Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.hé.rot.kan] | مڠهيروتکن

Definisi : menjadikan herot, mem­ben­yotkan, memencongkan: garisan yg dilu­kisnya diherotkan sedikit; suaranya keras mengejut menyebabkan Timah ~ bibirnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.hé.rot.kan] | مڠهيروتکن

Definisi : menjadikan herot; memencongkan: ~ bibir (mulut). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
herot (adjektif)
Bersinonim dengan bengot, benyot, mencong, serong, genjang, peok, piuh, perot, mengsol, gerenyot, kemek, mengot, menguk, gelebek;,
Kata Terbitan : mengherotkan, terherot-herot,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
surface wavegelombang permukaanFizikMekanikGelombang yang mengherotkan permukaan yang memisahkan dua fasa bendalir, biasanya di antara cecair dengan gas atau cecair dengan wap pada tekanan rendah. Gelombang ini dikelaskan sebagai gelombang graviti atau riak bergantung pada daya yang mempengaruhinya sama ada graviti atau ketegangan permukaan.
illusionilusiPsikologiPsikologi UmumPersepsi salah yang mengherotkan maklumat yang dilaporkan. Bagi individu yang mengalami ilusi, ciri fizikal sesuatu benda seperti kepanjangan, kedudukan, gerakan, lengkukan atau arah selalunya disalahpersepsikan. Kemalaran saiz dan bentuk, gerakan mata kebiasaan, kesinambungan dan tabiat persepsi biasanya bergabung untuk menghasilkan ilusi. Contohnya, dalam kes ilusi Muller-Lyer, garisan mendatar berkepala anak panah akan kelihatan lebih pendek daripada garisan berekor anak panah atau huruf V sedangkan kedua-dua garis ini sama panjang.
observer biasbias pemerhatiPsikologiPsikologi UmumKecenderungan pemerhati untuk mengherotkan pemerhatiannya atau persepsi supaya apa yang diharapkan atau dipercayai berlaku. Contohnya, dalam satu eksperimen penilaian, guru diminta menggredkan pelajar yang telah dilabelkan sebagai mengalami gangguan pembelajaran, gangguan mental dan pelajar normal. Hasil kajian menunjukkan bahawa guru telah menggredkan pelajar tersebut mengikut label yang diberikan. Gred yang baik diberikan lebih banyak kepada pelajar normal.
self-garbling virusvirus swaherotTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerVirus yang tersembunyi daripada perisian antivirus dengan mengherotkan susunan atur caranya supaya berlainan dengan tandatangan virus yang digunakan untuk mengecami virus berkenaan. Virus ini mempunyai atur cara khas yang mengandungi algoritma penyusunan bit untuk proses herotan. Algoritma penyusunan bit ini juga akan digunakan untuk mengembalikan virus ke bentuk asal sebelum proses jangkitan.
excess burdenbeban berlebihanEkonomiTiadaTambahan beban cukai yang ditanggung oleh unit-unit ekonomi akibat daripada pelaksanaan cukai yang tidak optimum atau tidak cekap. Cukai yang tidak cekap ini ialah cukai yang mengherotkan harga relatif. Ini bererti cukai tersebut menimbulkan kesan penggantian dan kesan pendapatan, manakala cukai optimum hanya menimbulkan kesan pendapatan sahaja kerana cukai optimum tidak mengherotkan harga relatif.
rackingpenyadakan; penggerekanKejuruteraanTiada1. Menjauhkan hujung setiap baris bata atau batu daripada baris yang sebelumnya.,2. Mengampaikan kerja pada kerangka yang mengalirkan arus kepada elektrod untuk elektropenyaduran dan operasi-operasi elektrokimia lain.,3. Menempatkan paip tegak secara teratur di dalam derik semasa mengangkat paip keluar daripada lubang telaga semasa penggerudian telaga minyak.,4. Daya-daya mendatar pada satah siku yang cenderung untuk mengherotkan bentuk segi empat tepat kepada paralelogram. Sinonim: daya pemusnah.

Kembali ke atas