Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.hu.rai.kan] | مڠهورايکن

Definisi : 1. membuka simpul atau ikat­an (tali, bungkusan, dsb), menguraikan: ketika ~ tali itu dia teringat hendak memberi minum lembu itu; maka Hang Jebat pun minta huraikan balut lukanya; 2. memi­sah­kan (menceraikan) bahagian-bahagian sesuatu utk menjelaskannya dsb; ~ ayat mencerai-ceraikan bahagian ayat (mengikut fungsi kata-katanya, atau jenis kata-katanya); 3. mem­bentangkan dan menerangkan (keduduk­an, masalah, kebaikan, atau keburukan sesuatu) dgn panjang lebar dan teratur: Menteri Kewangan ~ kedudukan ekonomi negara; Profesor Hegesus terus ~ bahaya-bahaya drpd Rancangan Marshall; ~ hikmat ibadat puasa; 4. memecahkan (sesuatu masalah, persoalan, dsb) sbg usaha mencari penyelesai­an: “Soal tanah dan kemiskinan tak dapat dihuraikan dgn undang-undang,” katanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.hu.rai.kan] | مڠهورايکن

Definisi : 1 membuka ikatan sesuatu bungkusan dll supaya berhurai: ~ ikatan. 2 menceritakan atau me­nerangkan (sesuatu kejadian dll) dgn panjang lebar dan tersusun: Menteri Kewangan telah ~ kedudukan ekonomi negara. 3 mencerai-ceraikan atau meng­asingkan bahagian-bahagiannya: ~ ayat menceraikan bahagian-bahagian ayat mengikut jenis kata-katanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hurai
Kata Terbitan : menghuraikan, terhurai, huraian, penghuraian,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DIRAJA

Diraja ialah istilah yang digunakan untuk

menghuraikan kuasa dan harta benda raja

sebagai ketua kerajaan. Istilah ini dirujuk hanya

kepada jawatan yang disandang oleh raja dan

bukannya kepada raja itu sebagai seorang individu.

UMUM 
MICHENER, JAMES ALBERT

Michener, James Albert (1907–1997) ialah

pengarang Amerika yang telah memenangi

Hadiah Pulitzer tahun 1948 bagi kategori fiksyen

untuk koleksi ceritanya, Tales of the South Pacific

(1947). Buku itu menghuraikan kehidupan anggota

tentera Amerika Syarikat di kalangan penduduk

Kepulauan Solomon semasa Perang Dunia II.

Joshua Logan, Richard Rodgers dan Oscar

Hammerstein II menerbitkan komedi muzikal

mereka, South Pacific (1949) berasaskan koleksi

cerita Michener.

UMUM 
PESISIRPESISIR, kawasan pantai yang digunakan untuk menghuraikan kebudayaan sekelompok masyarakat di perairan Kepulauan Melayu. Konsep ini diperkenalkan oleh Pigeaud, sarjana Belanda, dalam bukunya Islamic States in Java (1938). Tamadun pesisir ini muncul pada zaman kegemilangan perdagangan rempah dari abad ke-14 hingga abad ke-18, apabila masyarakat di persisiran pantai berhubung dengan dunia luar melalui perdagangan antarabangsa.SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
KESATERIA DAN KESATERIAAN

Kesateria dan kesateriaan. Perkataan

kesateria berasal daripada perkataan Inggeris

Lama knight, yang bermaksud orang gaji peribadi.

Orang Inggeris menggunakan perkataan itu untuk

menghuraikan askar berkuda Perancis yang mula-

mula tiba di England selepas penaklukan Norman

pada tahun 1066. Kesateria hanya pahlawan

yang dilengkapi dan dilatih untuk bertempur

sambil menunggang kuda.

UMUM 
THE MALAY SOUND SYSTEM

THE MALAY SOUND SYSTEM, buku yang menghuraikan sisitem bunyi bahasa Melayu. Buku setebal 132 halaman ini ditulis oleh Yunus Maris dalam bahasa Inggeris dan diterbitkan oleh Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. pada tahun 1980. buku ini digunakan untuk mengajar sistem sebutan bahasa Melayu di Maktab Bahasa, Kuala Lumpur. Buku ini diperlengkapkan dengan latihan untuk mengajar sebutan bahasa Melayu di Amerika Syarikat pada tahun 1962. Naskhah siklostil diterbitkan pada tahun 1966.

BAHASAPenerbitan
BROWN, ROBERT

Brown, Robert (1773–1858) ialah doktor dan

ahli botani Scotland. Dia menemui nukleus

dalam sel hidup, dan menghuraikan agitasi

zarah mikroskop, yang dikenali sebagai gerakan

Brown.

UMUM 
BORN, MAX

Born, Max (1882–1970) ialah ahli fizik Jerman yang

memainkan peranan utama dalam memajukan

mekanik kuantum. Bidang fizik ini menghuraikan

struktur atom dan pergerakan zarah atom. Born

berkongsi Hadiah Nobel tahun 1954 dalam bidang

fizik kerana usahanya.

UMUM 
MENGAIT

Mengait ialah satu kaedah membuat kain

dengan menggelungkan benang di sekeliling

jarum mengait dengan yang lain menggunakan

satu atau lebih jarum mengait. Kebanyakan

daripada pakaian yang dipakai, dibuat dengan

mengait, termasuklah baju panas, sarung kaki, skaf,

dan topi. Pakaian berkait disukai kerana pakaian

tersebut dapat meregang dan kembali semula

kepada bentuknya yang asal. Kain berkait dapat

dibentuk untuk mencipta barangan seperti hiasan

dinding. Mengait juga dapat menghiasi bentuk

serat lain yang dibuat melalui kaitan, makram, dan

tenunan. Mengait boleh dilakukan dengan tangan

atau mesin. Rencana ini menghuraikan tentang

kaitan tangan. Lihat juga Mesin mengait; Tekstil

(Kain yang dikait).

UMUM 
MYRDAL, GUNNAR

Myrdal, Gunnar (1898–1987) ialah ahli sosiologi

dan ekonomi Sweden. Dia terkenal melalui

kajiannya tentang masalah utama dunia. Bukunya,

An American Dilemma: The Negro Problem and

Modern Democracy (1944) dianggap sebagai

kajian yang luar biasa tentang hubungan ras di

Amerika Syarikat. Kajian Myrdal tentang

pembangunan sosial dan ekonomi negara-negara

mundur telah menghasilkan penulisan berjudul

Asian Drama: An Inquiry into the Poverty of

Nations (1968). Buku itu cuba menghuraikan punca

terlalu ramai penduduk miskin di bahagian

selatan Asia dan tindakan yang boleh dilakukan.

UMUM 
SASTERA KETATANEGARAAN

SASTERA KETATANEGARAAN,  kitab yang bertujuan memberi pelajaran kepada anak-anak raja atau raja perihal pentadbiran negeri.  Pada abad ke-14, terdapat kitab Machiavelli di Eropah berjudul II Principe (Sang Raja).  Dalam kitab ini, Machiavelli menghuraikan cara pemerintahan yang harus diamalkan oleh seorang raja.  Di India, terdapat kitab  Kautilya-Arth-Sastera yang mengutamakan cara pemerintahan yang baik.   Pancatantra  pada mulanya juga merupakan buku pelajaran politik untuk anak-anak raja.

SASTERAKonsep
12

Kembali ke atas