Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ha.rum.kan] | مڠهارومکن

Definisi : 1. menyebabkan berbau harum, mewangikan: minyak wangi dipakai utk ~ badan; 2. menyebabkan mendapat nama baik (masyhur dsb): dgn kemenangan-kemenangannya itu Jega telah ~ nama Malaysia dlm bidang sukan antarabangsa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ha.rum.kan] | مڠهارومکن

Definisi : 1 menjadikan (berbau) harum; mewangikan: Minyak wangi itu dipakai utk ~ badan. 2 ki menyebabkan mendapat nama baik (ma­sy­hur, terkenal dll): Hang Tuah ialah salah seorang pahlawan Melayu yg telah ~ nama bangsa kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
harum (adjektif)
1. Dalam konteks bau
bersinonim dengan wangi, sedap, nyaman, semerbak, enak, raksi, resi,

2. Dalam konteks nama
bersinonim dengan termasyhur, terkenal, baik, dipuji, naik, terangkat,

Kata Terbitan : mengharum, mengharumkan, harum-haruman, keharuman,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Apakah ayat ini betul? Saya mahu jadi jaguh sukan sepertinya. Saya mahu mengharumkan nama negara. 2. Bagaimanakah cara sebutan atlet? E taling atau e pepet?

Ayat yang betul ialah “Saya mahu menjadi jaguh sukan sepertinya. Saya mahu mengharumkan nama negara.” Kedua-dua ayat ini boleh juga digabungkan menjadi ayat majmuk “Saya mahu menjadi jaguh sukan sepertinya dan mahu mengharumkan nama negara.” Sebutan “atlet” ialah [at.lét]  dengan sebutan e (taling).  

Tatabahasa11.10.2021
Tokoh Murid pada tahun ini ialah Aidil Razif bin Abdul Rahim yang telah mengharumkan nama sekolah dalam banyak pertandingan yang disertainya. Adakah betul ejaan huruf bagi perkataan Tokoh Murid atau Tokoh murid?Ejaan yang betul ialah:
 Tokoh murid pada tahun ini ialah Aidil Razif bin Abdul Rahim yang telah mengharumkan nama sekolah dalam banyak pertandingan yang disertainya. 
Ejaan05.03.2020
Adakah "persada" boleh digunakan dalam ayat berikut? Beliau pernah mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Terima kasih.Perkataan persada tidak sesuai digunakan dalam ayat yang tersebut. Perkataan yang betul ialah pada peringkat antarabangsa.Tatabahasa22.02.2012
Assalamualaikum, adakah ayat di bawah mempunyai nilai: 'JIKA MENANG DALAM BERSUKAN, KITA DAPAT MENGHARUMKAN NAMA SEKOLAH' Jawapan yang saya beri ialah menghargai jasa. keputusannya saya tidak tahu lagiSila rujuk guru bahasa Melayu di sekolah untuk mengetahui jawapan yang tepat. Pangkalan data kami tidak membekalkan data khusus tentang teknik pembelajaran bagi tujuan peperiksaan. Aspek nilai terkandung dalam teknik peperiksaan kertas Bahasa Melayu.Lain-lain09.09.2015
Menurut peristiwa sejarah sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayah dengan menjajah negara lain .Impaknya,anak-anak mereka akan mencintai negara kita untuk meningkatkan kebolehan dan kemahiran diri supaya dapat mengharumkan nama negara di watan Malaysia kerana anak-anak merupakan pemuda harapan bangsa pemudi tiang negara.Ibu bapa semestinya meneruskan untuk membangkitkan semangat cinta akan negara untuk anak . Selain itu ibu bapa harus mengubah sikap dan lebih prihatin dalam situasi negara.Di negeri Malaysia,anak sering bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.Anak kerap menitikberatkan dan menjaga diri sahaja.Hal ini dikatakan demikian kerana anak tidak memberi prihatin dalam berita atau peristiwa yang dihadapi oleh kerajaan atau masyarakat.Anak kerap mengambil benar dalam peristiwa yang tidak berguna dalam media massa British media cetak media elektronik dan media alternatif.Video-video dan berita yang banyak akan mencermakan minda anak-anak mereka. Salam,Saya nak tahu akan semua ayat ada kesalahan tatabahasa atau kesalahan istilah tak?Jika ada,bolehkah membetulkan kesalahan yang saya buat.Terima kasih.
Menurut peristiwa sejarah, sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayah dengan menjajah negara lain. Impaknya, anak-anak akan mencintai negara untuk meningkatkan kebolehan dan kemahiran diri supaya dapat mengharumkan nama Malaysia kerana anak-anak merupakan harapan bangsa dan pengemudi negara.

Ibu bapa perlu membantu untuk membangkitkan semangat cinta akan negara. Selain itu, ibu bapa harus mengubah sikap dan lebih prihatin dalam sesuatu keadaan di dalam negara.

Di Malaysia, anak-anak sering bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Anak-anak kerap menitikberatkan dan menjaga diri sahaja.

Hal ini  kerana anak-anak tidak memberikan prihatin dalam berita atau peristiwa yang dihadapi oleh kerajaan atau masyarakat. Anak-anak kerap mengambil berat dalam peristiwa yang tidak berguna dalam media massa British sama ada melalui media cetak, media elektronik dan media alternatif. Video-video dan berita yang tidak ditapis akan mencemarkan minda anak-anak.

Puan perlulah banyak membaca bahan bacaan bahasa Melayu untuk menambah baik penguasaan bahasa Melayu. Sila rujuk Kamus Dewan dan buku Tatabahasa Dewan untuk rujukan. 


Tatabahasa27.01.2021
Bolehkan diguna ayat "ucapan sekalung tahniah atau sekalung penghargaan" sedangkan kita tahu perkataan kalung itu adalah untuk benda yang dipakai di leher.Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, perkataan sekalung juga membawa maksud kata kiasan deretan kata-kata, ucapan tahniah dan sebagainya yang sekadarnya.

Contoh ayat: Sekalung tahniah untuk atlet yang mengharumkan nama negara dalam sukan yang berprestij tersebut.
Makna29.08.2021
Apakah makna/ istilah yang sesuai untuk: 1. Sukan Teras 2. Sukan Berprestasi Tinggi Terima kasih.Secara umumnya, sukan teras ialah kategori sukan yang terpilih untuk peningkatan mutu sukan negara di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, contohnya olahraga, bola sepak, badminton, boling dan hoki.

Sukan berprestasi tinggi pula ialah kategori sukan yang diuruskan dengan baik dan dapat mengharumkan nama negara dengan sumbangan pingat dalam pertandingan atau kejohanan sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Makna24.07.2023
Adakah perkataan"citra" diterima dan digalakkan untuk ditulis dalam karangan spm untuk menggantikan perkataan "imej".Merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 440 dan 818)

citra kata nama
1 gambaran keperibadian seseorang atau sesuatu pihak secara umum menurut tanggapan orang atau pihak lain:
Citra ini terbina hasil daripada himpunan kegiatan kakitangan UKM yang mengharumkan namanya di dalam atau di luar negara. Salah satu aspek untuk membentuk sikap patriotisme adalah dengan mencintai bahasa kerana bahasa merupakan citra sebuah bangsa.

2 bahasa klasik gambar, lukisan atau arca;

imej kata nama
1 gambaran keperibadian seseorang atau sesuatu menurut tanggapan orang atau pihak lain; citra:
Perubahan imej Jabur daripada kekampungan kepada kebandaran menjadi tanda tanya kawan-kawannya. Perbuatan gadis itu betul-betul memalukan nama dan imej sekolah kami.

2 gambaran seseorang atau sesuatu objek dalam fikiran:
Tiba-tiba terbayang imej ayahnya sedang bekerja. Imej rumah berhantu itu menakutkan saya.

3 gambaran mental atau asosiasi idea seseorang pengarang dalam sesebuah karya: Sastera Melayu banyak melukiskan imej-imej tradisi. imej wanita dalam novel-novel Khadijah Hashim;

4 gambar, terutamanya yang diukir menyerupai seseorang atau sesuatu:
Dia menghulurkan kepingan emas dengan imej binatang yang menyerupai seekor lembu.

5 Fizik
salinan sesuatu objek yang dihasilkan secara pemfokusan sinaran elektromagnet, bunyi atau cahaya yang terpancar daripada objek atau yang terpantul oleh objek;

Pengantian kata hanya memenuhi sebahagian daripada makna dan penggunaannya dalam konteks tertentu. Secara umumnya, kata citra lebih bersifat kejatidirian berbanding kata imej yang bersifat kata pinjaman.
Makna18.05.2023

Kembali ke atas