Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.hem.pas.kan] | مڠهمڤسکن

Definisi : membantingkan, mem­buang­kan, mencampakkan, menjatuhkan: dia ~ daun terup ke atas tikar; Ratna ~ badannya ke atas katil; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.hem.pas.kan] | مڠهمڤسکن

Definisi : 1 menjatuhkan sesuatu kuat-kuat ke bawah; membuang atau melemparkan sesuatu ke bawah; mencampakkan: Dia ~ badannya ke atas katil. Kerana terlalu marah, dia ~ surat khabar yg dipegangnya. 2 melepaskan (daun pintu dsb) dgn kuat: Dia ~ pintu bilik itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hempas
Kata Terbitan : berhempas-pulas, menghempas, menghempaskan, terhempas, hempasan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Aku bangun lantas duduk di/ke atas katil Yang mana satu betul? Di atau Ke? Bagaimana nak guna kedua-dua perkataan ni?

Kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat.

Kata sendi nama "ke" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju.

Contoh ayat: i) Dia berbaring di atas katil sambil menyilangkan tangan ke dada.

                   ii) Ratna menghempaskan badannya ke atas katil.

Tatabahasa15.10.2021

Kembali ke atas