Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ha.ram.kan] | مڠحرامکن

Definisi : memandang (menganggap, menyatakan) haram (tidak halal), melarang, menegah: agama Islam ~ penganut-pe­nganutnya minum arak, berjudi dan me­lakukan beberapa perbuatan lain; 2. tidak membenarkan (mengizinkan, melulus­kan, dsb), menetapkan (mengisytiharkan) sbg me­langgar undang-undang, menegah: keraja­an telah ~ penerbitan buku itu; 3. berteguh hati (berazam) utk tidak melakukan sesuatu: dia ~ dirinya drpd memasuki tempat yg terkutuk itu lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ha.ram.kan] | مڠحرامکن

Definisi : 1 memandang (menetapkan) haram; mengatakan haram; melarang; menegah: Agama Islam ~ orang-orang Islam meminum arak atau berjudi. 2 melarang drpd melakukan sesuatu; menegah: Kerajaan telah ~ orang ramai membaca majalah itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
haram
Bahasa Asal :Arab
1. Bersinonim dengan ditegah
( dilarang, dicegah, )
(adjektif:)

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan sungguh-sungguh, betul-betul, beriya-iya, benar-benar, sedikit pun, langsung,
(kata tugas:)

Kata Terbitan : mengharamkan, pengharaman,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
IKATAN PEMUDA TANAH AIRIKATAN PEMUDA TANAH AIR, pertubuhan politik kiri. Pertubuhan ini ditubuhkan pada 29 September 1947 setelah British mengharamkan Angkatan Pemuda Insaf (API). Pertubuhan ini diketuai oleh Wahi Annuar, pengarang majalah Pelopor dan juga anggota kanan New Democratic Youth LeagueSEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
REVOLUSI GEMILANG

Revolusi Gemilang berlaku pada tahun l688

bagi menamatkan pemerintahan Raja James II di

England dan melantik William III dan Mary II

sebagai pewaris takhta. Revolusi itu memantapkan

hak Parlimen untuk mengawal warisan terhadap

takhta dan mengehadkan kuasa raja. Pada tahun

l689, Parlimen meluluskan Rang Undang-undang

Hak Asasi yang mengharamkan penganut Roman

Katolik daripada menaiki takhta dan melarang

seseorang raja daripada menangguh undang-undang,

mengekalkan angkatan tentera ketika

aman, atau pengenaan cukai tanpa kelulusan

Parlimen.

UMUM 
IHRAM

Ihram, mengisytiharkan sesuatu menjadi haram atau mengharamkan sesuatu.

AGAMAKonsep
MUHARAM

Muharam, bulan yang pertama mengikut

kalendar Hijrah. Ia dinamakan Muharam kira-kira

pada tahun 412 M., ketika zaman Kilab ibn Murrah,

iaitu datuk kelima kepada Rasulullah s.a.w. Bulan ini

dinamakan Muharam kerana pada bulan ini orang

Arab diharamkan berperang dan membuat serbuan.

Dikatakan juga, ia dinamakan Muharam kerana pada

masa itu mereka saling berperang dan melakukan

pembunuhan yang besar, lalu mereka

mengharamkan pembunuhan. Oleh sebab itu,

mereka menamakan bulan itu Muharam.

UMUM 
MESKALINA

Meskalina ialah sejenis dadah kuat yang boleh

mengubah apa yang dilihat dan didengar serta

meningkatkan emosi seseorang. Dadah ini diperoleh

daripada bahagian atas atau ‘butang’ pokok kaktus

peyote, yang banyak tumbuh di kawasan Mexico dan

Tenggara Amerika Syarikat. Native American Church

yang mempunyai ahli daripada kalangan Orang Asli

Amerika, menggunakan peyote dalam upacara suci

keagamaan. Di Amerika Syarikat, Undang-undang

Persekutuan mengharamkan pemilikan atau

penggunaan dadah ini kecuali untuk tujuan

keagamaan itu sahaja.

UMUM 

Kembali ke atas