Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.hi.ris] | مڠهيريس

Definisi : memotong nipis-nipis: mereka sedang ~ daun pandan utk dibuat bunga rampai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.hi.ris] | مڠهيريس

Definisi : 1 memotong atau mengerat tipis-tipis: Emaknya ~ bawang di dapur. 2 = ~ hati ki menyakiti hati; memilukan; melukakan (hati): Dia tidak dpt melupa­kan peristiwa yg ~ hatinya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hiris
Kata Terbitan : menghiris, terhiris,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kakak menghiris bawang di atas lantai. ataupun Kakak menghiris bawang di bawah lantai? Yang mana satu betul.

Ayat yang betul ialah: Kakak menghiris bawang di lantai. Ayat ini bererti; tempat kakak membuat kerja ialah di lantai. Ayat ... di atas lantai, bererti kakak menggunakan lantai untuk menjadi papan landas.

Tatabahasa24.04.2011
apakah jawapan untuk soalan berikut: kakak sedang _ daun pandan untuk dibuat bunga rampai. a.mencincang b.memayang c.mengerat d.menghirisd. menghirisTatabahasa03.08.2015
"Badariah menghiris daging itu nipis-nipis sebelum dimasukkan ke dalam kuali." ayat di atas 'nipis-nipis' berfungsi sebagai kata apa?adakah kata adjektif, atau kata ganda, atau lain-lain jawapan...mohon pencerahan..Kata adjektif yang menerangkan bentuk daging tersebut dipotong.Tatabahasa04.08.2015
memotong buah pisang secara nipis-nipis sesuai digunakan perkataan memotong atau menghiris?Perbuatan memotong nipis-nipis ialah menghiris.Tatabahasa18.04.2012
helo, saya hendak tanya ejaan umtuk dua perkataan. 1. menghiris atau mengiris? 2. menghidapi penyakit atau mengidapi penyakit?Jawapan yang betul ialah 1. menghiris dan 2. menghidapi penyakit.Lain-lain10.08.2010
1. Emak menghiris se ____ bawang merah. A. ulas B. ketul C. labu D. jambak. 2. Pemuda ____ minuman. A. menyedut B. menghirup Apakah jawapan yang betul dalam soalan 1 dan 2 ?Mengapakah ? 3. Lina tidak suka mengambil makanan yang (berat) seperti nasi terutamanya pada waktu malam. Perkataan "berat" boleh gunakan dalam ayat ini?Jika salah, apakah perkataan yang sesuai ? Terima kasih.1. Emak menghiris seulas bawang merah. Labu boleh digunakan sebagai penjodoh bilangan untuk bawang besar. Walaupun makna labu sebagai penjodoh bilangan tidak ada dalam kamus, tetapi korpus bahasa Melayu (boleh dilihat melalui laman web DBP www.dbp.gov.my) merakamkan penggunaan labu sebagai penjodoh bilangan untuk bawang besar dan bawang putih.
2. Dalam Kamus Dewan, menghirup bermaksud "menyedut dan menelan benda cair, meneguk". Menyedut pula bermaksud "menarik masuk (ke dalam)  dengan kekuatan udara (dengan mulut , hidung dan lain-lain), menghirup, menghisap.' Berdasarkan maksud yang diberikan, kedua-dua perkataan "menghirup" dan "menyedut" boleh digunakan.
3. Makanan berat adalah betul dan boleh digunakan.
Tatabahasa24.01.2013
1. Minah memasukkan se_________ kuih talam ke dalam mulutnya untuk mencuba rasa. Jawapan : (potong atau cubit) 2. memotong bawang secara kecil-kecil, apakah kata kerja yang paling sesuai ? (menghiris atau mencincang atau memotong)Jawapan soalan 1 ialah secubit manakala soalan 2 ialah menghiris.Tatabahasa23.10.2015
ibu menggunakan pisau tajam untuk menghiris timun.apakah jawapannya?Sila kemukakan soalan tuan dengan jelas. Soalan yang diberi ialah ayat penyata dan tidak memerlukan jawapan.Tatabahasa02.08.2016
Adakah ayat-ayat berikut merupakan ayat majmuk pancangan? 1. Nenek Sandra menjahit cadar daripada perca kain. 2. Nenek Sandra memperoleh pendapatan daripada jualan itu. 3. Apabila pulang ke kampung, Helmi suka melihat datuknya bekerja. 4. Ali menghiris bawang dengan menggunakan pisau. Kalau ayat-ayat di atas bukan ayat majmuk, mohon penjelasan tentang golongan kata bagi perkataan "daripada", "apabila" dan "dengan". Terima kasih.

Ayat (3) “Apabila pulang ke kampung, Helmi suka melihat datuknya bekerja.” dan  (4) “Ali menghiris bawang dengan menggunakan pisau.”  ialah ayat majmuk pancangan. Kata “Daripada” ialah kata sendi nama yang hadir di hadapan kata nama atau frasa sendi nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda dan unsur mujarad. “Apabila” ialah kata hubung pancangan keterangan, menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama dan “dengan” pula kata hubung keterangan cara yang menerangkan gaya atau kaedah sesuatu perbuatan atau kejadian berlaku.


Tatabahasa12.10.2021
soalan 1)apakah beza merincih ,mericih dan meraut 2)Apakah beza tepi dengan celah 3)Apakah beza penjuru dengan sudutPerbezaan kata kerja tersebut boleh dilihat daripada makna yang berikut. Merincih bermaksud menghiris (memotong, mengerat, dan sebagainya) kecil-kecil, atau disebut juga menyayat, atau meracik. Dan ricih sama makna dengan rincih. Meraut bermaksud meratakan (menghaluskan, melicinkan, meruncingkan, dan sebagainya) dengan pisau.Makna03.07.2012
12

Kembali ke atas