Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.kal] | مڠکل

Definisi : 1. belum masak benar (buah-buah­an), setengah masak: dia membeli setandan pisang ~; 2. berasa keras dlm perut; 3. ki marah (dlm hati): mukanya kelihatan ~ bagai bulan dilindungi awan; ~ hati sakit hati, marah dlm hati, mendongkol: mendengar perkataan itu agak ~ hatiku rasanya; bermengkal; ~ hati berasa kesal dlm hati, berasa marah dlm hati, mendongkol; memengkalkan; ~ hati menyebabkan meng­kal (mendongkol) dlm hati; kemengkalan perihal mengkal (dlm hati), kejengkelan, kesebalan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.kal] | مڠکل

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok), mempelu tanah, Nauclea junghuhnii; 2. sj tumbuhan (pokok), a) mempayan, Nauclea maingayi; b) empoyan, mempoyan, Anthocephalus ca-damba. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.kal] | مڠکل

Definisi : 1 belum masak benar (bkn buah-buahan): buah jambu yg masih ~. 2 berasa keras dlm perut. ~ hati marah dlm hati; mendongkol. bermengkal; ~ hati berasa kesal dlm hati; berasa marah dlm hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mengkal (adjektif)
Bersinonim dengan mangkar, setengah masak, masih keras, kirau, engkah-engkah;,

Puisi
 

Berbuah si kundang-lendang,
     Buah mengkal jatuh ke lubuk;
Jangan disentuh tunang orang,
     Keris pukai makan rusuk.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bangkalbangkalPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai kayu Nauclea spp., Neonauclea spp., dan Ochreinauclea spp. daripada famili Rubiaceae. Nama lain di Semenanjung ialah mengkal, dan di Sarawak termasuk jengkai dan lenggaung. Spesies utama kayu ini ialah Nauclea officinalis, Neonauclea pallida, dan Oorchreinauclea maingayi. Gubal kayu bangkal berwarna lebih muda daripada teras kayunya yang berwarna kuning cerah, dan warna gubal kayu beransur-ansur bersatu dengan warna teras kayu. Teksturnya agak kasar dengan ira yang bersimpul. Kayu jenis ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 435 hingga 1000 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang lembut hingga sederhana keras dan agak kuat. Kayu bangkal mudah diproses dan mempunyai ketahanan semula jadi yang baik, dan sesuai untuk venir, papan lapis, perabot, lantai, dan kayu alas angkut.

Kembali ke atas