Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.khua.tir.kan] | مڠخواطيرکن

Definisi : menyebabkan (menim­bulkan) rasa khuatir, membimbangkan, me­nakutkan: orang itu pernah membuat ugutan yg ~nya; tempat ini dikawal, tiada apa yg ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.khua.tir.kan] | مڠخواطيرکن

Definisi : menimbulkan rasa khuatir; membimbangkan: Kesihatannya ~ kami semua. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
khuatir (kata kerja,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan cemas, gelisah, gusar, resah, bimbang, takut, ragu-ragu, curiga, walang hati, bersusah hati, bersedih hati, dukacita, berhati walang, syak walang, tidak sedap hati;,
Kata Terbitan : mengkhuatiri, mengkhuatirkan, kekhuatiran,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah saya tahu akan perkataan ‘khuatir’ mahu bertukar kepada “mengkhuatir” menjadi betul?Adakah “mengkhuatir dengan” telah salah berdasarkan Tatabahasa asas? KKM kuathir dengan situasi ini dan mengambil langkah segera untuk meningkatkan lagi kapasiti merawat Covid-19 pada lapanganUntuk makluman puan, ayat di atas tepat, manakala perkataan mengkhuatir tidak boleh digunakan dalam ayat di atas.

Perkataan khuatir boleh menerima apitan "meN-...-kan" menjadi mengkhuatirkan yang membawa maksud menyebabkan (menimbulkan) rasa khuatir, membimbangkan, menakutkan. Contoh ayat: ... tempat ini dikawal, tiada apa yang mengkhuatirkan.
Tatabahasa16.07.2021
1.Ayat yang manakah betul : a. Kedua-dua ahli pengakap itu sedang menanak nasi. b. Dua ahli pengakap itu sedang menanak nasi. 2.Apakah perkataan berlawan bagi "bimbang". Tenang atau yakin. 3.Ayat manakah yang betul. a. Kita hendaklah patuh pada undang-undang. b. Kita hendaklah patuh kepada undang-undang. Sekian, terima kasih.

Saudara,

1. Ayat yang betul ialah "kedua-dua ahli pengakap itu sedang menanak nasi. 2.   Makna perkataan bimbang ialah 1 (berasa) tidak tetap hati atau ragu-ragu: Dia masih ~ ttg kejujuran orang muda itu. 2 (berasa) gelisah atau tidak sedap hati kerana memikirkan sesuatu; (berasa) takut akan berlakunya sesuatu: Oleh sebab Muhammad masih juga ~ ttg wahyu yg diterimanya, maka Khadijah memujuknya. berbimbang berasa bimbang. membimbangkan menyebabkan menjadi bimbang; mengkhuatirkan: Kelakuan anaknya itu sungguh-sungguh ~ hatinya. kebimbangan keadaan atau rasa bimbang; keraguan; kecemasan. Berdasarkan makna "bimbang", maka kata lawannya yang sesuai ialah yakin.

Makna yakin ialah betul-betul percaya (tentang kebenaran, kemampuan, dll sesuatu atau seseorang), tidak ragu-ragu (syak-syak) lagi, pasti benar: dia masih tetap ~ bahawa jalan yg ditempuhnya bukanlah jalan yg salah; mengetahui dgn ~ akan arah kiblat; kami ~ dia akan berjaya dlm pertandingan itu; berkata dgn ~ berkata dgn sungguh-sungguh; meyakini 1. yakin (akan), mempercayai benarbenar (akan): setelah ~ bahawa tidak ada orang yg mengintip, barulah dia membuka peti itu; dia ~ kesanggupannya melawan musuh; 2. = meyakin-yakini menyelidikidsb supaya yakin; 3. menaruh keyakinan pd; meyakinkan 1. menyaksikan sendiri supaya yakin, mengesahkan sendiri, menentukan: dia hendak ~ sendiri apakah adiknya ada terlibat dlm perkara itu; 2. menyebabkan yakin, menjadikan yakin: mereka tidak membawa apa-apa senjata utk ~ orang Mekah bahawa kedatangan mereka bukanlah kerana hendak berperang; 3. dgn bersungguh-sungguh (membuat sesuatu), tidak main-main, serius: pelukisan masyarakat dlm kesusasteraan yg bercorak sejarah kurang ~ kerana diselingi dongeng- dongeng daerah; 4. menimbulkan keyakinan: hujah yg ~; keyakinan perihal yakin, kepercayaan yg sungguh-sungguh, kepastian, kesungguhan, ketentuan: kita akan menjalankan semula kewajiban kita dgn penuh ~ bahawa Allah akan menjayakan cita-cita kita; berkeyakinan mempunyai keyakinan, mempercayai benar-benar: ia ~ bahawa ayah dan ibunya selamat; ~ dlm apa jua bidang; ketidakyakinan perihal (sikap, pendirian, dsb) tidak yakin: ~ terhadap kemampuan bahasa Melayu wujud dlm masyarakat yg mendapat pendidikan Inggeris.

Tatabahasa23.10.2010

Kembali ke atas