunas Cipta atau e-mel:noraini3@dbp.gov.my

Lain-lain29.01.2009
BAGAIMANA PROSEDUR SEKIRANYA SAYA INGIN MEMOHON PENAJAAN DARIPADA PIHAK DBP?Tuan boleh membuat permohonan kepada Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka dengan menghantarkan surat atau e-mel.

Ketua Pengarah,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Menara DBP,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 KUALA LUMPUR.

hazami@dbp.gov.my; dina@dbp.gov.my
Lain-lain29.04.2024
Narin: minta hantarkan buku latihan ini ke bilik guru. (Berikan respons. Gambar menunjukkan Narin memegang buku. Helmi belum pegang buku itu lagi.) Helmi: Baiklah, Helmi. Saya akan menghantarkan buku latihan ini ke bilik guru./ Baik, Helmi. Saya akan hantarkan buku latihan itu ke bilik guru. Adakah kata ganti nama tunjuk perlu ditukarkan kepada itu semasa memberikan respons? Ataupun buku itu dekat pada matanya, maka perkataan ini boleh diguna pakai? Terima kasih atas bimbingan DBPKata ganti nama tunjuk "ini" bermaksud menunjuk pada yang dekat manakala "itu" menunjuk pada yang jauh.
Berdasarkan situasi dalam contoh ayat tersebut, kata ganti nama tunjuk yang betul ialah "ini" kerana buku tersebut berada berdekatan dengan Helmi.
Tatabahasa01.09.2021
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya berminat untuk menulis buku cerita kanak-kanak. Bagaimana boleh saya dapatkan panduan untuk penulisan bagi tujuan penerbitan? Kepada pihak manakah perlu saya hantarkan karya yang saya hasilkan dan bagaimanakah cara untuk menghantarkan karya saya?Salam, puan bolehlah berhubung dengan, Puan Azihani binti Md Mizan (Hajah), Perancang Bahasa di Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja di talian 03-21479293 atau e-mel azihani@dbp.gov.my untuk keterangan lanjut. Terima kasih.Karya24.06.2015
12

Kembali ke atas