Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngisy.ti.har.kan] | مڠيشتيهارکن

Definisi : mengumumkan, memaklumkan, mempernyatakan, memasyhurkan: ia ~ pertunangannya; di Kuala Lumpur diadakan istiadat besar ~ kemerdekaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngisy.ti.har.kan] | مڠيشتيهارکن

Definisi : memberitahukan kpd orang ramai; mengumumkan; memaklumkan: Ketua Menteri telah ~ bahawa Persekutuan Tanah Melayu akan diberi kemerdekaan pd 31 Ogos 1957. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengisytiharkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tempat kerja saya mengisytiharkan hari sabtu minggu pertama adalah cuti. Adakah tarikh-tarikh seperti 4/10/2008 atau 1/11/2008 jatuh pada hari tersebut?Mengikut kalendar 2008, 4/10/2008 dan 1/11/2008 ialah hari Sabtu pertama.Lain-lain09.11.2008
Salam 1Malaysia, 1. Maksud bilik prep (di asrama)? 2. Beda frasa STOK PENGHABISAN atau PENGHABISAN STOK? 3. Kata PENGISYTIHARAN --> mengisytiharkan (/) Kata PERISYTIHARAN --> berisytiharkan (X) Mohon pencerahan. Terima kasih.

      1. Tidak ada ‘bilik prep’ dalam bahasa Melayu. ‘prep’ ialah singkatan ‘preparatory’. Preparatory room boleh diterjemahkan kepada ‘bilik persediaan’. 
2. Stok penghabisan ialah bekalan (biasanya barang yang dijual) yang paling akhir sekali manakala penghabisan stok ialah (biasanya jualan) untuk menghabiskan stok yang ada.
3. Mengikut data DBP, terdapat perkataan pengisytiharkan; mengisytiharkan; perisytiharan; namun tidak terdapat perkataan berisytiharkan.

Tatabahasa22.12.2014
Apakah perkembangan terkini mengenai istilah Orang Kelainan Upaya? Adakah DPB telah mengisytiharkan secara rasmi penggunaannya menggantikan istilah Orang Kurang Upaya?Istilah "Orang Kurang Upaya" atau ringkasnya OKU telah diterima pakai penggunaannya. Kami maklum dengan perkembangan terkini penggunaan "Orang Kelainan Upaya" lebih kerap didengari seolah-olah menggantikan istilah OKU sebelum ini. Walau bagaimanpun belum ada apa-apa perubahan dalam hal ini dan penggunaan "Orang Kurang Upaya"  masih dikekalkan penggunaannya.Istilah04.01.2014
Adakah tanda baca bagi ayat di bawah betul? 1. Apabila Hawa melahirkan Kain, dia mengisytiharkan, "Aku telah memperolehnya!" 2. Dan dia berkata, "Aku tidak tahu. Apakah aku penjaga adikku?" (Kej. 4:9). Sekian, terima kasih.Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP. Untuk makluman saudara, ayat pertama yang dikemukakan oleh saudara boleh digunakan. ayat kedua pula, sebaiknya -" Aku tidak tahu apakah aku penjaga adikku?". Terima kasih.Lain-lain08.12.2006
1. Penggunaan perkataan PELANJUTAN dan PERLANJUTAN mana yg sepatutnya digunakan untuk kes di mana pegawai memohon perlanjutan/pelanjutan cuti. 2. Penggunaan perkataan PENGISYTIHARAN dan PENGISHTIHARAN mana yang betul untuk kes pengisytiharan/pengisytiharaan harta Selamat Berpuasa + Selamat Hari Raya1. lanjut - melanjutkan(perbuatan), pelanjutan(proses melanjutkan). Oleh itu yang betul ialah pegawai memohon pelanjutan cuti. 2. isytihar - mengisytiharkan(perbuatan), pengisytiharan(proses mengisytiharkan. Oleh itu yang betul ialah kes pengisytiharan harta. Lain-lain26.09.2008
Hakim Lau juga tidak menerima hujah Pejabat Peguam Negara bahawa permohonan itu bersifat akademik semata-mata berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 April lalu bahawa SPR dan bukan Speaker mempunyai hak untuk mengisytiharkan kekosongan kerusi pilihan raya. Apakah maksud 'bersifat akademik' dalam petikan tadi?Bersifat atau mengenai ilmu pengetahuan.Lain-lain22.10.2009
minta bantuan... manakah yang betul. menyabitkan atau mensabitkan.... menyabitkan hukuman/mensabitkan hukuman menyabit rumput/mensabit rumputBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, mensabitkan bermaksud 1. menentukan dengan pasti berdasarkan bukti (atau membuktikan) bahawa seseorang itu bersalah 2. mengisytiharkan hukuman bersalah ke atas seseorang setelah didapati terbukti bersalah melakukan sesuatu kesalahan (jenayah dan sebagainya). Contoh : keterangan saksi pendakwa adalah tidak mencukupi untuk mensabitkan semua yang tertuduh. Oleh it, "menyabitkan hukuman" dan "mensabitkan hukuman' adalah salah. Perkataan "mensabitkan" perlu diikuti oleh orang yang tertuduh bukan "hukuman" . Menyabitkan pula bermaksud menyabit untuk. Contoh: petang itu dia menyabitkan ayahnya rumput untuk lembu ternakan mereka. Menyabit pula bermaksud memotong (padi, rumput, dll) dengan sabit. Contoh: orang tua itu sedang menyabit di bendang; menyabit kelapa mengait kelapa dengan sabit. Oleh itu, perkataan yang betul ialah menyabit rumput.Tatabahasa01.05.2014
perisytiharan harta atau pengisytiharan hartaMerujuk Kamus Dewan Edisi Empat, perisytiharan bermaksud pengumuman, pemakluman, pernyataan, pemasyhuran: mereka datang ke Kuala Lumpur hendak menyaksikan hari ~ kemerdekaan; manakala pengistiharan pula ialah perbuatan mengisytiharkan sesuatu, pengumuman, pemakluman;Lain-lain29.09.2010
Mana yang tepat, Istiadat Pengisytiharan Pro-Canselor atau Istiadat Perisytiharan Pro-CanselorIstiadat Perisytiharan Pro-Canselor yang tepat. Perisytiharan bererti pengumuman, pemakluman, pernyataan, atau pemasyhuran. Pengisytiharan ialah perbuatan mengisytiharkan sesuatu. Contoh: Mereka berkumpul di dalam Dewan Budiman untuk menyaksikan Istiadat Perisytiharan Pro-Chanselor. Pengisytiharannya sebagai Pro-Canselor Universiti …disambut baik oleh sekalian warga universiti tersebut.  Makna05.05.2011
Apakah ada perbezaan perkataan dirasmikan dan perkataan disempurnakan? adakah boleh diletakkan dua perkataan "dirasmikan" dan perkataan "disempurnakan" oleh dua orang yang berbeza dalam satu program

Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) halaman 1828 dan 2034, dirasmikan bermaksud mengumumkan atau mengisytiharkan (perkara, hal, pelantikan dan lain-lain) manakala disempurnakan bermaksud merasmikan (sesuatu majlis, istiadat, upacara dan sebagainya). Sehubungan dengan itu, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan dalam konteks pelaksanaan program atau majlis.

Dari sudut protokol dan pengurusan majlis, sesuatu program atau majlis akan dirasmikan atau disempurnakan oleh seorang tetamu kenamaan yang mempunyai jawatan/hierarki/kedudukan yang paling tinggi walaupun program atau majlis tersebut turut dihadiri oleh ramai tetamu kenamaan. Oleh itu, penggunaan kedua-dua perkataan tersebut pada individu yang berbeza dalam satu program atau majlis tidak sesuai.

Makna21.03.2024
12

Kembali ke atas