Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngi.kut] | مڠيکوت

Definisi : 1. pergi bersama-sama dgn, menurut, mengiring, menyertai (di belakang): budak itu ~ ayahnya ke hutan memikat burung; ramai budak yg ~ perarakan itu; 2. meniru, mencontohi: kanak-kanak biasanya mudah ~ kelakuan ibu bapanya; tahun ini ramai orang kampung yg ~ Amin menanam padi dua kali setahun; 3. mematuhi (perintah, nasihat, dll), menganut (ajaran, faham): dgn mudah, kedua-dua orang itu ~ perintah saya; sebahagian besar penduduk negeri itu ~ Mazhab Syafii; 4. melalui (jalan dll): orang kampung itu pergi ke bandar terpaksa ~ sungai dgn menggunakan perahu; dia sampai dahulu kerana dia ~ jalan yg dekat; 5. menurut, sesuai dgn, selaras dgn: contoh jentera yg dibuat ~ skala 1 inci; ~ teori Darwin, manusia itu berasal drpd beruk; suaranya keluar teratur ~ irama muzik; ~ hati menurut kehendak hati; ~ jejak meniru perbuatan orang yg dahulu; ~ telunjuk mematuhi, ikut telunjuk; bagai tekukur ~ kata prb anak angkat yg mengikut kata (dapat diperlakukan sesuka hati oleh ibu atau bapa angkat); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngi.kut] | مڠيکوت

Definisi : 1 pergi bersama-sama; mengiring; mengekor di belakang: Kalau boleh, saya hendak ~ ayah ke Kuantan. 2 turut berbuat sesuatu; meniru: Apabila dia bertanam sayur di belakang rumahnya, banyak pula jiran yg ~nya. 3 menerima dan menurut sesuatu perintah dll; menerima dan mempercayai sesuatu ajaran dll; mematuhi; menganut: Kita hendaklah ~ nasihat orang tua-tua. Kebanyakan orang Islam di sini ~ mazhab Syafie. 4 berjalan dll dgn menggunakan jalan tertentu; melalui jalan tertentu: Mereka turun ke bandar ~ sungai. 5 menurut; berasaskan: Peta ini dilukis ~ skala. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Basikal Jepun basikal joli,
     Dibawa di simpang tiga;
Hendak mengikut tidak berani,
     Takut ditinggal tengah jeraya.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Bagai tekukur mengikut kata.

Bermaksud :

Anak angkat yang boleh diperlakukan sesuka hati oleh ibu atau bapa angkatnya.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEGREGASI

Segrerasi ialah pengasingan kumpulan manusia

mengikut adat atau mengikut budaya. Ia lazimnya

berasaskan perbezaan asal usul etnik, agama,

kekayaan, atau budaya. Sesetengah orang

menganggap perbezaan sedemikian amat

penting.

UMUM 
AHLI SUNNAH

Ahli Sunnah ialah golongan yang mengikut dan

berpegang pada Sunnah yang terdiri dari

kalangan  sahabat dan sesiapa yang mengikut

mereka dengan baik sehingga hari kiamat. Ibn

Rajab berkata: “Al-Sunnah ialah perjalanan Nabi

Muhammad SAW dan para sahabatnya yang

bersih daripada syubahat dan hawa nafsu”.

UMUM 
SYAABAN

Syaaban ialah bulan kelapan mengikut takwim

Hijrah. Ia dikenali dengan nama ini pada tahun

412 M. Semasa hayat Kilab ibn Murrah, datuk

kelima dalam salasilah keturunan Rasulullah

s.a.w. Dikatakan nama Syaaban bermakna

berpecah menjadi kumpulan kerana kabilah Arab

memohon agar dipecah-pecahkan mengikut

pasukan tertentu bagi tujuan membuat serangan

selepas mereka berehat pada bulan Rejab, iaitu

bulan yang diharamkan berperang. Lihat Rejab.

UMUM 
TARTARUS

Tartarus, mengikut mitos Yunani yang awal,

ialah sebuah lubang yang dalam di bawah

permukaan bumi. Jauhnya ke dalam perut bumi

adalah sejauh muka ke langit. Tembok tinggi dan

sebatang sungai berapi yang dikenal sebagai

Phlegethon (atau Pyriphlegethon) mengelilingi

Tartarus.

UMUM 
ANNUNCIATION

Annunciation, mengikut Luke (1:26–38) ialah

pengumuman yang dibuat oleh malaikat Gabriel

kepada Mary. Gabriel memberi tahu bahawa Mary

adalah ibu yang akan melahirkan Jesus, yang akan

dikenali sebagai “the Christ”.

UMUM 
HAK MENGGELEDAH

Hak menggeledah. Mengikut undang-undang

antarabangsa, sesebuah negara yang sedang

berperang berhak melawat dan menggeledah

kapal dagang negara berkecuali.

UMUM 
ZIP

Zip, mengikut istilah yang selalu digunakan

ialah sebarang jenis kancing gelangsar. Kancing

ini mempunyai dua belah barisan gigi dan lekuk

yang boleh padan dengan elok antara satu dengan

lain.

UMUM 
AEGIS

Aegis, mengikut dongeng orang Yunani purba,

ialah nama perisai yang dibuatkan oleh Vulcan

untuk Jupiter. Jupiter mencipta guruh dengannya.

Minerva (Athena), anak perempuan Jupiter,

membawa perisai ini bersama-samanya sebagai lambang

kuasa, apabila dia keluar menjalankan tugas bagi

pihak ayahnya. Di bahagian tengah perisai tersebut

terukir kepala Medusa, anak perempuan dewa laut,

Phorcys. Kepala yang diukir ini dikatakan dapat

menukar manusia kepada batu.

UMUM 
REJAB

Rejab ialah bulan ketujuh mengikut takwim Hijrah.

Nama Rejab digunakan sejak tahun 412 M. semasa

zaman Kilab ibn Murrah, iaitu datuk Rasulullah s.a.w.

Bulan ini dinamakan Rejab kerana orang Arab

memuliakan dan menghormati bulan ini dengan

mengelakkan diri daripada melakukan pertumpahan

darah. Malah pada zaman Jahiliyah pun peperangan

diharamkan pada bulan ini.

UMUM 
RABIULAWAL

Rabiulawal ialah bulan ketiga mengikut takwim

Hijrah. Bulan ini dinamakan Rabiulawal pada

tahun 412 M., semasa zaman Kilab ibn Murrah,

moyang kelima Rasulullah s.a.w.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas