Menggantung tanpa perbicaraan lazimnya
bermakna pembunuhan yang umumnya dilakukan
oleh perusuh dengan menggantung seseorang
tanpa menghiraukan undang-undang dan
peraturan. Mangsa penggantungan tanpa
perbicaraan tidak ada peluang bagi
mempertahankan diri mereka. Perusuh cuma
menganggap mangsanya bersalah, sama ada
dibicarakan atau tidak. Walaupun rusuhan ganas
sedemikian pernah berlaku di beberapa negara
pada berlainan masa, namun begitu, istilah
menggantung tanpa perbicaraan secara khusus
dikaitkan dengan Amerika Syarikat. Kebanyakan
negeri di Amerika Syarikat cuba menghentikan
perbuatan menggantung tanpa perbicaraan
melalui undang-undang. Sesetengah negeri
menjalankan dakwaan mengikut undang-undang
menentang homisid, rusuhan dan serangan.
Negeri-negeri yang lainnya mempunyai undang-undang
menggantung tanpa perbicaraan yang
khusus. Namun begitu, pengawalan melalui
undang-undang tidak berjaya mencegah
menggantung tanpa perbicaraan.