Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.hu.rai.kan] | مڠهورايکن

Definisi : 1. membuka simpul atau ikat­an (tali, bungkusan, dsb), menguraikan: ketika ~ tali itu dia teringat hendak memberi minum lembu itu; maka Hang Jebat pun minta huraikan balut lukanya; 2. memi­sah­kan (menceraikan) bahagian-bahagian sesuatu utk menjelaskannya dsb; ~ ayat mencerai-ceraikan bahagian ayat (mengikut fungsi kata-katanya, atau jenis kata-katanya); 3. mem­bentangkan dan menerangkan (keduduk­an, masalah, kebaikan, atau keburukan sesuatu) dgn panjang lebar dan teratur: Menteri Kewangan ~ kedudukan ekonomi negara; Profesor Hegesus terus ~ bahaya-bahaya drpd Rancangan Marshall; ~ hikmat ibadat puasa; 4. memecahkan (sesuatu masalah, persoalan, dsb) sbg usaha mencari penyelesai­an: “Soal tanah dan kemiskinan tak dapat dihuraikan dgn undang-undang,” katanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.hu.rai.kan] | مڠهورايکن

Definisi : 1 membuka ikatan sesuatu bungkusan dll supaya berhurai: ~ ikatan. 2 menceritakan atau me­nerangkan (sesuatu kejadian dll) dgn panjang lebar dan tersusun: Menteri Kewangan telah ~ kedudukan ekonomi negara. 3 mencerai-ceraikan atau meng­asingkan bahagian-bahagiannya: ~ ayat menceraikan bahagian-bahagian ayat mengikut jenis kata-katanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hurai
Kata Terbitan : menghuraikan, terhurai, huraian, penghuraian,


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
Buku Putih (Ig. White Book; Br. Buku Putih; Id. Buku Putih) Buku panduan terbitan Suruhanjaya Komuniti Eropah berkenaan kriteria Penilaian Keselamatan Teknologi Maklumat (ITSEC). Kriteria penilaian ini merupakan piawaian yang menghuraikan tahap jaminan keselamatan sistem maklumat. Sijil pencapaian berperingkat diberikan kepada sistem Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 19 6/6/11 4:01:32 PM 20 but but bon aset ijarah gipsi (Ig. gypsy verification environment; Br. sekitaran pengesahbetulan gipsi; Id. lingkungan verifikasi gipsi) Utiliti pengaturcaraan bersepadu untuk bahasa pengaturcaraan Gipsi untuk membantu reka bentuk dan pengaturcaraan. Persekitaran ini digunakan untuk menghuraikan keperluan fungsian perisian yang dibangunkan, membantu penulisan kod atur cara, dan mengesahkan hasil pengaturcaraan. Utiliti bersepadu yang digunakan dalam persekitaran ini mengandungi sebuah penyunting kod, pemproses spesifikasi, penjana kriteria pengesahan

Kembali ke atas