Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.har.ga.i] | مڠهرݢاءي

Definisi : 1. memberi (menetapkan) harga, menaksir harga, menilaikan: barang jual­annya dihargainya terlalu tinggi; aku tidak mahu menjual kereta itu kerana orang ~nya terlalu rendah; 2. memberikan peng­hor­matan (pujian, sanjungan, dsb), meng­anggap penting (berfaedah): penerbit belum tahu ~ karya pengarang; khidmat dan sumbangannya tidak dihargai orang; 3. menghormati, memuliakan, mengendahkan: dia tidak ~ orang tuanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.har.ga.i] | مڠهرݢاءي

Definisi : 1 memberikan atau menentukan harganya; menilai: Dia tidak mahu menjual keretanya kerana orang ~nya terlalu rendah. 2 memuliakan; menghormati; menganggap penting; mengendahkan: Sbg ~ jasanya yg besar itu, Florence Nightingale telah dianugerahi kehormatan “Order of Merit” oleh Raja England dlm tahun 1907. Nasihatnya tidak dihargai orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
harga (kata nama)
1. Bersinonim dengan bayaran: belanja, perbelanjaan, kos, caj, tambang, yuran, nilai, tol, kadar,

2. Bersinonim dengan faedah: kualiti mutu, manfaat, guna, kepentingan, erti, makna,

Kata Terbitan : berharga, menghargai, menghargakan, penghargaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat yang manakah tepat tanda bacaannya. A) Kita haruslah menghargai masa contohnya Siti bangun awal setiap pagi. B) Kita haruslah menghargai masa. Contohnya, Siti bangun awal setiap hari. C) Kita haruslah menghargai masa contohnya, Siti bangun awal setiap hari.Kita haruslah menghargai masa. Contohnya, Siti bangun awal setiap hari.Tatabahasa17.02.2014
Tuan, ayat mana lebih tepat? 1) berasaskan kepada prinsip menghargai kejadian manusia. 2) berasaskan prinsip menghargai kejadian manusia.Jawapan yang lebih tepat ialah nombor 2, iaitu "berasaskan prinsip menghargai kejadian manusia".Tatabahasa28.03.2013
ayat majmuk: i. Kempen Derma Hari Pahlawan akan diadakan. ii. Kempen Derma Hari Pahlawan menghargai jasa perwira negara. a. Kempen Derma Hari Pahlawan akan diadakan untuk menghargai jasa perwira negara. b. Kempen Derma Hari Pahlawan untuk menghargai jasa perwira negara akan diadakan. Jawapan mana satu lebih sesuai atau kedua-dua jawapan boleh diterima. Minta penjelasan, terima kasih.Kedua-dua jawapan bagi ayat majmuk yang telah diberikan tidak ada kesalahan dan boleh digunakan.Tatabahasa13.07.2017
Saya amat menghargai slogan "Betulkan yang biasa, biasakan yang betul". Sejauh manakah amalan slogan tersebut terpakai dalam memperbetulkan sebutan dan fahaman masyarakat yang tersilap sejak dahulu - merujuk kepada salah satu perkataan di dalam Kamus Dewan dan Kamus Pelajar - iaitu perkataan "muhrim" dan "mahram"?Untuk makluman tuan, pelbagai program/aktiviti yang dijalankan oleh DBP bagi memastikan penggunaan bahasa Melayu yang betul. Selain Khidmat Nasihat DBP yang membantu menyelesaikan hal berkaitan bahasa, sastera, penerbitan, korporat dan pentadbiran DBP, terdapat banyak program/aktiviti lain yang dilaksanakan oleh DBP. Antaranya ialah Khidmat Pengesahan Bahasa, Pantau Tegur Bahasa, program promosi seperti kerjasama dengan media elektronik dalam rancangan radio, Klinik Jawi, rujukan Siri Pedoman Bahasa dan Lembar Bahasa, serta banyak lagi. Tuan boleh melayari laman web DBP untuk mengetahui dengan lebih lanjut. DBP sentiasa mengalu-alukan kerjasama dan sokongan pengguna bahasa bagi memastikan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara digunakan secara betul dan baik. Lain-lain12.09.2013
Kita harus menghargai masa lapang kerana masa itu emas/"Masa itu emas".Soalan anda tidak jelas. Sila kemukakan soalan yang lebih jelas.Lain-lain05.07.2010
1. Kita harus menghargai masa kerana masa itu emas. Atau Kita harus menghargai masa kerana "Masa itu Emas". 2.Tidak perlu menggunakan pengikat kata dalam ayat tersebut.Tatabahasa27.07.2010
Salam Sejahtera. Untuk ucapan terima kasih, manakah yang lebih sesuai antara berbudi bahasa dengan menghargai jasa. Sekian.Ucapan terima kasih lazimnya diucapkan kerana membalas budi atau menghargai jasa yang diberi.Tatabahasa02.03.2012
Aminah membalut buku-buku teks yang telah diberi oleh gurunya. Apakah nilai murni yang kita peroleh daripada ayat ini? Menghargai harta benda atau bertanggungjawab?Kedua-dua nilai murni, iaitu menghargai harta benda dan bertanggungjawab boleh dikaitkan dengan ayat tersebut. Untuk tujuan peperiksaan sila rujuk guru di sekolah saudara.Lain-lain01.05.2013
Salam. Adakah boleh digunakan kosa kata "hormat" selain untuk manusia? Contohnya, menghormati masa, hormat akan alam sekitar, menghormati disiplin, hormat akan tumbuhan. Terima kasih...Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, hormat ialah 1 perbuatan yang menunjukkan rasa khidmat atau takzim kepada seseorang: Apabila guru masuk ke bilik darjah, murid-murid pun berdiri memberi ~ kepadanya. 2 menaruh atau memberi pengharga­an terhadap seseorang: Wajib kita ~ kepada ibu dan bapa kita. 3 sopan; santun; takzim: Budak itu sangat ~.

Bagi masa, alam sekitar, tumbuhan, frasa yang boleh digunakan ialah menghargai iaitu menghargai masa, menghargai tumbuhan dan lain-lain yang bersesuaian.
Tatabahasa25.07.2013
Salam sejahtera. Penggunaan kata sebagaimana dalam ayat ini betul? Ayat: Kita haruslah menghargai masa sebagaimana Siti bangun awal setiap pagi.

Berdasarkan Kamus Dewan, "sebagaimana" bermaksud seperti (yang dikehendaki dan lain-lain), sama (halnya) dengan, seperti mana. Oleh itu, "sebagaimana" boleh digunakan dalam ayat yang diberikan dengan sedikit pembetulan. Ayat: Kita haruslah menghargai masa sebagaimana Siti yang bangun awal setiap pagi. 

Tatabahasa15.02.2014
12345678

Kembali ke atas