Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngim.pli.ka.si.kan] | مڠيمڤليکاسيکن

Definisi : membayangkan: adakah peristiwa ini ~ bahawa masyarakat kita begitu mudah diperalatkan utk kepentingan pihak yg ingin mencari pengaruh? (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengimplikasikan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mana ayat yang betul? 1. Ganesh makan roti tetapi adiknya makan biskut. ATAU Ganesh makan roti dan adiknya makan biskut. 2. Kek pandan itu murah dan sedap. ATAU Kek pandan itu murah tetapi sedap. 3. Masakan ibu Rizal ringkas dan berkhasiat. ATAU Masakan ibu Rizal ringkas tetapi berkhasiat. Terimakasih.Kata hubung “dan” didapati mengimplikasikan maksud kesinambungan atau pertalian, menggabungkan dua item yang setara, serentak, maksud sebagai tambahan, perlakuan berurutan, penjelasan lanjut, menambahkan sifat atau sesuatu suasana, dua atau lebih suasana yang berlaku serentak dan sebab akibat. Sementara, kata hubung “tetapi”, mengimplikasikan maksud pertentangan, memberikan penjelasan lanjut, petunjuk kesinambungan untuk meneruskan perbualan atau pertanyaan, penafian, keadaan atau tujuan yang tidak tercapai, dan pembetulan.

Oleh hal yang demikian, ayat 1,2 dan 3 lebih sesuai menggunakan kata hubung "dan".

Terima kasih.
Tatabahasa22.05.2017
Saya sedang melakukan satu kajian sosiologi tentang konsep sains. Terdapat satu istilah iaitu 'correlation does not imply causation' yang saya tidak tahu untuk terjemahkan. Saya ingin menanya sama ada wujudkah istilah yang sa,a atau hampir sama di dalam Bahasa Melayu?Untuk makluman, tidak ada terjemahan bahasa Melayu untuk "correlation does not imply causation" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu untuk correlation ialah korelasi, causation ialah sebab-musabab, penyebaban, penyebab, sebab, dan padanan untuk imply ialah mengimplikasikan, menandakan, membayangkan,  melibatkan. Cadangan terjemahan ialah "Korelasi tidak mengimplikasikan penyebab" atau "Korelasi tidak membayangkan sebab".Istilah06.10.2012

Kembali ke atas