Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.hi.tam.kan] | مڠهيتمکن

Definisi : 1. menyebabkan jadi hitam: ia ~ lukisannya dgn dakwat Cina; asap pelita minyak tanah itu sering kali ~ lubang hi­dung­nya; 2. memburuk-burukkan (pangkat, nama, dll), mencemar: perkara itu boleh ~ nama baik guru-guru agama; 3. Mn me­ninggalkan (negeri dll) dan tidak kembali lagi: dilulurnya air matanya, biarlah negeri Padang dihitamkan buat selama-lamanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.hi.tam.kan] | مڠهيتمکن

Definisi : menjadikan berwarna hitam; mengecat atau mewarnai dgn warna hitam: Ia ~ lukisannya dgn dakwat cina. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hitam
1. Dalam konteks warna
bersinonim dengan aswad, lotong, legam, legap, gelap,
(kata nama:)
Berantonim dengan putih

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan berbahaya
(kata kerja:)

Kata Terbitan : menghitamkan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ASAP

Asap terdiri daripada zarah pepejal dan cecair

yang terbahagi kepada bahagian-bahagian kecil

yang terampai di dalam gas. Asap terbentuk

terutamanya daripada zarah karbon yang terhasil

daripada pembakaran bahan api. Asap boleh

membahayakan paru-paru. Asap juga

menghitamkan bangunan, menghakis logam, dan

merosakkan tumbuhan. Semua ini mengakibatkan

kerugian ekonomi yang besar. Asap mempunyai

sedikit kegunaan. Ini termasuklah mengawet

daging, menghasilkan isyarat tentera berwarna,

dan melindungi dusun daripada kesan fros.

UMUM 
PERTUNJUKAN MINSTREL

Pertunjukan minstrel ialah bentuk hiburan unik

yang terawal di Amerika. Pertunjukan minstrel

bermula pada tahun 1840-an dan mencapai

kemuncak kepopularannya kira-kira pada tahun 1870,

walaupun ia hanya wujud sehingga kira-kira tahun

1900. Kebanyakan pertunjukan minstrel dilakukan

oleh orang kulit putih. Mereka akan menghitamkan

muka mereka jika ingin melakonkan watak orang

kulit hitam. Beberapa kumpulan minstrel orang kulit

hitam juga mengadakan pertunjukan di Amerika

Syarikat. Pertunjukan minstrel memaparkan imej

negatif orang kulit hitam dan imej ini kekal untuk

jangka waktu yang lama selepas persembahan

tersebut.

UMUM 

Kembali ke atas