Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kira
1. Bersinonim dengan pendapat
( fikir, rasa, anggapan, sangkaan, dugaan, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan taksiran
( hitungan, anggaran, jangkaan, )
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan peduli
( hirau, endah, parwah, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : kiranya, sekiranya, kira-kira, berkira, berkira-kira, mengira, mengira-ngira, terkira, kiraan, perkiraan, pengiraan, pengira,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
counterpembilangMatematikTiada1. Pemboleh ubah yang digunakan untuk menghitung bilangan kali sesuatu proses diulangi. 2. Kepingan-kepingan yang digunakan untuk mengira dalam permainan.
random accesscapaian rawakKejuruteraanTiada1. Keupayaan untuk membaca atau menulis maklumat di mana-mana pada peranti storan dalam jangka masa yang malar tanpa mengira kedudukan maklumat yang dicapai dan kedudukan maklumat yang dicapai sebelumnya.,2. Proses apabila data dicapai dalam urutan tak berjujukan dan mungkin pada jeda masa yang tak sekata.
factor of safetyfaktor keselamatanTeknikElektrik1. Kadar pertambahan beban ke atas sesuatu peranti, komponen, atau litar yang melebihi kadar biasa tanpa merosakkannya. 2. Kadaran pekali yang digunakan bagi mesin atau reka bentuk struktur untuk mengira kadar kemampuan keselamatan atau beban lebih. Misalnya, mesin yang direka untuk membawa beban 2kW, sebenarnya mampu membawa 10 kW. Oleh itu, faktor keselamatannya ialah 5.
posttetanic count (PTC)kiraan pascatetanus (PTC)PerubatanTiadaKaedah untuk menilai keamatan sekatan neuromuskular bukan nyahkutub. Kaedah ini ditentukan dengan mengira jumlah respons sentak satu terhadap rangsangan 1 Hz 3 saat selepas diberikan rangsangan tetanus 50 Hz selama 5 saat.
back timingpemasaan undurKomunikasiTiadaProses mengira masa sesebuah rancangan televisyen yang disiarkan secara mengundur. Contohnya, Sekiranya masa siaran sesuatu penerbitan rancangan itu mengambil masa 20 minit, maka pengiraan masa perlu bermula dari 20 minit dan disusutkan menjadi 10 minit, 5 minit, 1 minit dan seterusnya sehingga rancangan dan masa yang diperuntukkan itu tamat.
dilution factorfaktor pencairanKimiaKimia AnalisisFaktor yang digunakan untuk mengira kepekatan suatu larutan hasil, dengan mengambil kira pencairan yang telah dilakukan terhadap larutan asal. Contohnya, 10.0 ml larutan asal dicairkan ke 1000.0 ml menghasilkan larutan yang mempunyai kepekatan 1 per 100 daripada kepekatan asal, iaitu mempunyai faktor pencairan 100.
thunderguruhMeteorologiMeteorologi PerhubunganBunyi kuat yang menyertai panahan kilat, disebabkan oleh pemanasan dan pengembangan serta-merta udara disepanjang laluan kilat tersebut. Jarak kilat dari pemerhati dapat dianggarkan dengn mengira selang masa antara panahan kilat dilihat dan petir didengar, iaitu 1 km setiap 3 saat. Guruh jarang kedengaran dalam jarak yang melebihi 20 km, walaupun jarak 65 km pernah dilaporkan.
girth breast heightlilit aras dadaPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanUkuran lilit batang pokok pada aras dada, biasanya pada had ketinggian 1.30 m atau 4 ka 3 in dari aras tanah yang diukur pada bahagian luar kulit kayu. Ukuran ini digunakan untuk menentukan had tebangan, atau untuk mengira isipadu darian di dalam hutan. Lihat aras dada.
one shot passwordkata laluan sekali cubaTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKata laluan yang hanya sesuai digunakan apabila capaian jarang dilakukan. Kata laluan yang baru akan dijana selepas setiap sesi capaian berjaya. Penjanaan ini dilakukan berdasarkan penggunaan fungsi penyulitan satu hala yang ditentukan oleh pengguna. Pengguna akan memilih satu nombor rawak kecil N dan kata akar S, serta menggunakan nilai N dan S dalam fungsi penyulitan sehala f seperti yang berikut: Kata laluan 1 = f N(S) Kata laluan 2 = f N.1(S) Kata laluan 3 = f N.2(S), dan seterusnya. Fungsi di atas tidak akan digunakan lagi selepas kata laluan ke-N dijana. Kaedah penggunaan fungsi f boleh divariasikan ke bentuk lain seperti f N.1 (SN+1) oleh pengguna untuk sesi capaian seterusnya. Kaedah ini lebih mudah dikawal dan diingati berbanding kaedah penjanaan kata laluan rawak sepenuhnya kerana pengguna sentiasa boleh mengira kata laluan semasa dengan menggunakan fungsi f yang ditentukannya.

Kembali ke atas