Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.hem.bus.kan] | مڠهمبوسکن

Definisi : meniupkan, mengeluar­kan (nafas, udara, dll) dgn meniup: pemuda itu ~ asap rokok ke muka kawannya; ~ nafas yg terakhir (penghabisan) meninggal dunia, mati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.hem.bus.kan] | مڠهمبوسکن

Definisi : mengeluarkan sesuatu (nafas, udara dsb dr mulut): Dia ~ asap rokok ke muka kawannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hembus
Kata Terbitan : berhembus, menghembus, menghembuskan, hembusan, penghembus,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ia pun menghembuskan nafas yang terakhir lalu kembali ke alam barzakh. Apakah kesalahan yang terdapat dalam ayat tersebut?Ayat tersebut betul penggunaan tatabahasa dan struktur ayat.Tatabahasa04.07.2013
Ia pun menghembuskan nafas yang terakhir lalu kembali ke alam barzakh. Apakah kesalahan yang terdapat dlm ayat di atas?Ayat tersebut boleh digunakan tetapi dari segi makna, ayat tersebut telah lewah iaitu kedua-duanya mempunyai maksud meninggal dunia.Tatabahasa29.06.2013
Adakah penggunaan kata dalam ayat berikut betul: 1. Pengunduran Li Dan dari Kejohanan Seluruh England memberi kelebihan kepada Chong Wei. 2. Ia adalah ikan yang tergolong dalam jenis mamalia. 3. Bila berada di permukaan air, ia menghembuskan udara yang telah digunakan daripada peparunya. 4. Dari segi ekonomi penduduk, kegiatan pelancongan menjadi sumber yang penting. 5. Orang ramai lebih memandang berat terhadap kesalahan di dalam tulisan daripada di dalam pertuturan.1. Pengunduran Li Dan daripada Kejohanan Seluruh England memberi kelebihan kepada Chong Wei.

2. Dugong ialah ikan yang tergolong dalam jenis mamalia. (ia tidak boleh digunakan untuk binatang. Perlu menggunakan nama binatang tersebut. Ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya)

3. Apabila berada di permukaan air, ikan itu menghembuskan udara yang telah digunakan daripada peparunya. (ia tidak boleh digunakan untuk binatang)

4. Daripada segi ekonomi penduduk, kegiatan pelancongan menjadi sumber yang penting. (dari hanya digunakan untuk tempat dan masa)

5. Orang ramai lebih memandang berat terhadap kesalahan tulisan daripada pertuturan. ('Di dalam' digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan.
Tatabahasa15.02.2013
Assalamualaikum.. Antara dua ayat berikut, yang manakah lebih betul dan tepat. 1. Lokman meniup lilin yang ada di atas kek hari jadinya 2. Lokman menghembus lilin yang ada di atas kek hari jadinya.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga, meniup dan menghembus kedua-duanya boleh digunakan dalam ayat tersebut. Namun 'menghembus' lebih cenderung digunakan untuk perkara-perkara yang menjurus kepada pengakhiran sesuatu. Contohnya: menghembuskan nafas yang terakhir dsb. Sebaliknya 'meniup' pula lebih cenderung kepada perkara-perkara menghidupkan sesuatu seperti meniup seruling untuk mengeluarkan bunyi-bunyian, meniup semangat dll. Lain-lain20.02.2011
Contoh ayat. 1. Amirul meniup / menghembus api pelita itu apabila bekalan elektrik telah pulih. Meniup dan menghembus manakah yang lebih tepat serta apakh ulasannya. 2. Sebatang tombak atau sebilah tombak 3. Rendang ayam itu sungguh lazat sekali. (betul atau salah)

1. Meniup dan menghembus kedua-duanya boleh digunakan. Namun 'menghembus' lebih cenderung digunakan untuk perkara-perkara yang menjurus kepada pengakhiran sesuatu. Contohnya: menghembuskan nafas yang terakhir dsb. Sebaliknya 'meniup' pula lebih cenderung kepada perkara-perkara menghidupkan sesuatu seperti meniup seruling untuk mengeluarkan bunyi-bunyian, meniup semangat dll.

2. Sebatang tombak 

3. Rendang ayam itu sungguh lazat sekali. - Betul. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 244-247.

Tatabahasa19.07.2009

Kembali ke atas