Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ha.ru.kan] | مڠهاروکن

Definisi : 1. menimbulkan huru-hara, mengacaukan, merusuhkan: penempatan se­mula dikerjakan utk menyelamatkan orang kampung drpd diharukan pengganas komu­nis; 2. merusuhkan, menggelisahkan, merun­singkan: pasti ada sesuatu dlm kepalanya yg ~ fikirannya; 3. merawankan hati, memilu­kan, menyayukan: bunyi yg indah dapat ~ perasaan pendengar; suasana di majlis yg sungguh-sungguh ~, sedih dan sayu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ha.ru.kan] | مڠهاروکن

Definisi : 1 menimbulkan keadaan tidak aman; merusuhkan; mengacau-bilaukan: Berbagai-bagai perkara yg ~ hatinya berlaku pd malam itu. Tindakan yg mendadak telah ~ kedamaian kampung itu. 2 ki menimbulkan perasaan pilu, sedih dsb; memilukan; menyedihkan; menyayukan (hati): Kisah serangan ke atas kota Melaka oleh orang-orang Belanda ialah satu peristiwa yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
haru
Kata Terbitan : mengharu, mengharukan, terharu, keharuan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Tuan. Yang manakah lebih tepat? “Mengguris hati” atau “menggores hati”? Saya hargai pendapat pihak tuan. Terima kasih.Waalaikumsalam,

Ejaan yang betul bagi perkataan mengguris ialah "menggores". Makna bagi perkataan tersebut ialah menggaris, mencalar, menggarit; menggores hati bermaksud melukakan (menyakitkan) hati, mengharukan. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, di bawah entri "gores".
Ejaan01.06.2018
Adakan perkataa 'mengguris' wujud? saya tidak dapat mencari perkataan ini dalam Kamus Dewan tetapi setahu saya banyak orang yang menggunakan perkataan ini seperti mengguris hati saya. Tolong jelaskan. Terima kasih.Ejaan yang betul bagi perkataan mengguris ialah "menggores". Makna bagi perkataan tersebut ialah menggaris, mencalar, menggarit; menggores hati bermaksud melukakan (menyakitkan) hati, mengharukan. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, di bawah entri "gores".Istilah15.12.2009
1. Amin murid kelas Dua Merah. dalam ayat di atas, perlukah perkataan kelas ditulis dengan huruf besar? 2. Perkataan 'mengguris' tidak terdapat dalam Kamus Dewan, tetapi saya selalu terbaca perkataan ini terutamanya dalam bahasa laras sastera. Minta penjelasan. Terima kasih.

1. Ditulis dengan huruf besar kerana dianggap sebagai nama khas - Amin ialah murid Kelas Dua Merah.

2. Ejaan yang betul bagi perkataan mengguris ialah "menggores". Makna bagi perkataan tersebut ialah menggaris, mencalar, menggarit; menggores hati bermaksud melukakan (menyakitkan) hati, mengharukan

Ejaan02.04.2009

Kembali ke atas