Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ka.te.go.ri.kan] | مڠکاتݢوريکن

Definisi : memasukkan ke dlm atau menentukan sbg tergolong dlm sesuatu kategori tertentu: permainan ini boleh dikategorikan sbg sukan rakyat yg amat digemari oleh rakyat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ka.te.go.ri.kan] | مڠکاتݢوريکن

Definisi : membahagikan mengikut kategori. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengkategorikan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
berketerampiln mengkategorikan betul ke ejaan iniEjaan yang betul ialah berketerampilan.Ejaan27.11.2008
1. Bagaimanakah mengkategorikan kosa kata kepada kosa kata umum dan kosa kata istilah ? 2. Kosa kata berikut , yang manakah merupakan kosa kata umum atau kosa kata istilah ? promosi, lelong, stok, kaunter, troli, bangga dan prihatin. Sekian, terima kasih.Kosa kata umum digunakan dalam ungkapan umum seperti perkataan-perkataan yang hadir dalam ayat saya minum susu. Kosa kata istilah ialah perkataan atau rangkai kata yang me­nyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan, seperti rangkai kata jentera parti yang digunakan dalam bidang Sains Politik.

Contoh yang saudara berikan ialah kosa kata umum yang lazimnya digunakan dalam konteks umum (tidak dikaitkan dengan mana-mana bidang ilmu). Istilah lazimnya digunakan dalam wacana ilmiah atau wacana khusus seperti yang berkaitan dengan ekonomi, kujuruteraan, pertanian dan sebagainya. Pengguna seperti kita lazimnya menggunakan kosa kata umum dalam komunikasi seharian atau dalam penulisan umum.
Makna20.08.2015
Salam tuan/puan, Harap tuan/puan sudi meluangkan masa untuk mengkategorikan kata nama yang saya berikan sebagai contoh di bawah sama ada kata nama am tak hidup institusi (KNATHI) atau kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit (KNATHBIK). Jika KNATHI, tuan/puan boleh tandakan (I) atau jika KNATHBIK) tandakan (B). rumah padang sekolah bank mahkamah gereja masjid tokong kuil perpustakaan muzium istana plaza tol pasar malam tanjung teluk terowong tandas makmal taman dapur langit balai bomba balai polis kompleks sukan pejabat tanah pejabat imigresen universiti pejabat pos kilang roti kedai buku stesen minyak kafe siber Terima kasih yang tidak terhingga.Pengenalpastian sama ada kata nama am tak hidup institusi (KNATHI) atau kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit (KNATHBIK) dibuat melalui kehadiran kata sendi nama sebelum kata nama tersebut. KNATHI dikenal pasti melalui kehadiran kata sendi nama (KSN) kepada dan daripada sebelum KNATHI, manakala KNATHBIK didahului oleh KSN ke dan dari. Rujuk Tatabahasa Dewan halaman 99-100. Tatabahasa19.11.2014
Salam, saya ingin tahu kenapa Kamus Dewan atau mana-mana kamus Melayu amnya tidak mengkategorikan sesuatu perkataan sebagai kata kerja (verb), kata adjektif dsb, berbanding dengan praktis dalam kamus bahasa Inggeris. Ketiadaan pengkategorian sedemikian menyusahkan dan mengelirukan para pegguna apabila ingin membentuk perkataan dan ayat dengan sempurna.Untuk makluman saudara, Kamus Dewan bersifat sederhana dan menumpukan pada kata dan makna kata. DBP sedang menyusun Kamus Umum Bahasa Melayu (akan terbit tidak lama lagi) dengan memasukkan kelas kata entri kamus tersebut.Lain-lain25.09.2011
apakah bezanya bagi kata nama am perkara dan kata nama konsep? mohon bantuan penerangan kerana saya perlu mengkategorikan sesuatu perkataan dalam golongan kata yang betul. terima kasih.Kata nama am ialah perkataan yangmerujuk benda, perkara atau konsep yang umum sifatnya.

Contoh:

perkara= ilham, cahaya, roh, udara, nafas
konsep= kedamaian , perpindahan, keadilan.


Saudara boleh merujuk prpm.dbp.gov.my untuk carian makna konsep dan perkara.
Tatabahasa26.03.2013
Apakah padanan untuk istilah seperti 'early-teens, mid-teens, late-teens'?Maklumat berkenaan tiada dalam sumber rujukan kami. Berdasarkan carian, ada yang mengkategorikan usia antara  13–15: early teens; 15–16: mid teens; dan 16–19: late teens. Walau bagaimanapun ini ia bukanlah suatu sumber yang rasmi.Penyemakan dan penterjemahan10.10.2018
Salam sejahtera! Seperti yang difahamkan, istilah "Indon" dianggap kurang elok di kalangan rakyat Indonesia. Walau bagaimanapun, adakah perkataan tersebut dikategorikan sebagain kata nama khas, atau tidak? Sekian, terima kasih!Perkataan "indon" digunakan dalam bahasa percakapan. Bahasa percakapan tidak mengkategorikan perkataan kepada khas atau am seperti dalam penggunaan standard. Lain-lain13.08.2020
perbezaan penggunaan perkataan kategori & pengkategorian contoh ayatMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kategori bermaksud bahagian dalam sesuatu sistem klasifikasi, kumpulan (golongan dan sebagainya) besar berdasarkan ciri-ciri tertentu. Contoh ayat ialah Dewan Pelajar, Dewan Ekonomi dan Dewan Kosmik ialah bahan bacaan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam kategori majalah.

Pengkategorian bermaksud proses mengkategorikan sesuatu, pengklasifikasian dan penggolongan. Contoh ayat ialah pengkategorian karya seni mengikut kriteria tertentu yang berdasarkan bentuk dan olahan pokok persoalan. 
Makna12.09.2020
Puan, Apakah terjemahan yang sesuai bagi perkataan-perkataan di bawah dalam konteks teknologi maklumat bagi pemasaran: - simplifying and automating - single source of truth - back end solution - accelerator (pemecut?) - connected tools - findability (kebolehcarian?) - push on line sales - push high retail prices - market on boarding - market user guides (panduan pengguna pasaran?) - decommissioned - dependencies (kebergantungan?) - feed the structure - machine learning - tailored for the market (disesuaikan mengikut pasaran?) - publish date - market publish date - modulate the sources (mengubah-ubah sumber?) - promote category - redirects (ubah hala?) - select market (pilih pasaran?) - view user profile (lihat profil pengguna?) - expand and collapse panels - change catalogs (tukar katalog?) - details panel (panel butiran?) - remove category (sisih kategori?) - categorize items (mengkategorikan item?) - create new category (cipta kategori baharu?) - move category (pindah kategori?) - publish category Terima kasih.

Cadangan terjemahan yang sesuai bagi perkataan yang diberikan ialah:
simplifying and automating – automatik dan pemudah
single source of truth – sumber tunggal dipercayai
back end solution – penyelesaian bahagian belakang/penghujung
accelerator - pemecut
connected tools – alat bersambung/penghubung
findability - kebolehcarian
push on line sales – peningkatkan jualan dalam talian
push high retail prices – peningkatkan harga jualan tertinggi
market on boarding – pasaran sedang niaga
market user guides - panduan pengguna pasaran
decommissioned – mematikan, menutup, menghapuskan (bergantung pada konteks ayat)
dependencies - kebergantungan
feed the structure – penambahbaikan
machine learning – pembelajaran mesin
tailored for the market - disesuaikan mengikut pasaran
publish date – tarikh terbitan
modulate the sources - modulat sumber
promote category – kategori promosi
redirects - ubah hala
select market - pasaran pilihan
view user profile - profil pengguna/pelawat
expand and collapse panels – kecil atau besarkan panel
change catalogs - tukar katalog
details panel – Panel rinci
remove category -  buang kategori
categorize items – mengkategorikan item
create new category - cipta kategori baharu
move category - pindah kategori 
publish category – terbit kategori

 

Makna15.09.2020
adakah bapa membeli sebuah kereta baru betul? Terdapat guru sekolah yang mengatakan bahawa kereta baru salah perlu digantikan dengan kereta baharu, tetapi saya merujuk kamu dewan dan ia menyatakan bahawa baru merujuk belum dipakai lagi. oleh itu, saya amat keliru bahawa kereta baru betul atau tidakTerdapat pegangan yang kata "baru" ialah kata padanan bagi kata Inggeris "just" dan kata "baharu" ialah kata padanan bagi kata Inggeris "new". Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga juga mengkategorikan kata "baharu" sebagai kata adjektif dan kata "baru" sebagai kata bantu aspek. Hal ini telah menjadi panduan kepada sistem pendidikan dan pengajaran bahasa Melayu di negara ini.

Hal tersebut berbeza dengan konsep perkamusan/leksikografi. Kamus ialah perakam penggunaan kata dan maknanya dalam sesuatu masyarakat. Penggunaan sesuatu kata, khususnya yang difahami oleh penutur jatinya, tidak boleh dinafikan. Dalam hal ini, kata "baharu" dan "baru" dapat dibezakan maknanya hanya dalam konteks penggunaan/ayat. Hal ini tidak menjadi masalah kepada penutur asli bahasa ini.
Hal yang sama berlaku kepada kata lain seperti sahaja/saja, sahaya/saya, bahala/bala dsb.

Jadi kesimpulannya, untuk mendapat markah di sekolah, ikutlah panduan/peraturan/pengajaran di sekolah.

Contoh ayat yang betul:

1. Ayah membeli sebuah kereta baharu.

2. Nenek baru sampai dari kampung.


Makna11.05.2023
12

Kembali ke atas