Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ka.ji] | مڠکاجي

Definisi : menyelidik dan meneliti dgn mendalam atau terperinci (supaya benar-benar mengetahui sesuatu, supaya dapat membuat keputusan dll): sebuah jawatankuasa khas telah dibentuk utk ~ rang undang-undang tersebut; ia berfikir dalam-dalam sewaktu ~ buruk dan baiknya hal itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ka.ji] | مڠکاجي

Definisi : menyelidik dan memeriksa sesuatu dgn teliti; mempelajari: Ahli kaji bintang ~ hal angkasa, bintang, dan planet. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kaji
Kata Terbitan : mengkaji, kajian, pengajian, pengkajian, pengkaji,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
postcolonial criticismkritikan pascakolonialKesusasteraanTiadaKaedah kritikan yang mengkaji kesan penjajahan terhadap sejarah, politik, sistem nilai dan kebudayaan masyarakat yang pernah dijajah. Kritikan ini mengkaji kesan berteraskan aliran pascakolonialisme. Selain mengkaji kesan penjajahan, kritikan pascakolonial juga menawarkan perspektif dan kaedah analisis alternatif kepada wacana perdana penjajah berdasarkan sudut pandangan yang dijajah. Wacana penjajah biasanya mengagungkan peradaban Barat dan merendahkan tamadun lain, khususnya Timur. Proses wacana penjajah ini dikenali sebagai representasi yang tidak seimbang. Kritikan pascakolonial menawarkan wacana balikan yang mendedahkan struktur kuasa yang memungkinkan dan mengabsahkan dakwaan dalam wacana kolonial tersebut seperti yang dihuraikan oleh Edward Said dalam bukunya berjudul Orientalism (1978). Seterusnya, kritikan pascakolonial mengkaji struktur kuasa pemerintah selepas era penjajahan seperti dalam esei penulis dan pengkritik Nigeria, Chinua Achebe. Lihat juga orientalisme.
pedodonticspedodontikPergigianTiadaBidang pergigian yang mengkaji perkembangan, penjagaan dan penyakit pergigian kanak-kanak serta perawatannya. Pedodontik juga mengkaji kanak-kanak yang mengalami masalah perubatan dan memerlukan rawatan khusus.
bioinformaticsbioinformatikPertanianAgroteknologiBidang yang menggunakan statistik dan sains komputer dalam mengkaji biologi molekul. Bidang ini banyak mengkaji proses biologi seperti urutan gen, struktur protein dan reka bentuk ubat-ubatan, pemetaan dan analisis DNA serta urutan protein. Kepentingan bidang ini adalah untuk memudahkan analisis dan pemahaman data yang diperoleh daripada penyelidikan. Bioinformatik menyumbang kepada perkembangan kajian genom dan pembentukan pangkalan data.
functionalismfungsionalismePsikologiPsikologi UmumPendekatan awal dalam teori psikologi yang mengkaji kefungsian atau tujuan sesuatu kesedaran berbanding dengan hanya mengkaji strukturnya. Pengikut fungsionalisme menumpukan perhatian kepada cara individu menyesuaikan diri terhadap keperluan atau desakan persekitaran. Pendekatan ini telah menyebabkan penyelidikan psikologi berkembang kepada kajian-kajian yang menerokai ujian mental, pola perkembangan kanak-kanak, amalan pendidikan yang efektif dan pembezaan tingkah laku mengikut gender. Dua bidang moden yang muncul daripada pendekatan ini ialah psikologi terapan dan behaviourisme.
sociology of educationsosiologi pendidikanPendidikanTiadaDisiplin yang mengkaji hubung kait antara pendidikan dengan aspek struktur sosial yang lain seperti ekonomi, agama, politik, kekeluargaan serta mengkaji bilik darjah, sekolah dan institusi pendidikan sebagai satu sistem sosial.
mechanics of materialmekanik bahanMekanikGunaanIlmu mekanik yang mengkaji tentang kesan daya dalaman yang bertindak terhadap jasad. Ilmu ini berlainan dengan bidang mekanik yang mengkaji kesan luaran yang disebabkan oleh daya yang bertindak pada jasad. Ilmu ini juga dinamai kekuatan bahan
cyclic voltammetryvoltammetri berkitarKimiaKimia AnalisisKaedah elektrokimia bagi mengkaji perubahan keupayaan pada suatu elektrod yang melibatkan sapuan keupayaan secara ulang-alik. Kaedah ini sesuai untuk mengkaji sama ada suatu tindak balas redoks itu berbalik atau tidak.
Nuclear ChemistryKimia NuklearFizikAtom dan NuklearSubbidang ilmu kimia yang berkaitan dengan penggunaan keradioaktifan untuk mengkaji tindak balas kimia, teknik kimia untuk mengkaji tindak balas nukleus seperti pembelahan dan perlakuran, kesan jisim nukleus kepada tindak balas kimia serta sifat sebatian, dan putaran atom apabila tenaga diserap untuk mengenal pasti atom tersebut.
samplesampelPertanianAgronomi

 Spesimen kecil yang diambil untuk mewakili populasi yang besar. Contohnya, sehelai daun diambil untuk mengkaji kandungan nutrien dalam pokok atau semangkuk tanah diambil untuk mengkaji tahap kesuburan tanah. 

social psychologypsikologi sosialPsikologiPsikologi UmumBidang yang banyak mengkaji tentang cara pemikiran, perasaan dan tindakan individu yang dipengaruhi oleh orang lain. Bidang ini menumpukan kajian pengaruh orang lain terhadap tingkah laku individu atau sebaliknya. Tingkah laku sosial yang menjadi tumpuan ahli psikologi sosial ialah pembentukan sikap, pemujukan, kefahaman diri, keagresifan, hubungan interpersonal, keakuran dan apa-apa sahaja tingkah laku yang berkaitan dengan hubungan individu dengan individu lain. Contohnya, ahli psikologi sosial boleh mengkaji alasan di sebalik peningkatan bilangan ramai orang yang sudi menolong mangsa bencana alam seperti puting beliung, banjir besar, tsunami dan runtuhan bangunan tinggi.
12345678910...

Kembali ke atas