Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngi.si] | مڠيسي

Definisi : menjadikan (sesuatu spt beg, botol, dll) berisi, memasukkan sesuatu supaya berisi, memuatkan atau mengambil tempat (ruang dsb) di sesuatu supaya berisi: ~ botol dgn air; buku-buku utk ~ perpustakaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngi.si] | مڠيسي

Definisi : memberi berisi; membuat sesuatu supaya berisi: ~ guni dgn beras. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
isi (kata nama)
1. Bersinonim dengan kandungan: muatan, kargo,

2. Bersinonim dengan inti sari: inti pati, pati, sari,

3. Bersinonim dengan daging

Kata Terbitan : seisi, berisi, mengisi, mengisikan,

Puisi
 

Ambil karung mengisi ruas,
     Pengikatnya pula tali guni;
Adik turut hamba tak puas,
     Cuma abang tak insafkan diri.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Mengisi perian bobos.

Bermaksud :

Melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan hasil. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengisi gantang pesuk). bobos = berlubang besar.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dia mengisikan borang atau dia mengisi borang?Dia mengisikan borang atau dia mengisi borang?
Perkataan mengisikan bermaksud memasukkan sesuatu ke dalam bekas atau ruang; memasukkan sesuatu sebagai isinya;
Sementara, mengisi bermaksud menjadikan sesuatu bekas atau ruang berisi atau memberi isi.

Penggunaan 'mengisikan' dan 'mengisi' yang betul adalah seperti contoh yang berikut:
(1) Pelajar-pelajar diminta mengisikan maklumat peribadi dalam borang.
(2) Pelajar-pelajar diminta mengisi borang dengan maklumat peribadi.

Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, muka surat 589.
Tatabahasa04.10.2013
Dalam Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun Dua, 1995, terdapat satu ayat "Bapa Ali membawa timba untuk mengisi ikannya.", adakah perkataan "mengisi" dalam ayat tersebut digunakan dengan betul? Kalau tidak, mohon jawapan bentuk betul untuk perkataan "isi". Terima kasih!Dalam Kamus Dewan mengisi bermaksud menjadikan (sesuatu seperti beg, botol, dan sebagainya) berisi, mengisikan bermaksud memasukkan (menaruh, menempatkan) sesuatu ke dalam (sesuatu bekas dan lain-lain). Berdasarkan huraian makna kedua-dua kata perkataan mengisikan lebih sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa30.04.2013
Tujuan Hari Kantin diadakan untuk mengisi tabung sekolah. Merujuk kepada ayat di atas, betulkah tatabahasa dan strukturnya, frasa " mengisi tabung " betul ?Frasa "mengisi tabung" betul dan boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa11.07.2014
Selamat sejahtera, a)Zali mengisi makanan di dalam pinggan atau bekas makanan? b)Zali mengisi makanan di dalam pinggan atau bekas makanan? (yang mana satu betul)Ayat yang betul ialah "Zali mengisi makanan di dalam pinggan."Lain-lain31.01.2024
Selamat sejahtera,Zali mengisi makanananan di dalam pinggan atau di dalam bekas makanan? b)Zali mengisi makanan di dalam pinggan atau bekas makanan? (yang mana satu betul) Terima kasih.

Ayat yang betul ialah “Zali mengisi makanan di dalam pinggan atau bekas makanan?”

Tatabahasa06.02.2024
Mana satu ayat yang betul: 1. Sila akui penerimaan laporan ini dengan mengisi borang yang dilampirkan.... 2. Sila beri perakuan penerimaan laporan ini dengan mengisi borang yang dilampirkan..... 3. Sila beri akuan terima laporan ini dengan mengisi borang yang dilampirkan Ingin tahu juga beza akui dan akuanAyat kedua merupakan ayat yang lebih tepat untuk digunakan.

"Sila beri perakuan penerimaan laporan ini dengan mengisi borang yang dilampirkan."

Perakuan menurut Kamus Dewan Edisi Empat ialah proses memperakukan sesuatu; 2. sesuatu yang diperakukan, saranan serta sokongan (untuk dipertimbangkan, diterima, dilaksanakan, dsb): ~-~ Kongres itu telah mendapat perhatian kerajaan;

Akuan pula ialah segala sesuatu yang diakui: ~ ini telah dibuat di hadapan majistret Mahkamah Rendah; 2. hantu jamuan (yang menolong pa­wang); orang ~ orang yang dilindungi oleh hantu jamuan (pawang yang mujarab ubat atau man­teranya);

Tatabahasa14.06.2013
Saya ingin mengisi Borang Komposit Permohonan Lesen Premis Perniagaan dan Iklan - Maj. Perbandaran Jasin. Di ruangan (D) terdapat sesalinan Sijil Pengesahan Bahasa dari DBP. Bagaimanakan untuk memohon?Maaf sebab saya tidak jumpa utk klik permohonan

1.    Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pendaftaran) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan.

Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format,  klik SIMPAN.

Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan.

Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses.
Lain-lain01.09.2021
Kita dapat mengisi masa lapang dengan berhemah. Adakah betul penggunaan kata berhemah dalam ayat ini. Terima kasih.Perkataan berhemah tidak sesuai untuk ayat contoh yang diberikan (Kita dapat mengisi masa lapang dengan berhemah. Maksud hemah ialah budi pekerti yang mulia.  Perkataan yang sesuai untuk ayat yang diberikan ialah; Kita dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat.Lain-lain19.03.2017
Salam sejahtera, 1.Encik Lau (mengisi) air ke dalam botol. 2.Encik Lau (mengisikan) air ke dalam botol. 3.Encik Lau mengisi air (di) dalam botol. Adakah ayat-ayat ini betul? Terima kasih.Jawapan yang betul ialah: 2. Encik Lau mengisikan air ke dalam botol. Tatabahasa12.10.2021
Salam sejahtera, Adakah jawapan ini betul? Encik Lau mengisi botol dengan air. Ataupun ada cadangan yang lain? Terima kasih.Ayat Encik Lau mengisi botol dengan air betul.Lain-lain12.10.2021
12345678910...

Kembali ke atas