Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngi.bar.kan] | مڠيبرکن

Definisi : menyebabkan berkibar, meng­gerak-gerakkan (bendera dsb) supaya ber­kibar, memasangkan (membentangkan) su­paya berkibar: kota ini bersemarak dgn hiasan, dan setiap rumah ~ bendera; beribu-ribu murid sekolah berdiri di sepanjang jalan sambil ~ bendera; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngi.bar.kan] | مڠيبرکن

Definisi : menaikkan (bendera dll) supaya berkibar: Pd hari itu, bendera dikibarkan di setiap rumah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengibarkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) Yang mana satu betul?Penunggang beca atau pemandu beca? 2)Adakah frasa mengibarkan bendera jalur gemilang betul?Ataupun mengibarkan jalur gemilang ayat yang betul?Frasa yang betul ialah penunggang beca dan mengibarkan jalur gemilang.Tatabahasa13.06.2012
Mana satukah ayat yang betul? (a) Orang ramai mengibarkan bendera Malaysia sebaik-baik sahaja pelawat itu tiba. (b) Orang ramai mengibaskan bendera Malaysia sebaik-baik sahaja pelawat itu tiba.Penggunaan perkataan yang tepat ialah mengibarkan. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, mengibarkan bermaksud menaikkan (bendera dll) supaya berkibar: Pd hari itu, bendera dikibarkan di setiap rumah.Tatabahasa02.04.2014
Mana satukah ayat yang lebih tepat: (a) Orang ramai mengibarkan bendera apabila pelawat itu berlalu. (b) Orang ramai mengibaskan bendera apabila pelawat itu berlalu.Penggunaan perkataan yang tepat ialah mengibarkan.Tatabahasa02.04.2014
Salam sejahtera. Di sini saya ingin bertanya tentang imbuhan me- dalam ayat berikut yang mana betul. 1. Ayah menggantung/menggantungkan belon pada dinding ruang tamu. 2. Ali mengibar/mengibarkan bendera pada Hari Kemerdekaan. Bolehkah memberi penjelasan bagi imbuhan me-/me...kan di atas?terima kasih.

Ayat yang betul ialah;

1. Ayah menggantungkan belon pada dinding ruang tamu.

2. Ali mengibarkan bendera pada Hari Kemerdekaan.

Untuk melihat perbezaannya dengan lebih jelas, boleh rujuk:

1.      http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=gantung.

2.      http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kibar

Selain itu, untuk makluman, kata kerja yang terbentuk daripada awalan meN- ialah kata kerja yang mendukung maksud melakukan sesuatu. Penggunaan kata kerja dengan awalan meN- boleh menerbitkan dua makna, iaitu sama ada melakukan perbuatan atau menyatakan keadaan. Kata kerja yang terbentuk dengan apitan men-...-kan menghasilkan kata kerja transitif dengan maksud membuat sesuatu yang terkandung dalam kata kerja dasar, maksud kausatif atau menyebabkan dan maksud benefaktif atau manfaat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa07.10.2015
Salam, saya ingin bertanyakan 2 soalan: 1) Saya ingin mengetahui penggunaan tanda bacaan yang betul untuk gelaran yang berikut: Tokoh Murid Peringkat Negeri Pahang @ tokoh murid peringkat negeri Pahang 2) Benarkah kita perlu menggugurkan perkataan 'bendera' untuk merujuk Jalur Gemilang?contohnya mewarnakan Jalur Gemilang, mengibarkan Jalur Gemilang. Terima kasihEjaan yang betul ialah Tokoh Murid peringkat negeri Pahang. Jalur Gemilang nama khas bendera kita, maka tidak perlu lgi ditulis bendera Jalur Gemilang.Tatabahasa01.06.2012

Kembali ke atas