Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.khu.sus.kan] | مڠخصوصکن

Definisi : menjadikan khusus (utk orang atau sesuatu yg tertentu), mengis­timewakan, mengekhaskan: ia ~ diri dlmbidang kebudayaan; tempat yg dikhususkan bagi para jemputan khas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.khu.sus.kan] | مڠخصوصکن

Definisi : menguntukkan bagi seseorang atau bagi sesuatu yg tertentu; mengekhaskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
khusus (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan khas, tertentu, teristimewa, terhad, terbatas;,
Kata Terbitan : mengkhususkan, terkhusus,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Saya Cikgu Yew yang mengajar di SJKC Desa Jaya, Kepong, Selangor. Untuk makluman, saya hadapi masalah dari segi Kata Pembenar. Bagaimanakah saya hendak bezakan cara penggunaan ya, banar atau betul? Saya sudah bertanya kepada guru-guru di sekolah tetapi tidak sesiapa yang dapat memberikan jawapan yang memuaskan. Sekian, terima kasih.Buku tatabahasa tidak mengkhususkan penggunaan kata pembenar. Kamus Dewan pula memberi tarifan yang sama bagi benar dan betul. Oleh yang demikian, kami berpandangan kedua-dua kata pembenar boleh bersilih ganti penggunaannya.Tatabahasa06.05.2014
Salam sejahtera, kata 'menyumbang' membawa makna (i) memberikan sumbangan / bantuan (ii) membekalkan tenaga, fikiran dsb. berdasarkan Kamus Bahasa Melayu. Tampaknya, makna atau takrif untuk kata 'menyumbang' bersifat positif: Semasa menjayakan majlis Hari Guru, banyak pelajar yang menyumbang; Diharapkan kalian dapat menyumbang kepada PIBG dengan membeli tiket-tiket konsert amal yang kami anjurkan. Malangnya, sesetengah pihak menggunakan kata ini untuk menyatakan maksud negatif: Kemalasan Muthu menyumbang kepada kegagalannya dalam peperiksaan SPM; Adakah terlintas dalam minda kita tentang faktor-faktor yang menyumbang ke arah gejala pemanasan global yang semakin meruncing ini? Persoalannya, bolehkah kata 'menyumbang' digunakan untuk menyatakan makna negatif dalam bahasa Melayu? Mengapa? Sekian. Salam hormat Kay SevenUntuk makluman, makna “menyumbang”  dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ialah: 1. memberikan sesuatu kpd orang yg mengadakan keramaian (sbg ban­tuan, sokongan); 2. turut membantu atau menyokong (dgn tenaga, wang, dll). Kedua-dua makna tersebut tidak mengkhususkan kepada maksud positif sahaja. Oleh itu, perkataan “menyumbang” boleh juga digunakan dalam maksud negatif.Makna22.12.2016

Kembali ke atas