Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : berbuat sekehendak hati; ber­jalan ~ berjalan ke sana sini, mundar-mandir; tak tentu ~nya tidak diketahui sebab-musababnya (asal usulnya dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
mudik (kata kerja)
Bersinonim dengan ke hulu, ke udik;,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
menghilir mudikberbuat sekehendak hati; ber­jalan ~ berjalan ke sana sini, mundar-mandir; tak tentu ~nya tidak diketahui sebab-musababnya (asal usulnya dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
berjalan menghilir mudikber­jalan ke sana sini, mundar-mandir;Kamus Dewan Edisi Keempat
ber­jalan menghilir mudikberjalan ke sana sini, mundar-mandir;Kamus Dewan Edisi Keempat
hilir mudikke sana ke mari, pergi balik; sehilir semudik satu tujuan, sefahaman, se­halu­an; menghilir mudik berbuat sekehendak hati; ber­jalan ~ berjalan ke sana sini, mundar-mandir; tak tentu ~nya tidak diketahui sebab-musababnya (asal usulnya dll); menghilirmudikkan melakukan (memper­­buat) sesuatu sekehendak hati.Kamus Dewan Edisi Keempat
hilirbahagian sungai yg di sebelah bawah; lw hulu: Mereka tinggal di ~ sungai itu. ~ mudik ke sana ke mari; pergi balik; mundar-mandir: Dia berjalan ~ mudik sambil berfikir utk menyelesaikan masalah itu. menghilir belayar (berjalan dll) ke hilir sungai; menuju ke hilir. Dia pun naik perahu lalu ~ sungai itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
hilirbahagian sungai yg di sebelah bawah; lw hulu: Mereka tinggal di ~ sungai itu. ~ mudik ke sana ke mari; pergi balik; mundar-mandir: Dia berjalan ~ mudik sambil berfikir utk menyelesaikan masalah itu. menghilir berlayar (berjalan dll) ke hilir sungai; menuju ke hilir.Dia pun naik perahu lalu ~ sungai itu.Kamus Pelajar
hilir1. bahagian sungai yg di sebelah bawah (lwn hulu atau udik): ambillah air di sebelah ~; ayah dan ibu Ah Seng yg tinggal di sebelah ~ baris kedai itu bertanam sayur dan padi; orang ~ orang yg tinggal di daerah sungai di sebelah bawah; 2. = ke hilir, menghilir (mengikut aliran sungai): maka Seri Bija Diraja pun ~lah membawa maharaja Dewa Sura kpd Bendahara Paduka Raja; ~ malam mudik tak singgah daun nipah dikatakan daun labu prb jika malas berusaha tentulah akan mendapat susah: sudah terlalu ~ malam, apa hendak dikatakan lagi prb a) orang yg mengaku kesalahannya sendiri kerana mungkir dlm janjinya; b) sesuatu kesalahan yg tidak dapat diperbetulkan lagi; tidak mengetahui hulu ~nya prb tidak tahu hujung pangkalnya sesuatu perkara dll; berhiliran sentiasa (selalu) mengalir, meng­alir ke sana ke mari; menghilir belayar (berdayung, berhanyut) ke hilir: motobot ~ terus; berjalan ~ mudik ber­jalan ke sana sini, mundar-mandir; tak tentu ~ mudiknya tidak diketahui sebab-musababnya (asal usulnya dll); bagai si jimban hendak ~ prb orang lemah lagi lembap mengerjakan sesuatu; spt penjaja, berpaling hendak ~ prb perempuan yg keluar dr rumahnya dan berjalan dgn hebat dan tampan lakunya; menghiliri mengikuti sungai dll menghala ke hilir, berjalan (berkayuh dll) ke hilir; menghilirkan 1. membiarkan (mengha­nyut­­kan) menuju ke hilir, membiarkan meng­hilir, membawa sesuatu menghilir: maka Yang Dipertuan Muda pun menyuruh hilirkan penjajapnya yg telah sedia di dlm sungai itu; 2. ki membawa (sesuatu perkara, hal, dll) ke arah tertentu; hiliran berkaitan dgn pelbagai kegiatan yg berkembang drpd kegiatan utama (bkn industri, projek, aktiviti dsb): pembuatan kereta ini telah mewujudkan industri ~ spt servis, pen­jualan kereta dsb; pembangunan KLIA di­jangka meningkatkan pembangunan infra­struktur sokongan dan menggalakkan per­tumbuhan ~ baru di luar kawasan Lembah Klang; peringkat ~; produk ~; berkehiliran berketentuan; penghiliran perbuatan menghilir: sepanjang ~ di Sungai Lepeh.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas