Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hiris
Kata Terbitan : menghiris, terhiris,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sayat Ipotong nipis-nipis, hiris; dua ~ dua potong (kerat); kurang se~ sebelanga prb sesuatu yg hanya sedikit sahaja kurangnya; menyayat memotong nipis-nipis, menghiris, meracik: ~ daging; ~ hati = ~ jantung menyakitkan hati, melukai hati, menyedih-kan hati; tersayat terhiris, terkoyak, terpotong: ~ hujung jarinya; ~ hati tersinggung perasaan, berasa sakit hati, berasa sedih; siat I.Kamus Dewan Edisi Keempat
tajam I1. mudah memotong (mengerat, menghiris, melukai), mudah makan (pisau dll), lwn tumpul: parang yg ~; 2. runcing hujung­nya, lancip: paku yg ~; 3. dapat melihat (men­dengar, merasai, dll) dgn cepat atau dgn cekap: dgn menggunakan pendengarannya yg ~ sbg orang gunung, Rijnhaard dapat meng­gesek biola spt bapanya itu; 4. mudah me­nang­kap atau mengerti (akal, fikiran), pin­tar, cerdik: ~ juga otak budak sekolah menen­gah ini; 5. kelihatan garang atau galak (pan­dangan, air muka): ia memerhati dgn pan­dangan yg ~; 6. keras atau pedas (kritikan, teguran, sindiran, dll): walaupun mulut Mak Siti itu ~ dan perkataannya pedas-pedas, hatinya baik juga; 7. boleh menyakiti (sabun, asap, asid, dll), dapat melukai: walaupun matanya tertutup oleh asap itu tiada sekali juga dikejapkannya, seakan-akan tidak pedih rasanya kena asap yg ~ itu; 8. menjadi genting, memuncak: pertelingkahan antara mereka semakin hari semakin ~; 9. kuat, ber­pengaruh: budi bahasa yg baik ialah satu drpd daya penarik yg ~ bagi pekedai; 10. jelas, ketara: ketidaksamaan taraf sosio­ekonomi akan memperlihatkan perbezaan yg ~ antara sektor; ~ akal = ~ fikiran pintar, cerdik; ~ mata lekas dapat melihat; ~ mulut suka mengeluar­kan kata-kata yg pedas; ~ pendengaran lekas dapat mendengar; berapakah ~ pisau parang ~ lagi mulut ma­nu­sia = keris lembing (pedang) tiada ~, ~ lagi lidah (mulut) manusia prb, kata-kata atau percakapan lebih menyakiti hati orang drpd dilukai dgn senjata tajam; yg ~ tumpul, yg bisa tawar prb, Mn a) kerana berkat ubat atau doa penyakit sembuh; b) kerana per­cakapan yg manis sengketa hilang; menajam menjadi tajam: keningnya ber­kerut dan cemas ~ matanya memandang kpd gadis di sisinya itu; menajamkan menjadikan tajam: pensel itu mesti ditajamkan; dia ~ telinga mendengar-dengar ke tengah rumah dan ke dapur; mempertajam menjadikan lebih tajam: pemakaian bahasa setiap hari dgn sendiri­nya akan ~ perasaan kita terhadap bahasa yg kita pakai; pembacaan yg luas dan men­dalam pasti berfungsi ~ pemikiran; ~ san­ding ki membesarkan perselisihan; adakah duri dipertajam prb a) orang yg cerdik tidak perlu diberi nasihat lagi; b) musuh tidak perlu diberi pertolongan; ketajaman hal atau sifat tajam: ia ber­tambah kagum dan ghairah memikirkan ~ otak gadis itu; penajaman perihal (proses, perbuatan dsb) menajamkan: ~ mata pisau.Kamus Dewan Edisi Keempat
sayatpenjodoh bilangan utk benda-benda yg dipotong atau yg dihiris; potong; kerat: kurang se~ sebelanga. menyayat 1 memotong sesuatu tipis-tipis dgn benda tajam; meracik sesuatu halus-halus: ~ daging. 2 menghiris utk memisah-misahkan atau utk menguliti: ~ ayam menanggalkan kulit ayam dr dagingnya. 3 ki menimbulkan rasa pedih (hati dsb): Peristiwa pembunuhan itu memang ~ hati. tersayat 1 terpotong atau terhiris sedikit; terkoyak sedikit: Hujung jarinya ~ kena sembilu. 2 ki tersinggung (perasaan) yg amat sangat; terasa pedih (hati dsb).Kamus Pelajar Edisi Kedua

Kembali ke atas