Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.hi.dup.kan] | مڠهيدوڤکن

Definisi : 1. membuat supaya hidup (terus bernafas), tumbuh dan membesar: mustahil kita dapat ~ semula orang yg telah mati; pembajaan yg teliti boleh ~ pokok itu; 2. menjadikan bergerak atau berjalan (bkn pertubuhan, perusahaan, dsb); 3. membuat supaya berjalan (bkn enjin, jam, dsb): ber­usaha ~ kembali syarikat kerjasama itu; ~ enjin keretanya; 4. menyalakan (api, lampu, dsb), memasang: ~ api dapurnya; 5. menim­bulkan kembali (sesuatu kenangan lama dsb): ~ kenang-kenangan lama sewaktu mereka sama-sama menuntut di universiti dahulu; 6. menyebabkan sesuatu cerita, lukisan, dsb hidup (yakni spt keadaan yg sebenarnya): dia begitu pandai memilih warna sehingga ~ lukisannya; 7. menjadikan suasana giat dan bersemangat: gelak ketawanya ~ suasana di dlm rumah itu; 8. menyebabkan timbul se­suatu perasaan, minat, dsb: ~ minat mereka utk bekerja dgn lebih keras lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.hi.dup.kan] | مڠهيدوڤکن

Definisi : membuat supaya hidup (dlm berbagai-bagai erti spt memasang lampu, menyalakan api): Dia ~ enjin kereta­nya. Apabila dia berasa sejuk, dia pun ~ api utk memanaskan badannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hidup
1. Bersinonim dengan bernyawa
( bernafas, tumbuh, membesar, bercambah, bertunas, berputik, berpucuk, membiak, menjalar, berbuah, )
(kata kerja:)
Berantonim dengan mati

2. Dalam konteks bunga
bersinonim dengan segar, betul,
(adjektif:)
Berantonim dengan palsu

3. Dalam konteks gunung berapi
bersinonim dengan cergas, giat, aktif,
(adjektif:)
Berantonim dengan mati

4. Bersinonim dengan tinggal
( diam, duduk, menetap, menginap, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : hidup-hidup, hidupan, menghidupkan, penghidupan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
warm bootbut hangatPendidikanTiadaProses menghidupkan semula sistem komputer setelah berlaku kegagalan tidak boleh pulih sewaktu sistem sedang digunakan, atau menghidupkan semula sistem secara sengaja selepas sistem digunakan dalam waktu yang lama.
belebend (G)menghidupkanKesenianTiadaArahan untuk bermain dengan lebih ekspresi.
reinstate (case)menghidupkan semulaUndang-undangTiadaTiada
leave to reinstatekebenaran menghidupkan semulaUndang-undangTiadaTiada
joggingenjutanSosiologiTiadaEnjutan: Menghidupkan suis secara berulang dengan pantas untuk memulakan motor, contohnya mesin jahit.
flasherpengelipSosiologiTiadaUnit yang menghidupkan dan mematikan lampu berulang kali dan berterusan.
switch buttonpunat suisSosiologiTiadaPunat untuk menghidupkan atau mematikan arus.
boot-upbutTeknologi MaklumatTiadaProses untuk menghidupkan komputer. Biasanya pengguna hanya menekan suatu butang suis untuk memulakan proses pengebutan ini. Semasa proses ini, program yang terbenam dalam ROM (BIOS) pemproses dijalankan, kemudian beberapa siri ujian ke atas komputer dan peranti komputer dilakukan, dan seterusnya memulakan perlaksanaan sistem pengendalian. Tempoh proses pengebutan ini bergantung kepada jenis komputer (kelajuan pemproses) serta sistem pengendalian yang digunakan.
flasherpengelipTeknikElektrikPeranti yang berfungsi untuk menghidupkan dan mematikan lampu secara berulang kali dan berterusan. Peranti ini mungkin menggunakan komponen elektronik, geganti atau suis yang dikendalikan oleh motor. Pengelip biasa digunakan pada lampu hiasan, lampu kecemasan, atau pada tanda amaran.
starterpemulaTeknikElektrik1. Peranti yang digunakan untuk menghidupkan sesuatu alat dengan mengehadkan arus yang masuk ke alat semasa motor mula-mula dihidupkan. 2. Komponen yang digunakan untuk menyalakan lampu nyahcas pendarfluor. 3. Alat kawalan automatik untuk melindungi motor daripada bahaya arus permulaan yang tinggi, arus tambahan akibat beban lebih, dan daripada dihidupkan terus apabila voltan bekalan pulih setelah terganggu di samping sebagai kawalan hidup dan mati.
123456

Kembali ke atas