Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ka.ji] | مڠکاجي

Definisi : menyelidik dan meneliti dgn mendalam atau terperinci (supaya benar-benar mengetahui sesuatu, supaya dapat membuat keputusan dll): sebuah jawatankuasa khas telah dibentuk utk ~ rang undang-undang tersebut; ia berfikir dalam-dalam sewaktu ~ buruk dan baiknya hal itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ka.ji] | مڠکاجي

Definisi : menyelidik dan memeriksa sesuatu dgn teliti; mempelajari: Ahli kaji bintang ~ hal angkasa, bintang, dan planet. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kaji
Kata Terbitan : mengkaji, kajian, pengajian, pengkajian, pengkaji,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
penderiaan jauhremote sensingProses mengkaji, mengumpul dan merekod maklumat tentang sesuatu objek dari jarak jauh menggunakan peranti perakaman.Menengah Rendah
fizikphysicsIlmu sains yang mengkaji fenomena alam semula jadi serta sifat-sifat jirim dan tenaga seperti haba, cahaya, bunyi, graviti, kemagnetan dan perkaitan antara semua sifat tersebut.Menengah Rendah
ekologiecologyCabang biologi yang mengkaji keseluruhan aspek organisma hidup dan hubungannya dengan benda hidup yang lain, serta persekitarannya.Menengah Atas
anatomianatomyCabang bidang biologi yang mengkaji struktur dalaman tumbuhan dan haiwan.Menengah Atas
ekologiecologySatu dari cabang biologi yang mengkaji perhubungan antara organisma dengan organisma yang lain.Menengah Rendah
tangki riakripple tankTangki yang digunakan untuk mengkaji ciri-ciri gelombang air. Lihat RajahMenengah Atas
trolitrolleyBlok kecil beroda daripada aluminium atau kayu yang digunakan dalam uji kaji fizik untuk mengkaji ciri gerakan sesuatu objek dan menjelaskan konsep momentum. Lihat RajahMenengah Atas
kuadratquadratRangka berbentuk segi empat yang biasa dibuat daripada logam atau kayu tertentu yang digunakan untuk mengkaji populasi organisma yang tidak bergerak.Menengah Atas

Kembali ke atas