Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ka.te.go.ri.kan] | مڠکاتݢوريکن

Definisi : memasukkan ke dlm atau menentukan sbg tergolong dlm sesuatu kategori tertentu: permainan ini boleh dikategorikan sbg sukan rakyat yg amat digemari oleh rakyat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ka.te.go.ri.kan] | مڠکاتݢوريکن

Definisi : membahagikan mengikut kategori. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengkategorikan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
user statustaraf penggunaKomunikasiKorporatKaedah mengkategorikan pengguna sasaran bagi pengiklanan sesuatu barangan. Jenis kategori pengguna diklasifikasikan sebagai pengguna tetap, pengguna pertama kali, pengguna baru, pengguna berpotensi, bekas pengguna, dan bukan pengguna. Fungsi pembahagian ini adalah untuk membantu pihak pengiklan mengenal pasti jenis khalayak sasaran yang sebenar bagi barangan yang hendak diiklankan. Dengan mengenali jenis khalayak sasaran berdasarkan pembahagian ini, membolehkan perancang pengiklanan menyusun strategi pengiklanannya bagi mencapai matlamat pengiklan. Contohnya, sekiranya pengiklan ingin menarik bekas pengguna barangan, maka strategi tertentu digunakan untuk menarik khalayak jenis ini. Maklumat mengenai taraf pengguna memudahkan pengiklan untuk menyusun strategi penguasaan khalayak.
codingpengekodanPendidikanTiadaSistem yang digunakan untuk mengkategorikan pemerhatian.
cloud classificationpengelasan awanMeteorologiMeteorologi PerhubunganSistem yang mengkategorikan awan berdasarkan kriteria seperti bentuk, aras, pembentukan, dan komposisi. Dalam pengelasan yang berdasarkan bentuk, awan digolongkan kepada genus, spesies, varieti, bentuk tambahan dan awan sertaan, dan awan induk. Pengelasan yang berdasarkan aras mengolongkan awan kepada aras tinggi, pertengahan, dan rendah; yang berdasarkan proses pembentukan secara fizikal, awan dikelaskan kepada awan gumpal dan awan lapis; dan yang berdasarkan komposisi, awan dikelaskan kepada awan hablur ais, awan titis air, dan awan campuran.
metabolite fingerprintingpencapjarian metabolitHerbaFitokimiaProses yang digunakan untuk mengkategorikan pelbagai set data kepada beberapa kumpulan tertentu berasaskan corak data spektroskopi setiap sampel. Proses ini menggunakan kaedah kemometri terutama analisis komponen utama dan kaedah statistik lain ke atas data spektroskopi. Kaedah ini telah digunakan untuk pemiawaian sampel sediaan herba. Kaedah ini juga telah dikembangkan untuk mengetahui kesan pengingesan sesuatu bahan terhadap organisma dan status kesihatannya.
auxiliary numbernombor tambahanPerpustakaanTiadaNombor yang diletakkan selepas nombor kelas bagi mengkategorikan buku-buku melalui beberapa kaedah seperti susunan abjad atau kronologi.
categorical tablejadual kategoriPerpustakaanTiadaJadual yang memuatkan bentuk, kelayakan dan cara lain mengkategorikan subjek dengan menambah nombor-nombor yang sesuai kepada nombor subjek dalam pengelasan subjek Brown.
American Society of Anaesthesiologists ClassificationKlasifikasi Persatuan Anestesiologi AmerikaPerubatanTiadaSistem klasifikasi fizikal pesakit sebelum pembiusan. Sistem ini mengkategorikan pesakit mengikut tahap kesihatan, iaitu Kelas I hingga V. Pesakit Kelas I ialah pesakit yang sihat, manakala pesakit Kelas II ialah penghidap penyakit yang terkawal seperti asma, kencing manis dan hipertensi. Pesakit Kelas III pula merupakan penghidap penyakit yang boleh mengancam nyawa semasa pembiusan dan pembedahan. Pesakit Kelas IV merupakan pesakit tenat yang mengancam nyawa. Pesakit Kelas V ialah pesakit yang nazak dan boleh mati dengan atau tanpa pembedahan. Huruf ‘E’ akan ditambah selepas Kelas I hingga V sekiranya pesakit menjalani pembedahan kecemasan. Contohnya, ASA IV-E bermakna pesakit menghidap penyakit tenat yang mengancam nyawa dan akan menjalani pembedahan kecemasan.
probe bandwidthlebar jalur probTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikJulat frekuensi bagi sesebuah prob yang bergantung pada kaedah pembuatan prob. Syarikat pembuat prob komersial biasanya mengkategorikan prob buatannya sebagai lebar jalur, lebar jalur tinggi dan lebar jalur sederhana. Prob dengan lebar jalur mempunyai kelebaran jalur 50 – 100%, lebar jalur tinggi ialah 60 – 120% dan lebar jalur sederhana 30 – 50%. Lebar jalur mempengaruhi resolusi prob. Contohnya, dua kecacatan yang berdekatan dapat dibezakan apabila prob mempunyai resolusi yang tinggi. Rajah menunjukkan graf amplitud melawan frekuensi bagi sesuatu prob. Prob dengan ciri frekuensi lebar akan meningkatkan tahap resolusi. Ciri ini bergantung kepada ciri bahan peredam pada belakang transduser.
ABO blood group systemsistem kumpulan darah ABOSains ForensikTiadaSistem kumpulan darah manusia yang berdasarkan ada atau tidak adanya antigen A atau B pada permukaan sel darah merah. Sistem ini mengkategorikan kumpulan darah manusia kepada empat jenis darah utama, iaitu A, B, AB dan O. Kumpulan darah ABO menjadi bukti genetik pertama yang digunakan di mahkamah pada tahun 1915 di Itali.
myth criticismkritikan mitosKesusasteraanTiadaKaedah kritikan sastera yang menganggap sesebuah karya sebagai pernyataan atau rangkuman pola-pola dan struktur mitos yang sering berulang dalam sesuatu masyarakat. Kaedah ini akan mengkaji, meninterprestasi dan mengkategorikan sesebuah karya mengikut struktur dan unsur simbolik yang berkaitan dengan mitos tersebut. Kritikan ini juga menghubungkaitkan sastera dunia melalui penerapan mitos sejagat sepeti motif pencarian dan motif asal usul. Contohnya, sastera Barat dan Nusantara boleh dihubungkan dengan kajian motif pencarian yang terdapat dalam Hikayat Indera Putera dan Ullysses oleh Homer, sementara motif asal usul boleh dikaji dalam cerita panji dan mitos Yunani. Dalam konteks sastera moden, motif pencarian boleh dianalisis daripada karya Perjalanan Si Tenggang oleh Muhammad Haji Salleh dan Ulysses oleh James Joyce. Pengkritik utama kaedah kritikan ini termasuklah Joseph Campell dalam bukunya berjudul The Heor with a Thousand Faces dan Northrop Frye dalam bukunya berjudul Anatomy of Criticism. Lihat juga kritikan arketaip, tipa induk.
12

Kembali ke atas