Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngi.si.kan] | مڠيسيکن

Definisi : memasukkan (menaruh, menempatkan) sesuatu ke dlm (sesuatu bekas dll): minyak itu diisikan ke dlm botol; guru memberikan latihan-latihan spt ~ perkataan pd tempat-tempat yg kosong; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngi.si.kan] | مڠيسيکن

Definisi : memasukkan sesuatu sbg isinya: Mereka sedang ~ barang-barang itu ke dlm kereta. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
isi (kata nama)
1. Bersinonim dengan kandungan: muatan, kargo,

2. Bersinonim dengan inti sari: inti pati, pati, sari,

3. Bersinonim dengan daging

Kata Terbitan : seisi, berisi, mengisi, mengisikan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dia mengisikan borang atau dia mengisi borang?Dia mengisikan borang atau dia mengisi borang?
Perkataan mengisikan bermaksud memasukkan sesuatu ke dalam bekas atau ruang; memasukkan sesuatu sebagai isinya;
Sementara, mengisi bermaksud menjadikan sesuatu bekas atau ruang berisi atau memberi isi.

Penggunaan 'mengisikan' dan 'mengisi' yang betul adalah seperti contoh yang berikut:
(1) Pelajar-pelajar diminta mengisikan maklumat peribadi dalam borang.
(2) Pelajar-pelajar diminta mengisi borang dengan maklumat peribadi.

Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, muka surat 589.
Tatabahasa04.10.2013
Semua guru kelas perlu mengisikan maklumat murid-murid kelasnya. Ayat di atas betul ke?Ayat yang diberikan betul "Semua guru kelas perlu mengisikan maklumat murid-murid kelasnya".Tatabahasa24.02.2022
Semua guru kelas perlu mengisikan maklumat murid-murid kelasnya. Ayat di atas betul ke?

Contoh ayat ini betul: "Semua guru kelas perlu mengisikan maklumat murid-murid kelasnya."

Tatabahasa18.02.2022
Guru-guru kelas perlu mengisikan maklumat murid-murid kelasnya. Ayat di atas betul ke?

Ayat tersebut betul tetapi lewah. Ayat tersebut boleh dipermudahkan kepada “Guru kelas perlu mengisikan maklumat murid kelasnya.”

Lain-lain23.03.2022
Salam sejahtera, 1.Encik Lau (mengisi) air ke dalam botol. 2.Encik Lau (mengisikan) air ke dalam botol. 3.Encik Lau mengisi air (di) dalam botol. Adakah ayat-ayat ini betul? Terima kasih.Jawapan yang betul ialah: 2. Encik Lau mengisikan air ke dalam botol. Tatabahasa12.10.2021
Salam. Mohon tuan / puan memberi pencerahan dan contoh bagi "mengisi masa" dan "mengisikan masa"? Terima kasih.Perkataan mengisikan bermaksud memasukkan sesuatu ke dalam bekas atau ruang; memasukkan sesuatu sebagai isinya, manakala  mengisi bermaksud menjadikan sesuatu bekas atau ruang berisi atau memberi isi.

Dalam konteks ayat diberikan mengisikan masa tidak sesuai digunakan. Contoh ayat yang sesuai ialah Ayah mengisi masa lapang dengan mempertajam parangnya.
Makna17.03.2018
Guru kelas perlu mengisikan maklumat murid-murid kelasnya.Sila kemukakan soalan berkaitan ayat yang diberikan.  Soalan tidak jelas.Tatabahasa27.02.2022
Guru-guru kelas perlu mengisikan maklumat murid-murid kelasnya. Ayat di atas betul ke?Ayat yang betul ialah:  Guru-guru perlu mengisiskan maklumat murid-murid kelasnya.Tatabahasa27.02.2022
Tuan, adakah "pengisian" dapat bermaksud benda yang diisikan? Sila rujuk WordPad saya untuk lebih lanjut mengetahui siasatan saya.Pengisian bermaksud hal atau perbuatan mengisi atau mengisikan. Sebarang dapatan baharu untuk peluasan makna kata bolehlah disalurkan kepada pihak yang berwenang dalam hal ini, iaitu Ketua Bahagian Perkamusan.Makna22.12.2016
Dalam Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun Dua, 1995, terdapat satu ayat "Bapa Ali membawa timba untuk mengisi ikannya.", adakah perkataan "mengisi" dalam ayat tersebut digunakan dengan betul? Kalau tidak, mohon jawapan bentuk betul untuk perkataan "isi". Terima kasih!Dalam Kamus Dewan mengisi bermaksud menjadikan (sesuatu seperti beg, botol, dan sebagainya) berisi, mengisikan bermaksud memasukkan (menaruh, menempatkan) sesuatu ke dalam (sesuatu bekas dan lain-lain). Berdasarkan huraian makna kedua-dua kata perkataan mengisikan lebih sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa30.04.2013
12

Kembali ke atas