Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.hem.pas] | مڠهمڤس

Definisi : 1. membanting, menjatuhkan (diri): ia ~ ke katilnya; 2. memukul (bkn ombak dll): ombak ~ pantai dgn keras dan tidak henti-hentinya; 3. menutup pintu, ting­kap, dsb dgn melepaskannya dgn kuat: Hamid ~ pintu bilik utk menunjukkan kemarah­annya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hempas
Kata Terbitan : berhempas-pulas, menghempas, menghempaskan, terhempas, hempasan,

Puisi
 

Anak Cina anak Yahudi,
     Minum arak berpeti-peti;
Sejak bunga dipagar besi,
     Kumbang di luar menghempas diri.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bunyi ombak yang menghempas pantai itu kedengaran hingga ke rumah saya. penggunaan kata sendi nama hingga ke boleh ke digunakan secara berturutan?Bunyi ombak yang menghempas pantai itu kedengaran hingga  rumah saya. - hingga dan ke, kedua-duanya merupakan kata sendi nama dan tidak digunakan secara berturutan.Tatabahasa09.07.2008
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Sepasang tangan mempunyai sepuluh batang jari. 2. Pipi gadis itu merah sekali. 3. Sekolah akan bercuti panjang mulai bulan November. 4. Kakak suka menanam bunga orkid. ( atau ) Kakak suka menanam orkid. 5. Ombak menghempas perahu itu sehingga terbalik. Terima kasih.1. Sepasang tangan mempunyai sepuluh batang jari.
2. Pipi gadis itu merah sekali.
3. Sekolah akan bercuti panjang mulai bulan November hingga ....
4. Kakak suka menanam pokok orkid.
5. Ombak menghempas perahu itu sehingga terbalik.
Tatabahasa26.12.2012
Apakah perbezaan antara LEPAS dan SELEPAS? Dalam konteks ayat yang bagaimanakah kedua-dua perkataan ini boleh digunakan? Terima kasih.
LEPAS - tidak terikat lagi, tidak mempunyai pertalian (perhubungan, sangkut paut) lagi, bebas: apa bicara Bendahara kerana segala rantau barat ~lah drpd kita; ia tidak ~ drpd memikirkan kekasihnya; 2. lari atau bebas (drpd kurungan, penjara, tahanan, dsb), lucut (drpd ikatan dll): ia meronta-ronta dan menghempas-hempas tetapi tidak juga ~;

selepas -kata terbitan perkataan lepas yang membawa maksud sesudah, setelah sudah, setelah selesai: tiada berapa lama ~ bersalin, si Helang Bakau dan suaminya serta pengikutnya pergi memukat;. Perkataan ini berperanan sebagai kata hubung waktu.

Lazimnya, kedua-duanya boleh digunakan apabila berfungsi sebagai kata hubung masa.
" Lepas" biasanya digunakan dalam bahasa percakapan. cth: Lepas sarapan, dia terus pergi kerja. 


Tatabahasa11.09.2012

Kembali ke atas