Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.hu.bung.kan] | مڠهوبوڠکن

Definisi : 1. menjadikan berhu­bung­an (berangkaian, bersambungan), me­nyam­­bungkan, merangkaikan: garisan lurus yg ~ dua titik; rumah itu mempunyai dua kamar yg satu sama lainnya dihubungkan oleh sebuah pintu; 2. = memper­hubung­kan mempertalikan (dgn), mengaitkan (dgn): perdaganganlah yg ~ negeri Melaka dgn kawasan-kawasan di sekelilingnya; rakyat Hirahlah yg menjadi perantaraan ~ orang Parsi dgn orang Arab; 3. = memperhu­bung­kan mempertemukan dgn, menjadikan satu dgn, menggabungkan dgn: ia pun ~ dirinya dgn pergerakan wanita setempat; mereka memperhubungkan kami dgn seke­luarga orang perantauan lain; 4. menjadi­kan supaya berhubungan atau bertemu: ada jalan kereta api yg ~ Bangkok dgn Saigon; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.hu.bung.kan] | مڠهوبوڠکن

Definisi : 1 menjadikan berhubung; mencantumkan; menyambungkan: garisan lurus yg ~ dua titik. Sebatang jalan kereta api ~ bandar Johor Bahru dgn Kuala Lumpur. 2 menjadikan bersatu atau bergabung: Dia pun ~ dirinya dgn pergerakan wanita di kampungnya. 3 mengaitkan sesuatu (perkara dll) dgn yg lain; mempertali­kan: Dia telah ~ kisah itu dgn kejadian yg berlaku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEGENTING

Segenting ialah jalur tanah sempit yang

menghubungkan tanah besar. Sesetengah

segenting menghubungkan dua benua. Segenting

Panama menghubungkan Amerika Utara dengan

Amerika Selatan. Segenting yang lain pula

menghubungkan benua dengan semenanjung.

Segenting Kra terletak di antara Thailand (Siam)

di Asia dengan Semenanjung Tanah Melayu

(Malaysia).

UMUM 
TISU PENGHUBUNG

Tisu penghubung, menghubungkan organ

badan dengan tisu, menetapkan organ di tempatnya,

dan menyokong badan. Berbanding dengan lain-lain

jenis tisu, tisu penghubung mempunyai beberapa sel

dan banyak bahan antara sel (bahan di luar sel). Ahli

sains membahagikan tisu penghubung kepada tiga

kumpulan, mengikut kekerasan bahan antara sel, iaitu

(1) tisu penghubung sempurna yang lembut,

(2) rawan yang teguh, dan (3) tulang yang keras.

Rencana ini akan membincangkan tisu penghubung

sempurna. Untuk maklumat tentang lain-lain jenis tisu

penghubung, lihat rencana Ensiklopedia Dunia

tentang Rawan dan Tulang .

UMUM 
DARDANELLES

Dardanelles ialah selat yang menghubungkan

Laut Aegean dengan Laut Marmara. Selat ini

merupakan sebahagian daripada jalan air dari

Laut Hitam ke Laut Mediterranean.

UMUM 
SELAT GIBRALTARJalur air sempit dan pendek yang menghubungkan Laut Mediterrranean dan Lautan Atlantik.GEOGRAFI DAN GEOLOGIBentuk Muka Bumi
SUNGAI NIAGARA

Sungai Niagara ialah sungai pendek yang

menghubungkan Tasik Erie dengan Tasik Ontario.

Sungai ini membentuk sebahagian daripada

sempadan antara negeri New York, Amerika

Syarikat, dengan wilayah Kanada, Ontario. Air dari

Tasik-tasik Besar kecuali Tasik Ontario mengalir

masuk ke Sungai Niagara. Sebahagian besar air ini

mengalir masuk ke Air Terjun Niagara, yang

terletak kira-kira di pertengahan aliran Sungai

Niagara.

UMUM 
TERUSAN CALEDONIA

Terusan Caledonia ialah sistem terusan dan

pintu air menghubungkan loch (tasik) yang

terbentang di Glen Mòr, Scotland. Terusan ini

mengalir dari Loch Linnhe di barat daya

merentangi kawasan tanah tinggi terus ke Loch

Lochy, Oich dan Ness ke Inverness Firth di Timur

Laut. Panjang terusan ini kira-kira 100 kilometer.

UMUM 
TALI PUSAT

Tali pusat ialah satu struktur berupa tali yang

menghubungkan janin (bayi yang belum

dilahirkan) kepada plasenta (uri). Tali pusat

mengandungi dua arteri dan satu vena. Arteri

membawa darah yang mengandungi hasil sisa

daripada janin ke plasenta. Vena pula membawa

darah yang mengandungi oksigen dan bahan

makanan daripada darah ibu kepada janin. Apabila

bayi itu dilahirkan, doktor akan memotong tali

pusat kira-kira 5 sentimeter daripada abdomen

bayi, dengan berhati-hati.

UMUM 
KATA HUBUNG

Kata hubung ialah kata yang digunakan untuk

menghubungkan kata, frasa, klausa, dan ayat. Kata

conjunction dalam bahasa Inggeris berasal

daripada dua kata Latin yang bermakna bergabung

dengan .

UMUM 
TEROWONG SELAT

Terowong Selat ialah rangkaian kereta api

bawah laut yang menghubungkan United Kingdom

dengan Perancis. Pembinaannya merupakan satu

daripada projek kejuruteraan utama dunia pada

tahun 1980 dan tahun 1990. Di dalam terowong

berkembar itu terdapat terowong landasan kereta

api tunggal, yang direka bentuk bagi kereta api

elektrik laju. Terowong itu dibina untuk empat

jenis kereta api: perkhidmatan ulang-alik

penumpang bagi kereta dan bas, perkhidmatan

ulang-alik pengangkutan bagi trak, kereta api

penumpang berkelajuan tinggi antara bandar, dan

kereta api pengangkutan barang. Ada dua stesen

bagi kenderaan jalan raya untuk masuk ke

terowong kereta api itu, iaitu di Folkestone,

England , dan di Calais, Perancis.

UMUM 
TALIAN SEGERA

Talian segera ialah sistem dua hala telegraf-teleprinter

yang menghubungkan Washington

D.C., dengan Moscow. Talian segera ini dikenali

dengan nama rasmi Direct Communications Link .

Talian ini membolehkan Presiden Amerika Syarikat

dan Presiden Rusia berhubung secara terus dan

serta-merta apabila sesuatu krisis antarabangsa

berlaku. Tujuannya ialah untuk mengurangkan

risiko berlakunya peperangan disebabkan oleh

salah faham.

UMUM 
123456

Kembali ke atas