Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ka.te.go.ri.kan] | مڠکاتݢوريکن

Definisi : memasukkan ke dlm atau menentukan sbg tergolong dlm sesuatu kategori tertentu: permainan ini boleh dikategorikan sbg sukan rakyat yg amat digemari oleh rakyat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ka.te.go.ri.kan] | مڠکاتݢوريکن

Definisi : membahagikan mengikut kategori. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengkategorikan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NABI ILIASA‘ A.S.

Nabi Iliasa‘ a.s. ialah salah seorang nabi

keturunan Bani Israel. Al-Qur’an mengkategorikan

Nabi Iliasa‘ a.s. ke dalam kumpulan rasul-rasul yang

wajib diimani. Nabi Iliasa’ a.s. menyampaikan

dakwah setelah kewafatan Nabi Ilias a.s. Dakwah

Nabi Iliasa‘ a.s. ialah beriman kepada Allah SWT

dan berpegang teguh kepada ajaran yang dibawa

oleh Nabi Ilias a.s. dan syariatnya.

UMUM 
AUSTRALOID

Australoid ialah ahli kumpulan suku kaum

Orang Asli Australia. Ahli kaji bumi

menggolongkan Australoid di luar keturunan

Mongoloid dan Negroid. Tetapi mereka berselisih

pendapat sama ada untuk mengkategorikan

mereka sebagai generasi keempat atau sama

keturunan dengan puak Caucasoid. Kebanyakan

Australoid mempunyai kulit sawo matang, rambut

ikal, rahang yang besar, berbibir tebal, dan

berhidung besar serta pesek.

UMUM 

Kembali ke atas