Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.hu.bung.kan] | مڠهوبوڠکن

Definisi : 1. menjadikan berhu­bung­an (berangkaian, bersambungan), me­nyam­­bungkan, merangkaikan: garisan lurus yg ~ dua titik; rumah itu mempunyai dua kamar yg satu sama lainnya dihubungkan oleh sebuah pintu; 2. = memper­hubung­kan mempertalikan (dgn), mengaitkan (dgn): perdaganganlah yg ~ negeri Melaka dgn kawasan-kawasan di sekelilingnya; rakyat Hirahlah yg menjadi perantaraan ~ orang Parsi dgn orang Arab; 3. = memperhu­bung­kan mempertemukan dgn, menjadikan satu dgn, menggabungkan dgn: ia pun ~ dirinya dgn pergerakan wanita setempat; mereka memperhubungkan kami dgn seke­luarga orang perantauan lain; 4. menjadi­kan supaya berhubungan atau bertemu: ada jalan kereta api yg ~ Bangkok dgn Saigon; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.hu.bung.kan] | مڠهوبوڠکن

Definisi : 1 menjadikan berhubung; mencantumkan; menyambungkan: garisan lurus yg ~ dua titik. Sebatang jalan kereta api ~ bandar Johor Bahru dgn Kuala Lumpur. 2 menjadikan bersatu atau bergabung: Dia pun ~ dirinya dgn pergerakan wanita di kampungnya. 3 mengaitkan sesuatu (perkara dll) dgn yg lain; mempertali­kan: Dia telah ~ kisah itu dgn kejadian yg berlaku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah susunan perkataan ini betul "menghubungkan perniagaan berjaya"Ayat yang lebih sempurna ialah ... menghubungkan perniagaan yang berjaya atau ...berjaya menghubungkan perniagaan.   Tatabahasa09.01.2009
Adakah perkataan 'menghubungkan' digunakan dengan 'kepada' 'dengan' atau 'pada' ? contohnya "WiFi menghubungkan anda kepada dunia" , adakah 'kepada' betul di sini? Dan bolehkah sesuatu ayat dimulakan dengan perkataan 'Dengan' ?Ayat yang betul ialah "WiFi menghubungkan anda dengan dunia". Kata sendi nama "kepada" terletak dihadapan kata nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Sebagai contoh, "sila kembalikan borang itu kepada kerani pejabat ini"Tatabahasa12.11.2015
Lebuh raya itu menghubungi Seremban dengan Kuala Lumpur atau Lebuh raya itu menghubungkan Seremban dengan Kuala Lumpur Anak emas-anak emas atau Anak-anak emas

Saudara,

Perkataan yang betul ialah menghubungkan dan anak-anak emas.

 

Tatabahasa02.10.2009
Ibu sedang memasak makanan. Ayah membantu ibu menyediakan bahan masakan. bolehkah kata hubung manakala digunakan untuk menghubungkan kedua2 ayat tersebut? atau pengggunaan kata sementara lebih sesuai? apakah perbezaan makna dan fungsi antara kata 'manakala' dan 'sementara' dalam ayat2 di atas. tqSementara dan manakala, kedua-duanya ialah kata hubung pancangan keterangan yang berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Lazimnya kata sementara digunakan dalam situasi ayat yang membawa maksud dalam tempoh atau dalam waktu tertentu, contoh ayat: Lebih baik berjagung-jagung, sementara menanti padi masak; dan perkataan manakala digunakan dalam ayat yang membawa maksud waktu atau pada ketika tertentu, contoh ayat: Dia tersenyum, manakala melihat adiknya tidur.

Daripada penjelasan tersebut, perkataan yang paling tepat digunakan dalam tersebut ialah manakala.
Tatabahasa14.08.2014
Bagaimana untuk membezakan penggunaan kata hubung pancangan komplemen 'untuk' dan kata hubung 'untuk' pancangan keterangan

Kata hubung ialah perkataan yang bertugas untuk menghubungkan atau menyambungkan dua ayat tunggal atau lebih daripada dua ayat tunggal. Ayat yang terhasil daripada penyambungan dua ayat atau lebih daripada dua ayat dinamakan ayat majmuk. Kata hubung pancangan menyambungkan satu ayat induk dengan satu atau lebih ayat kecil. Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga jenis iaitu; kata hubung pancangan relatif, kata hubung pancangan komplemen dan kata hubung pancangan keterangan. Kata hubung pancangan komplemen menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu kata hubung pancangan komplemen berfungsi menghubungkan satu klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada satu klausa utama. Dua kata komplemen yang sering digunakan ialah bahawa dan untuk. Contoh ayat ialah "guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin". "Untuk memaksa dia hadir adalah tidak wajar" dan "untuk banduan itu melepaskan diri sungguh mustahil". Kata hubung pancangan keterangan pula berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada satu klausa utama. Kata keterangan yang biasa digunakan ialah kerana, hingga, kalau, agar, jika, sungguhpun, supaya, menjadi, untuk, apabila. Contoh ayat ialah "Kalau musuh menyerang, kami akan melawan". "Nira dikumpulkan untuk dibuat manisan dan tuak".

Tatabahasa11.08.2008
Apakah beza menghubungi dan menghubungkan? Bolehkah pihak tuan memberikan contoh bagi setiap ayat? Terima kasih

Menghubungi: 1. membuat perhubungan dgn seseorang utk memberitahu sesuatu (melalui surat, telefon, atau pergi sendiri mendapatkannya): ejen-ejen polis rahsia akan terus ~nya lagi; perbicaraan ditangguhkan sehingga saksi penting dapat dihubungi polis; 2. menjadi sambungan kpd sesuatu, mengikuti, menuruti, menyambut (dgn): kata-kata itu dihubungi dgn ketawa;

Menghubungkan1. menjadikan berhubungan (berangkaian, bersambungan), menyambungkan, merangkaikan: garisan lurus yg ~ dua titik; rumah itu mempunyai dua kamar yg satu sama lainnya dihubungkan oleh sebuah pintu; 2. = memperhubungkan mempertalikan (dgn), mengaitkan (dgn): perdaganganlah yg ~ negeri Melaka dgn kawasan-kawasan di sekelilingnya; rakyat Hirahlah yg menjadi perantaraan ~ orang Parsi dgn orang Arab; 3. = memperhubungkan mempertemukan dgn, menjadikan satu dgn, menggabungkan dgn: ia pun ~ dirinya dgn pergerakan wanita setempat; mereka memperhubungkan kami dgn sekeluarga orang perantauan lain; 4. menjadikan supaya berhubungan atau bertemu: ada jalan kereta api yg ~ Bangkok dgn Saigon;  menjadikan berhubungan (berangkaian, bersambungan), menyambungkan, merangkaikan: garisan lurus yg ~ dua titik; rumah itu mempunyai dua kamar yg satu sama lainnya dihubungkan oleh sebuah pintu; 2. = memperhubungkan mempertalikan (dgn), mengaitkan (dgn): perdaganganlah yg ~ negeri Melaka dgn kawasan-kawasan di sekelilingnya; rakyat Hirahlah yg menjadi perantaraan ~ orang Parsi dgn orang Arab; 3. = memperhubungkan mempertemukan dgn, menjadikan satu dgn, menggabungkan dgn: ia pun ~ dirinya dgn pergerakan wanita setempat; mereka memperhubungkan kami dgn sekeluarga orang perantauan lain; 4. menjadikan supaya berhubungan atau bertemu: ada jalan kereta api yg ~ Bangkok dgn Saigon; 

Makna14.09.2009
Salam, TBD menerangkan "kata komplemen" sbg menghubungkan {klausa utama} dengan [klausa komplemen/pelengkap]. 1) Guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin. 2) Untuk memaksa dia hadir adalah tidak wajar. OK. Saya faham "klausa" terdiri dari subjek dan predikat. Berbanding dengan "frasa", "klausa" berupaya berdiri dengan sendiri, jika keadaan membenarkan. Dalam ayat-ayat 1) dan 2) di atas, saya tidak nampak "Guru itu menyatakan" dan "adalah tidak wajar" dlm bentuk subjek dan predikat. TK

Soalan saudara sedang disemak dan akan kami jawab dengan kadar segera.

Tatabahasa28.11.2011
Tuan, tugas kata hubung pancangan relatif ialah menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil. Saya ingin bertanya, apakah maksud klausa kecil dan cara mengenalnya? Terima kasih.Klausa kecil juga dikenali sebagai klausa tak bebas, iaitu klausa yang tidak dapat berdiri sendiri. Sebagai contoh, rujuk ayat pancangan relatif 'Mereka menonton drama yang disukai ramai'. Mereka menonton drama (klausa bebas/klausa utama) yang (kata hubung pancangan relatif) disukai ramai (klausa tak bebas/klausa kecil). Maka, ciri utama klausa kecil ialah klausa yang tidak dapat berdiri sendiri. Anda boleh merujuk Tatabahasa Dewan halaman 433-434 untuk lebih keterangan lanjut.Tatabahasa22.02.2017
apakah perbezaan kata hubung agar dan bahawa?

Perkataan 'bahawa' merupakan kata hubung komplemen yang berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa pertama. Contohnya: Guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin.

Kata hubung pancangan keterangan pula berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada satu klausa utama. Kata keterangan yang biasa digunakan ialah kerana, hingga, kalau, agar, jika, sungguhpun, supaya, menjadi, untuk, apabila. Contoh ayat ialah "Pertahanan negara perlu diperkuat agar keamanan sentiasa terjamin".

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 251-254.

Tatabahasa26.08.2023
apakah peraturan untuk saya menggunakan tanda '-', selain daripada tanda '-' ditulis untuk menghubungkan huruf besar dan huruf kecil contohnya, 'ciptaan-Nya'. Terima kasihUntuk makluman, tanda ('/') dipanggil tanda petik tunggal. Ia hanya digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapit tanda petik ("/"). Contoh: "Amboi! Sejak menjadi 'orang kaya baru', batang hidungnya pun tak Nampak," sindir Hasyim.Tatabahasa10.08.2015
12345678910...

Kembali ke atas