Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngi.zin.kan] | مڠيذينکن

Definisi : memberi izin, memperkenankan, membenarkan: budak itu tidak diizinkan orang tuanya meninggalkan rumah; kerana masa tidak ~ pekerjaan itu kami tinggalkan dahulu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngi.zin.kan] | مڠيذينکن

Definisi : memberi izin kpd; membenarkan; menyetujui: Ibunya tidak ~ dia berkahwin dgn orang asing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
izin
Kata Terbitan : keizinan, mengizinkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cyclarthrosissiklartrosisPerubatanTiadaSendi yang mengizinkan gerakan putaran.
semipermeable membraneselaput semitelapFizikMekanikSelaput yang mengizinkan pelarut menembusinya tetapi tidak pula membenarkan bahan berkoloid atau bahan terlarut lalu tertentu menerusinya.
authorization codekod sah kuasaTeknologi MaklumatTiadaKod yang mengizinkan capaian sistem komputer bagi pengguna berdaftar.
sensory gatingpengegetan deriaPsikologiPsikologi UmumProses yang menyekat impuls tertentu dan mengizinkan impuls yang lain memasuki otak. Contohnya, dalam pengegetan deria sakit dalam batang spinal, Melzack dan Wall (1996) mendapati satu deria sakit akan menghapuskan atau menghalang deria sakit yang lain daripada memasuki atau dipanjangkan ke otak. Menurut teori kawalan pengegetan, mesej sakit daripada pelbagai gentian saraf akan melalui �get� saraf yang sama dalam batang spinal. Jika �get� ini ditutup oleh satu mesej sakit, mesej lain tidak akan dapat melepasinya. Contohnya, dalam kaedah lawan keradangan seperti yang dilakukan dalam rawatan akupunktur, badan yang ditusuk dengan jarum halus, sama ada dipanaskan atau dialirkan arus elektrik menyebabkan kesakitan kecil yang timbul akan menyekat kesakitan yang lebih teruk dengan cara menutup pintu saraf.
austeritykecekinanSejarahTiadaKehidupan yang sederhana, tidak mewah disebabkan oleh keadaan ekonomi yang tidak mengizinkan perbelanjaan yang besar.
feedingpenyuapanTeknikElektrikPembekalan tenaga elektrik melalui pengalir atau peralatan ke peralatan pengagihan kabel, pengubah dan sebarang peralatan yang mengizinkan arus melaluinya, tetapi tidak menggunakan arus tersebut.
alternate forecastramalan silihanMeteorologiMeteorologi PerhubunganRamalan cuaca penerbangan untuk lapangan terbang pilihan untuk tujuan pendaratan apabila keadaan cuaca tidak mengizinkan pesawat udara mendarat di lapangan terbang yang dijadualkan.
pawn item ownerpemilik barang gadaianEkonomiEkonomi IslamIndividu yang memiliki barang gadaian. Pemilik barang gadaian mungkin terdiri daripada orang yang berhutang atau orang lain yang mengizinkan barangnya digunakan sebagai cagaran. Pemilik barang gadaian mesti mengemukakan dokumen pemilikannya seperti surat belian barang kepada pegadai. Sekiranya penggadai bukan pemilik barang gadaian, penggadai dikehendaki mengemukakan surat akuan berkanun yang ditandatangani oleh pesuruhjaya sumpah.
compulsory pawn salejualan gadaian paksaEkonomiEkonomi IslamTindakan memaksa penggadai atau wakil penggadai untuk menjual barang gadaian. Keadaan ini berlaku apabila penggadai gagal membayar hutangnya, tidak mengizinkan pegadai menjual barang gadaian dan penggadai enggan menjual barang gadaian secara sukarela. Oleh itu, mahkamah akan mengeluarkan perintah jualan barang gadaian tersebut untuk melangsaikan hutang penggadai yang tamat tempoh.
depository trust companysyarikat amanah depositoriPentadbiran PerniagaanTiadaFirma yang memainkan peranan sebagai pusat depositori sijil saham yang diperdagangkan, dan melalui sistem ini firma ahli hanya perlu membuat catatan yang mengizinkan penyerahan bagi satu-satu kontrak.
12

Kembali ke atas