Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngin.te.gra.si.kan] | مڠينتݢراسيکن

Definisi : menggabungkan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian, dll) menjadi satu kesatuan: semua suku harus ~ diri menjadi satu keluarga besar bangsa Indonesia; peranan pemasaran harus diperluas dan diintegrasikan dlm organisasi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngin.te.gra.si.kan] | مڠينتݢراسيکن

Definisi : menggabungkan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian dll) menjadi satu kesatuan (yg utuh): Semua suku kaum harus ~ diri menjadi satu keluarga besar dlm sesuatu bangsa. Peranan pemasaran hendaklah diperluas dan diintegrasikan dlm organisasi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengintegrasikan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1)PENGAJARAN GURU PENDIDIKAN ISLAM MENGINTEGRASIKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) SEKOLAH MENENGAH 2)PENGAJARAN GURU PENDIDIKAN ISLAM DALAM MENGINTEGRASIKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) SEKOLAH MENENGAH yang mana lebih tepat (perbezaan perkataan adalah DALAM)Ganti DALAM kepada BAGI.

Ayat yang betul:

PENGAJARAN GURU PENDIDIKAN ISLAM BAGI MENGINTEGRASIKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) SEKOLAH MENENGAH.
Lain-lain02.03.2021
Adakah ayat untuk subtajuk ini betul? -Mengintegrasikan universiti ke dalam konsep masyarakat madani

Ayat yang betul ialah “Mengintegrasikan universiti dalam konsep masyarakat madani.”

Lain-lain18.02.2024
MENGINTIKRASIKAN MENINGRASIKAN

Kedua-dua perkataan tersebut tiada dalam rujukan kami, sila semak ejaannya. Jika yang saudara maksudkan ialah perkataan "integrasi", ejaan yang betul ialah "mengintegrasikan ".

Lain-lain03.02.2010
Mohon pandangan untuk terjemahan perkataan Business Intelligence dalam konteks teknologi maklumat. Dalam penulisan tesis saya mengunakan terjemahan 'risikan bisnes'. Berikut adalah antara cotoh definisi Business Intelligence, "risikan bisnes merupakan satu set alat bersepadu, teknologi dan produk yang diprogramkan, yang digunakan untuk mengumpul, mengintegrasikan, menganalisis dan mengubah data kepada maklumat. Maklumat ini kemudiannya digunakan untuk membolehkan pembuatan keputusan bisnes yang efektif (Yeoh & Koronios 2010)." Terima kasih.Untuk makluman, istilah "business intelligence' tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "market intelligence" yang padanan bahasa Melayunya ialah perisikan pasaran. Oleh itu, cadangan istilah bahasa Melayu untuk "business intelligence" ialah perisikan perniagaan.Istilah08.10.2012

Kembali ke atas