Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.hu.lur.kan] | مڠهولورکن

Definisi : 1. melepaskan sesuatu (spt tali dll) agar menjadi panjang: maka tali pun dihulurkan ke bawah dan raga pun di­kosongkan; 2. mengeluarkan memanjang, menganjurkan, menjulurkan, menyembulkan (kepala dll): ~ lidah utk menjilat; lazimnya, batang tumbuh tegak ke atas dan ~ daun-daun ke satu arah yg sesuai utk mendapat sebanyak-banyak cahaya; ia meman­jang­kan badannya yg di bahagian haluan dan ~ kepalanya; 3. memanjangkan, memperpan­jang (masa, perbincangan, dll): jika perlu, waktu perundingan itu boleh dihulurkan sampai beberapa hari lagi; 4. mengun­jukkan, memberikan (dgn tangan dianjurkan): ia mengambil segelas air dan ~nya kpd suaminya; ~ pertolongan; 5. Mn menghan­tar atau membawa sesuatu utk: ~ makanan ayah ke kebun; 6. menuruti (kehendak, hawa nafsu, dll): jangan dihulurkan sangat kehendak orang itu; ~ tangan a) mengan­jurkan tangan (utk bersalaman dll); b) mem­berikan bantuan, membantu; c) berbaik-baik kembali; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.hu.lur.kan] | مڠهولورکن

Definisi : 1 melepaskan sesuatu (spt tali) agar menjadi panjang: ~ tali layang-layang. 2 memberikan sesuatu dgn menganjurkan tangan; mengunjukkan: Dia ~ segelas air kpd suaminya. 3 mengeluarkan sesuatu memanjang; menjulurkan: Ku­cing itu ~ lidahnya utk menjilat makanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hulur
Kata Terbitan : menghulur, menghulur-hulur, menghulurkan, huluran,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hulurhulurKesenianTiadaKeadaan menghulurkan tali memanjangkan tali wau.
feeding deviceperanti suapanKejuruteraanTiadaPeranti yang menghulurkan suapan kepada pengguna.
rescue techniqueteknik menyelamatSukanTiadaKaedah dan gaya untuk membantu orang yang cemas dalam air, contohnya menunda mangsa atau menghulurkan pelampung kepadanya. Sinonim : frontcrawl pull
bai‘ ta’ahjual beli tanpa lafazPerniagaan IslamTiadaAkad jual beli yang berlaku tanpa wujud lafaz ijab dan kabul apabila pihak berakad saling member, iaitu penjual menyerahkan produk dan pembeli menghulurkan bayaran tanpa menyebut “Saya menjual” atau “Saya membeli”. Sebahagian ulama membenarkan bai‘ ta’ah kerana wujud unsur rela dan diterima sebagai jual beli dari sudut adat. Dalam mazhab Syafii, rukun sighat dalam bentuk lafaz adalah diperlukan sebagai tanda keredaan.

Kembali ke atas