Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.hi.tung] | مڠهيتوڠ

Definisi : 1. mengira berapa jumlahnya (pendapatannya, keuntungannya, dll), mem­bilang (berapa banyaknya): menanti abang lambatnya datang duduk menanti ~ bulan; 2. menentukan atau menetapkan berdasarkan sesuatu (cara, kaedah, dll): bayarannya di­hitung mulai bulan ini; dia ~ harga barang-barang import dr Jepun itu dgn wang ringgit Malaysia; 3. menganggap (memandang) sbg: kalau dihitung dr segi agama suaminya memang diharuskan beristeri lagi; makanan yg kita makan itu dihitung masih belum sempurna jika tidak bersih; bagai ~ bulu kambing prb mengerjakan sesuatu yg sia-sia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.hi.tung] | مڠهيتوڠ

Definisi : 1 mengira jumlahnya (wang, pendapatan, keuntungan dll); membilang utk mengetahui banyaknya atau jumlahnya: Dia ~ wang yg baru diterimanya. 2 berpendapat bahawa; menganggap (memandang) sbg: Ani dihitung sbg murid yg cergas dan bijak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Menaikkan bendar sondai.

Bermaksud :

Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai menghitung bulu kambing, b. Membandarkan air ke bukit). bendar = serokan, parit (di sawah); sondai = miring, landai.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera Tuan. 1. Apakah perbezaan antara mengira, menghitung dan membilang dalam konteks matematik? 2. Apakah beza antara nombor, angka dan digit dalam konteks matematik? Mohon pihak Tuan boleh memberikan contoh supaya lebih jelas dengan penggunaan perkataan yang tersebut di atas. Sekian, terima kasih.

 1. Mengira, membilang, menghitung merupakan kata sinomin dalam konteks matematik  yang merujuk kepada perbuatan mengira, membilang atau menghitung untuk mengetahui banyaknya atau jumlahnya (wang, pendapatan, keuntungan dll); Dia ~ wang yg baru diterimanya. 

2. Angka/ Nombor: Simbol atau lambang untuk mewakili sesuatu nombor. Contohnya, I, II, III, IV, V, VI, VII, ... dan 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, …

3. Digit: Simbol asas dalam sistem penomboran iaitu 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9. Contohnya, nombor 45 651 mempunyai lima digit.

Lain-lain22.01.2019
Kamus Dewan mencatatkan menaksir (= mentaksir) ialah mengira atau menghitung banyaknya sesuatu seperti harga dan lain-lain. Penaksiran (= pentaksiran) ialah perihal menaksir. Ada pendapat mengatakan bahawa Daftar Kata Bahasa Melayu (DKBM) lebih berwibawa dari segi ejaan. Persoalannya, mengapakah DKBM tidak menyenaraikan “mentaksir” dan “penaksiran” di bawah masukan taksir? hlm. 1660 – 1661.Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi tidak menyenaraikan semua entri seperti Kamus Dewan. Walau bagaimanapun, pihak kami akan mengambil maklum tentang perkara ini untuk edisi seterusnya. Istilah01.12.2009
terjemahan utk enumeratePadanan perkataan dalam bahasa Melayu bagi "enumerate" ialah menyebut satu per satu. Padanan yang lain ialah menghitung atau mengira. Sila sesuaikan berdasarkan konteks ayat.Lain-lain16.06.2021
1. Perkataan manakah yang betul...PENAKSIRAN ATAU PENTAKSIRAN 2. Apakah maksud perkataan tersebutYang betul ialah penaksiran, iaitu mengira atau menghitung banyaknya sesuatu (harga dan lain-lain).Makna07.10.2009
Perkataan yang manakah betul? a) menaksir b) mentaksirKedua-dua perkataan "menaksir" dan "mentafsir" adalah betul.  "Menaksir" bermaksud mengira atau menghitung jumlah, manakala "mentafsir" bermaksud menerangkan, menjelaskan atau menghuraikan sesuatu perkara.Ejaan18.11.2016
Perkataan yang manakah betul? A) menaksir B) mentafsirKedua-dua perkataan "menaksir" dan "mentafsir" adalah betul.  Kedua-dua perkataan ini mempunyai makna yang berlainan.  "Menaksir" bermaksud  mengira atau menghitung jumlah, harga dan lain-lain atau maksud keduanya ialah menyangka atau mengagak dengan me­lihat-lihat keadaan; atau menilai secara agak-agak; atau mengagak. "Mentafsir" pula bermaksud menerangkan atau menjelaskan  maksud ayat Quran atau hadis, atau memberikan penjelasan atau me­nghuraikan sesuatu perkara.
Tuan/puan boleh melayari www.prpm.dbp.gov.my untuk mendapatkan maklumat berkaitan bahasa atau makna perkataan.
Lain-lain16.11.2016
Tuan, 1. Apakah jawapan untuk ayat di bawah. Masalah buli sering hangat diperdebatkan ____________ media massa. a) di b) dalam 2. Apakah kesalahan istilah bagi ayat-ayat di bawah ini? a) Seseorang itu tidak harus ditegur dengan gelaran yang tidak menyenangkan mereka, lagipun gelaran itu bercanggah dengan keperibadian dan latar belakang individu berkenaan. b) Sesetengah orang akan mengalami histeria apabila menaiki kenderaan lebih-lebih lagi yang pernah terlibat dalam kemalangan. c) Perancangan awal penting untuk menghitung perbelanjaan keluarga agar dapay mewujudkan perbelanjaan secara berhemat. Terima kasih.Soalan 1, jawapannya (b) dalam
Soalan 2, jawapan untuk (a) dan (b) - Istilah yang digunakan adalah betul daripada segi pengunaannya.
 Jawapan untuk (c) lebih tepat disebut sebagai "merancang perbelanjaan"
Tatabahasa17.05.2018
Apakah maksud perkataan berikut 1.berkerja 2. menaksirJawapan 1:
Ejaan 'bekerja' tidak dieja 'berkerja'. 'r' digugurkan kerana suku kata pertama kata dasar 'kerja' mengandungi huruf 'er'. Oleh sebab awalan 'ber' juga mempunyai  huruf 'er', maka huruf 'r' dalam awalan 'ber' itu dilenyapkan. Hal ini merupakan satu kecualian morfologi bahasa Melayu. Menurut KAmus Dewan Edisi Keempat, bekerja 1. melakukan atau menjalankan sesuatu atau berbagai-bagai kegiatan (usaha, tugas, dsb) utk menghasilkan (menyelesaikan, menyediakan, dll) sesuatu .

Jawapan 2:
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan "menaksir"  bermaksud menaksir, mentaksir 1. mengira atau menghitung banyaknya sesuatu (harga dll): ditaksir-taksir Solihin perongkosan yg harus dikeluarkannya; 2. menyangka, menelah, mengagak, mengira: penduduk Vietnam Utara ditaksir sebanyak tiga belas juta; 3. memberi penghargaan (dgn sewajarnya), menghargai, menilai: dgn jalan itu, penyelidik seni sastera dapat mengenal sesuatu ciptaan dgn lebih baik lagi dan akhirnya dapat ~ nilai ciptaan seni itu;
Tatabahasa27.03.2013
tolong beri takrif atau definisi perkataan berikut: 1.alternatif 2. autentik 3.kesedaran kendiri 4.Ingin tahu(curiosity) 5.fokus 6. Inisiatif 7.Minda kelas Pertama 8.Pentaksiran 9.Jati diri1. Alternatif = 1. pilihan yg merupakan kemestian (keharusan); 2. satu pilihan antara dua kemungkinan.  2. Autentik bermaksud dapat dipercayai atau dijadikan pegangan, asli dan benar.  3. Kesedaran kendiri bermaksud kesedaran sendiri. 4. Ingin tahu bermaksud sifat ingin tahu.  5. Fokus bermaksud tumpuan perbincangan, perhatian dan sebagainya. 6. Inisiatif bermaksud daya usaha (tindakan dll) yg mula-mula. 7. Minda Kelas Pertama minda iaitu mempunyai minda tahap tertinggi, eksklusif dan terbaik. 8. Penaksiran bermaksud perihal mengira atau menghitung banyaknya sesuatu, menyangka, menelah, mengagak, mengira. 9. Jati diri ialah identiti.Makna16.09.2008

Kembali ke atas