Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : mengadakan (per)­hu­bungan dan perkaitan, mengadakan per­talian (antara dua unsur, kegiatan, perkara, dll), memperkaitkan, mempertalikan: kedua-dua­nya, hal-hal yg berkaitan dgn masyara­kat umum, dan kegiatan kokurikulum di kampus, sering dihubungkaitkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menghubungkaitkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
geological timemasa geologiKimiaTiadaSkala masa yang menjadi rujukan untuk menghubungkaitkan pelbagai peristiwa dalam sejarah bumi. Sinonim: era geologi.
valve diagramgambar rajah injapKejuruteraanKejuruteraan MekanikLukisan ringkas atau panduan yang menghubungkaitkan pergerakan sipi injap atau pergerakan injap dengan titik masukan, penamat, pemampatan dan pembebasan injap. Contohnya, lukisan ini digunakan untuk menerangkan pergerakan injap gelangsar enjin stim.
chain mnemonicsnemonik berangkaiPsikologiPsikologi UmumKaedah untuk mengingati sesuatu perkara dengan menghubungkaitkan antara item sebelum dengan item selepas, atau mengingat item kedua bagi membantu mengingati item ketiga dan seterusnya. Proses ini dapat membantu mengingati keseluruhan maklumat tersebut. Contohnya, untuk membeli keperluan menyediakan sarapan pagi, apabila dibayangkan nasi lemak, maka tersenarailah keperluan membuatnya seperti ikan bilis, beras, santan, kacang, cili, timun dan bawang.
agricultural and environmentpertanian dan alam sekitarUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerkara yang menjadi salah satu isu antarabangsa yang menghubungkaitkan pertanian dengan alam sekitar. Contohnya, penebangan hutan di negara-negara tropika untuk tujuan pertanian boleh dihujahkan sebagai penyebab kepada penyahhutanan, kemusnahan biokepelbagaian, penafian hak orang asli dan sebagainya. Dari perspektif lain, negara-negara tropika cuba mengetengahkan hak mereka untuk membangun dan mendapat jaminan makanan serta tenaga.
Distance Amplitude Correction Curve (DAC)lengkung pembetulan jarak amplitudTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikGraf lengkungan yang dibina untuk menghubungkaitkan antara jarak dan amplitud sesuatu isyarat ultrasonik. Lengkungini didapati dari blok standard yang mempunyai siri pemantul bersaiz sama tetapi berbeza kedalaman daripada permukaan. Keadaan ini ditunjukkan apabila prob diletakkan pada bahan uji, isyarat penunjuk dari ketakselanjaran akan muncul pada kawasan lengkung tersebut. Keputusan perlu dibuat sama ada isyarat ini boleh diterima atau ditolak berdasarkan kriteria yang dinyatakan dalam kod, standard, atau spesifikasi yang ditentukan.
analytic touchsentuhan analisisPendidikanTiada

 Kaedah yang menunjukkan proses mental seseorang yang menghubungkaitkan ciri-ciri berasingan pada sesuatu objek untuk mendapatkan satu konsep yang menyeluruh.

sensory analysisanalisis sensoriMakanan dan PemakananMakananKaedah saintifik yang digunakan untuk mengukur, menganalisis serta menafsir pemerhatian dan tindak balas manusia terhadap ciri-ciri makanan atau minuman menggunakan deria bau, rasa, penglihatan, pendengaran dan sentuhan. Analisis sensori merupakan kaedah kuantitatif yang melibatkan pengumpulan data numerik untuk menghubungkaitkan ciri-ciri produk makanan dengan persepsi manusia. Kaedah ini lazim digunakan untuk mengenal pasti tahap penerimaan pengguna terhadap produk makanan yang dibangunkan.
myth criticismkritikan mitosKesusasteraanTiadaKaedah kritikan sastera yang menganggap sesebuah karya sebagai pernyataan atau rangkuman pola-pola dan struktur mitos yang sering berulang dalam sesuatu masyarakat. Kaedah ini akan mengkaji, meninterprestasi dan mengkategorikan sesebuah karya mengikut struktur dan unsur simbolik yang berkaitan dengan mitos tersebut. Kritikan ini juga menghubungkaitkan sastera dunia melalui penerapan mitos sejagat sepeti motif pencarian dan motif asal usul. Contohnya, sastera Barat dan Nusantara boleh dihubungkan dengan kajian motif pencarian yang terdapat dalam Hikayat Indera Putera dan Ullysses oleh Homer, sementara motif asal usul boleh dikaji dalam cerita panji dan mitos Yunani. Dalam konteks sastera moden, motif pencarian boleh dianalisis daripada karya Perjalanan Si Tenggang oleh Muhammad Haji Salleh dan Ulysses oleh James Joyce. Pengkritik utama kaedah kritikan ini termasuklah Joseph Campell dalam bukunya berjudul The Heor with a Thousand Faces dan Northrop Frye dalam bukunya berjudul Anatomy of Criticism. Lihat juga kritikan arketaip, tipa induk.

Kembali ke atas