Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENGHULU TAWI SLI

1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENGHULU TAWI SLI (1912-1987), ahli politik, Ketua Menteri Sarawak yang kedua (1966-1969).  Dia lahir pada bulan Jun 1912 di Lingga, Simanggang, Sarawak.  Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah St. Luke di Sabu, Simanggang dan lulus peperiksaan Juior Cambridge pada tahun 1931 di St. Thomas’s School, Kuching, Tawi Sli pernah menjadi guru sebelum mengikuti kursus agama Kristian pada tahun 1934.  Dia pernah berkhidmat sebagai kerani di Pejabat Daerah Simanggang dan di Pejabat Residen Bahagian Kedua (1937-1960).  Setelah bersara, pada tahun 1961, dia mula bergiat dalam bidang politik.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAHKapsyen1">          :1">           Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah

 

SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU’IZZADDIN WADDAULAH (1946-     ), Sultan Brunei Darussalam yang ke-29. Baginda diputerakan pada 15 Julai 1946 di Istana Darussalam, Bandar Seri Begawan, Brunei. Baginda adalah putera sulung Almarhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Baginda menerima pendidikan awal secara tuisyen peribadi di Sekolah Khas, Istana Darul Hana pada awal tahun 1950-an. Kemudian baginda menuntut di Sekolah Melayu Sultan Muhammad Jamalul Alam, Bandar Brunei pada tahun 1955. Dari tahun 1956 hingga tahun 1961, baginda menuntut di Sekolah Jalan Gurney, Kuala Lumpur. Antara tahun 1961 hingga tahun 1963, baginda melanjutkan pelajaran di Victoria Institution, Kuala Lumpur. Pada tahun 1964, baginda meneruskan pelajaran di Maktab Sultan Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Brunei. Dari tahun 1966 hingga tahun 1967, baginda mengikuti pengajian di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, England bagi menjalani latihan ketenteraan sebagai pegawai kadet.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
DAIM ZAINUDDIN, TUN

DAIM ZAINUDDIN, Tun (1938-   ), peguam, ahli politik dan tokoh korporat. Dia lahir pada 29 April 1938 di Seberang Perak, Kedah. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak, dan Maktab Sultan Abdul Hamid di Alor Setar, Kedah. Daim mengajar di Maktab Sultan Abdul Hamid sebelum melanjutkan pelajarannya dalam bidang undang-undang di Lincoln’s Inn, London dan dia berjaya menamatkan pengajiannya pada tahun 1959. Pada tahun 1977, dia mengikuti kursus ijazah lanjutan dalam bidang pembangunan di University of Berkeley, California, Amerika Syarikat.

1">      

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
NAHMAR JAMIL

NAHMAR JAMIL (1938-    ), penyair dan penterjemah. Dia lahir pada 4 November 1928 di Kampung Sena, Kangar, Perlis. Nama sebenarnya ialah Na’man bin Haji Mohammad Rawi. Selain nama pena Nahmar Jamil, dia juga menggunakan nama pena Namiri Jamil dan N’man Rawi Jamil. Nahmar mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kangar hingga lulus Darjah Lima. Kemudian dia melanjutkan pelajarannya di Sekolah Arab al-Alwiah Addiniah, Arau hingga lulus Darjah Empat Thanawi. Dia juga sering membaca karya sastera Asia Barat untuk menambahkan pengetahuannya. Pada tahun 1976, dia diterima masuk ke Universiti Sains Malaysia untuk mengikuti kursus Penulisan Kreatif selama satu tahun.1">

SASTERATokoh
ROKIAH WANDA

ROKIAH WANDA, (1926-1994), pelakon dan penyanyi. Dia lahir di Jalan Abdul Rahman, Muar, Johor. Nama sebenarnya ialah Fatimah binti Ali. ‘Wanda’ adalah nama timangan bagi suami keduanya, Syed Muhammad Murtadha. Dia menceburi bidang seni melalui pentas bangsawan ketika berusia 18 tahun. Kumpulan bangsawan yang pertama disertainya ialah Laila Sinaran Bulan. Kumpulan ini dipimpin oleh Encik Hanafi, yang kemudian menjadi suaminya. Melalui kumpulan bangsawan, dia dapat mengasah bakatnya dalam bidang nyanyian yang sememangnya diminatinya semenjak kecil. Bersama-sama kumpulan Laila Sinaran Bulan, dia menjelajah ke Singapura, Kelang, Melaka dan beberapa negeri lain di Semenanjung Malaysia. Selain Laila Sinaran Bulan, Rokiah Wanda juga mengikuti kumpulan bangsawan Seri City Opera of Malacca, di Melaka, dan Seri Rani Opera, di Singapura.

1">           

BUDAYATokoh

Kembali ke atas