Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.him.pun.kan] | مڠهيمڤونکن

Definisi : mengumpulkan (orang, benda, maklumat, dll): maka baginda me­nyuruh ~ segala orang besar-besar di dlm negeri Samudera; JPM berusaha menyam­paikan ilmu yg telah dihimpunkan oleh sarjana bidang tersebut secara sistematik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.him.pun.kan] | مڠهيمڤونکن

Definisi : mengumpulkan (orang dll): Maka baginda menyuruh ~ orang besar di negeri Samudera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"menyuruh orang menghimpunkan semua rakyat" ataupun "menyuruhkan orang menghimpunkan semua rakyat", manakah lebih tepat. Apakah bezan kegunaannya "menyuruh" dan "menyuruhkan"Menyuruh dan menyuruhkan, kedua-duanya merupakan kata kerja transitif. Menyuruh bermaksud memberi perintah atau menyuruh seseorang melakukan sesuatu (Pihak tentera menyuruh pemandu membuka tempat simpan barang), manakala menyuruhkan bermaksud menyuruh seseorang melakukan sesuatu (Sultan pun menyuruhkan utusan utusan kepada segala raja yang di bawah angin ini). Berdasarkan makna, kedua-dua perkataan membawa maksud yang hampir sama. Walau bagaimanapun perkataan menyuruhkan banyak ditemukan dalam wacana klasik. Berdasarkan contoh ayat yang diberi, sekiranya diambil daripada karya klasik perkataan menyuruhkan digunakan - "menyuruhkan orang menghimpunkan semua rakyat", manakala dalam konteks wacana moden kata menyuruh digunakan  seperti "Ketua menyuruh pegawai sentiasa berwaspada ketika menjalankan tugas".Tatabahasa25.04.2023
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi akan menerbitkan monograf yang menghimpunkan pengajian ilmiah tentang bahasa,sastera dan kebudayaan. Apakah kesalahan imbuhan di atas?Jika ada kesalahan minta Tuan /Puan memberikan penerangan.Terima kasih.Tiada kesalahan imbuhan. Walau bagaimanapun, perkataan pengajian perlu ditukar kepada artikel.
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi akan menerbitkan monograf yang menghimpunkan artikel ilmiah tentang bahasa, sastera dan kebudayaan.
Lain-lain14.01.2021
Tuan / Puan Saya ingin bertanya kepada pihak tuan, apakah penting untuk kita mengekalkan imbuhan awalan dalam teks formal, contohnya seperti " Anda himpunkan pasukan anda atau anda menghimpunkan pasukan anda" Terima kasihAyat yang gramatis ialah "anda menghimpunkan pasukan anda".Tatabahasa03.08.2015
Antara perkataan meramu dan melonggok, yang manakah sesuai digunakan bagi kegiatan pengumpulan hasil hutan?Menurut Kamus Dewan Edisi K-4, meramu bermaksud mencari bahan-bahan (kayu, ubat dan lain-lain) untuk dipakai atau digunakan. Melonggok pula ialah menghimpunkan atau menimbunkan sesuatu. Dalam konteks ayat saudara, yang sesuai ialah "pelonggokan".Tatabahasa08.09.2009
saya nak tahu maksud akumulasi? setahu saya, akumulasi diadaptasi daripada perkataan akumulate. jadi, sejauh mana perkataan tersebut digunakan dalam bahasa melayu dan makna perkataan tersebut mengikut istilah bahasa melayuPerkataan accumulate dalam bentuk kata umum ialah mengumpulkan atau menghimpunkan dan dalam istilah pelbagai bidang digunakan mengumpul atau tumpuk. Akumulasi ialah padanan accumulation dan digunakan dalam pelbagai bidang istilah selain daripada pengumpulan dan tumpukan. Untuk panduan menggunakan perkataan tersebut sila rujuk www.prpm.dbp.gov.my dan taipkan perkataan tersebut di ruangan cari. Setelah itu data yang berkaitan dengan perkataan tersebut akan dipaparkan dan saudara boleh mengenal pasti istilah mana yang perlu digunakan.Makna21.06.2011
Adakah pihak tuan mempunya sajak yg diperlukan, butiran seperti berikut. tajuk sajak : mahasiswa. nukilan : A.Samad Said. Saya sudah mencari,tetapi tidak jumpa. munkin tajuk tidak tepat, tetapi tentang mahasiswa. ataupun pihak tuan mempunyai laman untuk saya mencari koleksi nukilan A.Samad Said.t.kasihSila rujuk bahan ini : 1. A.Samad said : sebuah antologi puisi yang menghimpunkan karya-karya selama lebih setengah abad Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2005 . 2.Koleksi terpilih Sasterawan Negara A.Samad Said Dewan Bahasa dan Pustaka 2005 . Sekian, terima kasihLain-lain05.09.2007
Apakan perbezaaan "menghadiri" dan "berhadir"? Boleh berikan ayat contoh tentang perkataan tersebut ? Terima kasih..
  •   Puan Gina Terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

      berhadir

    sl bersedia, menyediakan: segala orang Singapura itu pun sudah ~ dgn segala persembahannya; maka Sultan Ahmad pun menghimpunkan orang, dan disuruh ~ senjata;

      menghadiri

    hadir di (persidangan, majlis, kursus, dll) menyertai, mengikuti: lebih 100 orang peserta dr negara-negara Asia Tenggara, Australia, dan New Zealand telah ~ seminar antarabangsa tersebut; ~ persidangan Parlimen;
  • Tatabahasa09.04.2009
    Assalamualaikum wbt, Terus kepada pertanyaan. Saya ingin menulis buku mengenai himpunan pantun-pantun yang diucapkan di dalam Dewan Negara/Dewan Rakyat oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Oleh itu saya ingin tahu, berapa banyakkah jumlah (himpunan) pantun yang perlu ada sebagai salah satu syarat umum untuk dapat diterbitkan sebagai "Buku Himpunan Pantun" tersebut. Untuk makluman tuan/puan, saya tiada bidang kelayakan segi bahasa secara khusus. Saya bekerja sebagai Pegawai Penerbitan Kanan di Parlimen Malaysia dan bertanggungjawab atas penerbitan Laporan Penyata Rasmi Parlimen. Saya sudah bekerja hampir 15 tahun. Oleh itu saya mempunyai akses sahih atas ucapan-ucapan pantun tersebut. Mohon penerangan. Terima kasih

    Syabas kami ucapkan kepada puan kerana berhasrat menghimpunkan pantun daripada para pemimpin negara kita. Kami yakin, pantun-pantun mereka amat bermakna dan penting untuk didokumentasikan dalam bentuk buku. DBP amat mengalu-alukan usaha puan dan bersedia menimbangkan penerbitan buku tersebut.

    Tebal manuskrip pantun tersebut adalah dalam 200 hingga 300 halaman kertas A4, yang mengandungi kira-kira 800 - 1200 rangkap pantun.

    Lain-lain23.02.2011

    Kembali ke atas