Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.hen.da.ki]/[meng.hen.da/.ki] | مڠهندقي

Definisi : hendak (mahu) akan, meng­in­gini, memerlukan: saya tidak ~ istana utk tempat hidup; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.hen.da.ki]/[meng.hen.da/.ki] | مڠهندقي

Definisi : mengharapkan (sesuatu); mengingini; memerlukan: Semua manusia ~ kesenangan hidup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hendak (kata tugas)
1. Bersinonim dengan mahu: ingin, berhasrat, berhajat, bercita-cita, berangan-angan,

2. Bersinonim dengan untuk: bagi

Kata Terbitan : menghendaki, kehendak, sekehendak hati, berkehendak,

Peribahasa

Minta tanduk pada kuda.

Bermaksud :

Ingin kepada barang yang tak mungkin diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya, b. Menghendaki pucuk alu, c. Menghendaki urat lesung, d. Minta pucuk pada alu, e. Minta sisik pada limbat).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mana satu yang paling tepat penggunaannya sama ada MENGHENDAKI atau MENGKEHENDAKI?

Saudara Jamdi,

Perkataan mengkehendaki wujud dan sama maknanya dengan mengingini. Manakala perkataan menghendaki merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud hendak (mahu) akan, meng­in­gini, memerlukan.

Sila kemukakan ayat yang lengkap untuk tujuan penyemakan.

Makna05.10.2012
saya ingin mencari peribahasa yang berkaitan dengan "kemiskinan". Terima kasih.

Saudara boleh merujuk buku Peribahasa Melayu yang disusun oleh Abdullah Hassan. Antara peribahasa yang berkait dengan kemiskinan yang terdapat dalam buku itu ialah Apabila orang miskin menghendaki wang, dia mendapat anak; apabila orang kaya menghendaki anak, dia mendapat wang. Peribahasa ini bermaksud hasil yang berlawanan dengan keinginan; lain yang dihajati lain yang diperoleh. 

Lain-lain13.01.2008
Tuan, tolong berikan satu contoh ayat lagi yang menggunakan perkataan "menasihatkan". Saya tidak menghendaki contoh ayat dalam kamus, tetapi contoh ayat yang tuan bina.Perdana Menteri menasihatkan mangsa banjir supaya bersabar dengan kesulitan yang dihadapi.Tatabahasa27.12.2014
Saya ingin penjelasan. Yang mana betul antara "dihendaki" atau dikehendaki.

Perkataan "dihendaki" digunakan dalam ayat pasif bermaksud "hendak atau mahu akan sesuatu". Dalam ayat aktif, perkataan yang digunakan ialah "menghendaki".

Tatabahasa09.02.2010
1) Apakah perbezaan dari segi ejaan dan makna ( antara – mengujudkan dengan mewujudkan ) 2) ejaan ( mengujudkan ) mengapa tidak dieja ( mengwujudkan sepertimana ejaan mewujudkan.) Rusli Kamaruddin Pelapor Perbahasan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. 18FEB2009

Dua perkataan tersebut berbeza maknanya:

1. mengujudkan - memaksudkan, menghendaki.

Asalnya daripada kata dasar ujud yang bermaksud: yg dikehendaki, maksud, tujuan.

2. mewujudkan - 1. menjadikan berwujud (berbentuk, berupa, dll), mengadakan: kadang-kadang amanah diwujudkan melalui perjanjian secara lisan di kalangan keluarga; 2. melaksanakan (cita-cita dll); 3. menerangkan (memperlihatkan) dgn benda yg nyata.

Asalnya daripada kata dasar wujud yang bermaksud: 1. ada (sesuatu), sedia ada; 2. sesuatu yg ada bentuknya (dapat dilihat, dipegang, dll); 3. benda yg nyata (bukan roh dll), rupa dll yg dapat dilihat.

Makna18.02.2009
Apakah cara yang betul untuk menyebut perkataan "label"? Adakah sebutannya sama dengan sebutan Bahasa Inggeris? Bolehkah tunjukkan di mana tempat untuk merujuk cara menyebut perkataan Bahasa Melayu dengan betul? Terima kasih.Cara menyebut perkataan label ialah [la.bel]. Sebutan bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain didasarkan kepada pedoman umum yang menghendaki supaya setiap huruf dilafazkan menurut nilai bunyinya dalam bahasa Melayu. Saudara boleh merujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi-Sebutan-Jawi untuk sebutan bahasa Melayu yang betul.  Ejaan28.07.2021
1. Bila perlu guna perkataan penukaran dan pertukaran 2. Ejaan pengwujudan yang betul

1.  Penggunaan setiap kata perlu bersesuaian dengan maksudnya; penukaran merujuk perihal menukarkan (mengubahkan, memindahkan, menggantikan, dan lain-lain), contohnya: diadakan penukaran tandatangan sebagai cenderamata; manakala pertukaran merujuk perihal bertukar (mempertukarkan), pergantian, perubahan, perbuatan, bertukar-tukar pendapat dan sebagainya, contohnya: sebagaimana mata pelajaran lain, pelajaran senaman juga menghendaki pertukaran dari satu jenis ke satu jenis yang lain.

2.  Ejaan yang betul ialah pewujudan.

Tatabahasa14.01.2011
Selamat pagi, En. Sulaiman, Saya ingin tanya, macam mana nak bezakan penggunaan perkataan 'hal' dan 'perkara'? Betulkah ayat ini, 'Ada perkara yang runsingkan awak?' Jawapan daripada En. Sulaiman didahului dengan ucapan terima kasih. Terima kasih. Be LanDalam Kamus Dewan Edisi Keempat, antara maksud "hal" ialah 1. keadaan, kejadian, peristiwa 2. masalah, perkara, soal, urusan 3. perkara. "Perkara" pula bermaksud 1. sesuatu yg harus diselesaikan, pokok perbincangan (pertelingkahan dll), fasal, hal  2. kejadian, peristiwa 3. hal yg menghendaki keputusan, mahkamah, dll (perbuatan jenayah, perselisihan, dll), kes, sengketa.  Berdasarkan maksud yang telah diberikan, kedua-dua perkataan ini boleh digunakan dan boleh membawa maksud yang sama.Makna10.01.2014
12. Pengerusi juga turut menekankan keperluan Leading by Example, ahli perlu menunjukkan contoh yang terbaik di samping mempunyai sikap yang dedikasi dan juga preservation strategi. Selain itu, sikap adil dan saksama juga ditekankan agar sesuatu keputusan yang dibuat adalah tegas dan tidak mempunyai sikap terlalu banyak bersimpati kepada anggota bawahan terutamanya kepada 6 kesalahan besar yang telah digariskan di dalam TLDM. Pengerusi juga mahukan kesemua ahli memastikan kepada 2 sistem berjalan lancar iaitu divisional system yang melibatkan anggota bawahan dan mentoring system yang melibatkan pegawai-pegawai yang berpotensi tinggi. Penekanan perlu diberikan kepada kedua-dua sistem tersebut dan ianya akan memberikan kebaikan kepada TLDM. Pengerusi menghendaki satu mesyuarat diadakan di peringkat Markas Panglima masing-masing bagi memastikan kedua-kedua sistem tersebut dilaksanakan serta setiap Panglima memastikan pelaksanaan perkara tersebut.Tidak ada pertanyaan yang dikemukakan. Maklumat yang tuan berikan berkaitan dengan minit mesyuarat. Untuk makluman tuan, dalam penulisan minit mesyuarat, Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam 2/1992 menjadi rujukan utama.  Minit mesyuarat ialah dokumen sulit jabatan dan format minit mesyuarat lazimnya ditentukan oleh jabatan masing-masing. Walau bagaimanapun pada kelazimannya dalam ruangan tindakan dimasukkan nama pegawai yang berkenaan (tanpa nama jawatan). Untuk maklumat lanjut, tuan boleh merujuk buku Bahasa Laporan oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP. Tuan juga boleh merujuk buku tatabahasa atau laman web kami untuk melihat contoh pembentukan dan penggunaan kata yang betul bagi memastikan ayat yang digunakan itu tepat.Tatabahasa13.01.2014
a. Mesyuarat East Asia Hidrographic Commission (EAHC) pada 24 hingga 27 Feb 14 dikoordinasikan oleh Pusat Hidrografi Nasional. b. Rimland Pacific Superintendent’s Conference (RPSC) pada 16 hingga 19 Jun 14 dikoordinasikan oleh Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan TLDM. c. WPNS Senior Enlisted Leader Working Group (SELWG) pada 18 hingga 22 Ogos 14 dikoordinasikan oleh Bahagian Operasi dan Eksesais. d. Asia Pacific Submarine Conference (APSC) pada 8 hingga 11 Sep 14 dikoordinasikan oleh Markas Angkatan Kapal Selam. 9. Justeru, Pengerusi mengarahkan mesyuarat koordinasi dilaksanakan bagi membincangkan hala tuju terbaik untuk memastikan keempat-empat aktiviti tersebut dapat berjalan dengan lancar, berkesan dan menepati objektif yang ditetapkan. Mesyuarat tersebut akan dipengerusikan oleh TPTL. Pengerusi juga menghendaki Tim Induk yang ditubuhkan bagi setiap aktiviti membincangkan segala keperluan asas, implementasi dan pelaksanaan serta koordinasi aktiviti di dalam mesyuarat tersebut. 10. Pengerusi juga mengambil kesempatan untuk menyampaikan kata nasihat kepada Ahli JLAKS yang baru, beliau menekankan keperluan kepada empat nilai teras TLDM iaitu Honour, Loyalty, Courage dan Pride. Pengerusi menyaran agar ahli JLAKS yang lain turut memberikan penekanan kepada nilai teras tersebut dengan harapan ianya dapat dipatuhi bagi meningkatkan kecemerlangan di dalam TLDM dan secara langsung TLDM akan dipandang tinggi oleh organisasi yang lain.Tidak ada pertanyaan yang dikemukakan. Maklumat yang tuan berikan berkaitan dengan minit mesyuarat. Untuk makluman tuan, dalam penulisan minit mesyuarat, Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam 2/1992 menjadi rujukan utama.  Minit mesyuarat ialah dokumen sulit jabatan dan format minit mesyuarat lazimnya ditentukan oleh jabatan masing-masing. Walau bagaimanapun pada kelazimannya dalam ruangan tindakan dimasukkan nama pegawai yang berkenaan (tanpa nama jawatan). Untuk maklumat lanjut, tuan boleh merujuk buku Bahasa Laporan oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP. Tuan juga boleh merujuk buku tatabahasa atau laman web kami untuk melihat contoh pembentukan dan penggunaan kata yang betul bagi memastikan ayat yang digunakan itu tepat.Tatabahasa13.01.2014
12

Kembali ke atas