Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.khu.sus.kan] | مڠخصوصکن

Definisi : menjadikan khusus (utk orang atau sesuatu yg tertentu), mengis­timewakan, mengekhaskan: ia ~ diri dlmbidang kebudayaan; tempat yg dikhususkan bagi para jemputan khas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.khu.sus.kan] | مڠخصوصکن

Definisi : menguntukkan bagi seseorang atau bagi sesuatu yg tertentu; mengekhaskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
khusus (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan khas, tertentu, teristimewa, terhad, terbatas;,
Kata Terbitan : mengkhususkan, terkhusus,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dairy farmerpetenusuGeografiTiadaPeladang yang mengkhususkan kegiatannya dalam ternakan lembu susu.
microinstructionmikrosuruhanKejuruteraanTiadaSebahagian daripada mikroatur cara yang mengkhususkan sesuatu operasi komputer tunggal dan subunit yang berkaitan dengan ingatan utama dan perantara muka masukan/keluaran.
default drivepemacu lalaiKomputerTiadaPemacu cakera yang akan digunakan oleh sistem jika pengguna tidak mengkhususkan pemacu yang perlu digunakan.
ubi suntubi suntKesusasteraanTiadaPembukaan kata kepada beberapa puisi-puisi hujung abad pertengahan yang digunakan untuk mengklasifikasikan sesuatu jenis puisi yang mengkhususkan tentang kehidupan dan keindahan alam.
instructionarahanKejuruteraanTiada1. Penyata atur cara yang menyebabkan komputer melaksanakan sesuatu kendalian atau sekumpulan kendalian.,2. Istilah bahasa atur cara, bagi kenyataan yang mengkhususkan satu kendalian dan menyatakan operasinya.
formularyformulariTeknologi Maklumate-KesihatanSenarai preskripsi ubat yang ditentukan oleh pelan penjagaan kesihatan yang spesifik. Senarai preskripsi ini dibangunkan berdasarkan penilaian berkaitan dengan kemujaraban ubat, keselamatan ubat dan keberkesanan kos ubat. Fungsi utamanya adalah untuk mengkhususkan ubat yang dibenarkan digunakan di sesebuah hospital, sistem penjagaan kesihatan atau polisi kesihatan tertentu.
extensible style languagebahasa gaya diperluasTeknologi MaklumatPerisianBahasa transformasi yang membenarkan pengguna untuk menerangkan cara memformat dan memindahkan fail yang dikod dalam piawaian XML. Bahasa ini menggunakan sintaks XML yang sah. Bahasa ini dikategorikan dalam keluarga berikut: i. XSLT - Bahasa XML bagi mengubah dokumen XML. ii. XSL-FO - Bahasa XML bagi mengkhususkan format visual dokumen XML. iii) XPath - Bahasa bukan XML yang digunakan oleh XSLT untuk merujuk bahagian dokumen XML.

Kembali ke atas