Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.hor.ma.ti] | مڠحرمتي

Definisi : 1. memberi (melahirkan, me­naruh) hormat kpd: ~ ibu bapanya; hor­matilah orang tuamu; Rizal dihormati oleh seluruh bangsa Filipina; 2. menerima dan mematuhi (aturan dll), menghargai, men­junjung tinggi, memuliakan: aku ~ pen­dapatmu; ~ keinginanmu mencari sesuatu yg baru; Malaysia tetap ~ Perjanjian Bangkok; 3. disegani: ia seorang yg diper­cayai dan dihormati; ia dihormati dan di­takuti oleh anak-anak kapal; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.hor.ma.ti] | مڠحرمتي

Definisi : 1 memberi hormat kpd: ~ ibu dan bapa. 2 memuliakan; menghargai: Setiap bangsa di dunia ini mempunyai pahlawannya masing-masing yg sentiasa disanjung dan dihormati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hormat (kata nama)
Bersinonim dengan takzim, sopan santun, khidmat;,
Kata Terbitan : berhormat, menghormati, terhormat, kehormat, kehormatan, penghormatan, penghormat,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
ngabas Ib, MSrmelawati atau menjenguk seseorang atau tempat.Katakan untuk menghormati orang meninggal dunia. Katanya bukan untuk ngabas, berduka dan menghormati tetapi bersukaria. Inilah tak betulnya adat kita, katanya.Antologi Cerpen Bunga RimbaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bambaazon Kdsemangat padi.Sebagai tanda kesyukuran dan menghormati Bambaazon, masyarakat Kadazan/Dusun bersumpah dengan Kinoingan bahawa mereka akan sentiasa mengenang pengorbanan Huminodun dengan mengadakan upacara penghormatan semangat padi iaitu Magavau.Upacara Magavau: Kemanakah Menghilang?Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
tompok Kdtajau.Menurut kepercayaan suku ini, seseorang yang mempunyai tajau atau "tompok" mestilah mengadakan upacara "Megahau" bagi menghormati tajau itu yang menjadi tempat asal lahirnya manusia (orang-orang Kadazan).Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan KadazanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kalimaran Mrpesta kraf tangan kebudayaan suku kaum Murut.Pesta Kalimaran, acara kebudayaan empat hari di Tenom, yang mana untuk meraikan dan menghormati orang Murut dan tradisis mereka, akan mengetengahkan tarian tradisional Murut, lagu-lagu, makanan, permainan dan kraf tangan.Buletin Malaysian Borneo SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
megahau, *magahau* Kd Ltupacara menguatkan semula semangat tajau.Menurut kepercayaan suku ini, seseorang yang mempunyai tajau atau "tompok" mestilah mengadakan upacara "Megahau" bagi menghormati tajau itu yang menjadi tempat asal lahirnya manusia (orang-orang Kadazan).Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan KadazanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
magavau Kdupacara kemuncak dlm semua upacara penamanan padi dgn mempersilakan semangat padi utk naik ke rumah padi sehingga musim hadapan.Sebagai tanda kesyukuran dan menghormati Bambaazon, masyarakat Kadazan/Dusun bersumpah dengan Kinoingan bahawa mereka akan sentiasa mengenang pengorbanan Huminodun dengan mengadakan upacara penghormatan semangat padi iaitu Magavau.Upacara Magavau: Kemanakah Menghilang?Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
ngetas ulit Ibupacara menamatkan perkabungan.Meludai dengan hulubalangnya pun balik ke tempat asal mereka. Di rumah, mereka mengadakan upacara ngetas ulit, iaitu satu upacara untuk menghormati isteri dan anak-anak Meludai yang sudah mati dan sebagai tanda mereka serumah tidak lagi berkabung.Antologi Cerita Rakyat IbanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
rabat Ibsuasana kesedihan kerana kematian.Watt jangan terlalu minum arak dan langkau. Ini rabat hari kematian bukan bergawai. Watt tentu tahu. Kadang-kadang orang yang datang itu bukan untuk menghormati orang mati, tetapi bersukaria.Antologi Cerpen Bunga RimbaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas