Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.kla.si.fi.ka.si.kan] | مڠکلاسيفيکاسيکن

Definisi : membahagi-bahagikan mengikut kelas; mengelaskan: Kita menggunakan kriteria tertentu utk ~ bahan-bahan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengklasifikasikan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon penjelasan berkenaan penggunaan bahasa ini bagi mengklasifikasikan bangunan. 1. Bangunan 2. Wisma 3. Menara 4. Kompleks
  • bangunan

    sesuatu yg dibangunkan (spt gedung, rumah, kedai, dll): ~ lama;
  • wisma

    • 1. rumah; 2. bangunan yg di dalamnya terdapat ruang pejabat, kedai, dsb: W~ Persekutuan; W~ Yakin.

    menara

    • bangunan atau bahagian bangunan yg tinggi utk sesuatu kegunaan tertentu, bahagian bangunan (spt masjid, gereja, dll) yg dibina jauh lebih tinggi drpd bahagian induknya; ~ api rumah api utk panduan kapal; ~ gading a) keadaan atau kedudukan yg tersisih drpd keadaan hidup sehari-hari (masalah sebenar yg dihadapi dsb); b) pusat pengajian tinggi (spt universiti); ~ kawalan bangunan berbentuk menara di lapangan terbang tempat mengawal lalu lintas udara, terutamanya perlepasan dan pendaratan kapal terbang

    kompleks

    • (kompléks) 1. rumit, sulit (tidak mudah atau jelas), mengandungi berbagai-bagai unsur (ciri dsb) atau perkara: masalah yg dihadapi tidak ~ dan akan dapat diatasi; masyarakat moden dgn cara hidup yg ~; masyarakat Malaysia memang ~ sifatnya dgn berbagai-bagai kaum dan suku bangsa, adat resam, bahasa, dan sebagainya; 2. kumpulan butir atau unsur atau gabungan pelbagai bahagian yg menciptakan (mewujudkan) sesuatu yg sempurna atau lengkap; 3. kumpulan bangunan atau binaan yg terdiri drpd beberapa binaan dsb yg bercantum menjadi suatu keseluruhan: ~ membeli-belah; rancangan membina sebuah ~ sukan di Ayer Keroh, Melaka; K~ Jemaah Haji di Kelana Jaya; 4. (Psi) perasaan (spt perasaan megah, rendah diri, dll) yg mempengaruhi sikap, perangai, keperibadian, dll seseorang: setelah mencapai kejayaan, timbullah ~ `aku pengarang' dan `aku wartawan'; 5. (Kim) sebatian yg satu molekulnya terangkai pd molekul lain melalui ikatan koordinat; ~ rasa bersalah (Psi) keadaan fikiran seseorang yg dihantui perasaan bersalah kerana telah terlanjur melakukan sesuatu kesalahan; ~ rendah diri (Psi) keadaan fikiran yg menyebabkan seseorang merasai dirinya kurang penting, kurang dikagumi, tidak bijak dsb sehingga boleh mendorong ia bersikap agresif atau menyisihkan diri; ~ tinggi diri (Psi) keadaan fikiran yg memperlihatkan sikap seseorang yg berasa seolah-olah dirinya lebih hebat, lebih penting, lebih bijak dsb drpd orang lain dan cenderung bersikap sombong diri atau angkuh
    Makna30.09.2009
    Adakah ayat boleh dimulakan dengan perkataan juga. contohnya ayat di bawah, adakah tepat: Juga ia dengan tidak tepat telah memasukkan ahli falsafah sekular sebagai sumber perundangan Islam tradisionalisme, tersalah mengklasifikasikan kesejarahan sebagai kecenderungan modenis dan tidak membezakan antara pelbagai arus dalam aliran modenisme Islam.

    Ayat tidak boleh dimulakan dengan perkataan “juga”. Contoh ayat yang betul ialah “Penulis juga telah memasukkan maklumat yang tidak tepat dengan menyatakan bahawa ahli falsafah sekular sebagai sumber perundangan Islam tradisionalisme dan tersalah mengklasifikasikan kesejarahan sebagai kecenderungan modenis dan tidak membezakan antara pelbagai arus dalam aliran modenisme Islam”.

    Tatabahasa27.11.2022
    Saya menghadapi beberapa kemusykilan, diharap pihak DBP dapat membantu menyelesaikannya. Terima kasih. 1. Bolehkah pihak DBP mengklasifikasikan jenis kata majmuk untuk perkataan "kemas kini", "atur cara" , "bom tangan" dan " nasi minyak". Adakah semua kata tersebut tergolong dalam kata majmuk rangkai kata bebas ? 2. Adakah ayat berikut mengandung sebarang kesalahan ? "Kereta Encik Chua terlanggar tembok rumahnya" 3. Adakah perkataan "gemar" merupakan kata adjektif ? 4. Antara berikut, kata ganda manakah yang membawa maksud "perbuatan yang berpanjangan" A. berlari-larian C. berkibar-kibar B. berulang-alik D. berkasih-kasihan

    1.  Kata majmuk bermaksud gabungan dua atau tiga perkataan yang mem­punyai satu pengertian. Kata majmuk dieja terpisah (seperti contoh yang diberi) kecuali lima belas kata majmuk yang dianggap telah mantap dan dieja satu perkataan iaitu pesuruhjaya, olahraga, setiausaha, bumiputera, kakitangan, tandatangan, antarabangsa, suruhanjaya, waranegara, tanggungjawab, jawatankuasa, matahari, sukarela, kerjasama, beritahu.  

    2. Ayat tersebut kurang tepat, faktanya kurang tepat "kereta Encik Chua terlangar tembok".

    3. Gemar ialah kata kerja.

    4. Berulang-alik membawa maksud perbuatan yang berpanjangan iaitu berpergian dan kembali pula (berkali-kali). Berlari-larian membawa maksud dalam keadaan berlari, berkibar-kibaran bermaksud bergerak melambai-lambai (ke kiri ke kanan) kerana ditiup angin (seperti bendera dan lain-lain), berkasih-kasihan bermaksud saling berkasih atau cinta-mencintai.

    Tatabahasa01.09.2009
    1. Apakah perbezaan yang ketara antara "nada" , "ujaran" dan "intonasi" ? Berikan contoh. 2. Bolehkah nyatakan perbezaan yang jelas antara "bidalan" dan " pepatah"? Apabila diberi suatu "peribahasa", sukar untuk saya mengklasifikasikan peribahasa tersebut sama ada "bidalan" atau "pepatah".Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, nada ialah bunyi yg tertentu tinggi rendahnya (dlm nyanyian, muzik, dll). Ujaran pula ialah sesuatu yg diucapkan atau disebutkan. Manakala makna intonasi ialah  turun naik atau tinggi rendah nada suara (sewaktu bercakap). Bidalan dan pepatah ialah sama. Untuk mengetahui makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna09.04.2009
    Tuan.. bagaimana nak tahu golongan kata dan jenis kata ? Adakah DBP ada ruangan berkenaan contoh golongan kata dan bentuk kata ?Bentuk kata dibahagikan kepada kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda. Golongan kata pula dibahagikan kepada kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga dan buku Tesaurus Bahasa Melayu mengklasifikasikan kata mengikut golongan kata.Tatabahasa16.12.2015
    Apakah yang dimaksudkan sebagai fungsi indeksial dalam bidang linguistik?Assalamualaikum w.b.t, Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP. Untuk makluman Puan Hajah Asmiah, pihak kami tidak mempunyai bahan yang tepat untuk pengertian fungsi indeksial dalam bidang linguistik. Namun demikian, bagi membantu puan, rujukan daripada Kamus Linguistik oleh Harimurti Kridalaksana, indeks membawa maksud perbandingan antara unsur-unsur tertentu dalam bahasa yang dapat dipakai untuk mengukur ciri-ciri tertentu, dan yang kemudian dapat dipakai untuk membandingkan dan mengklasifikasikan bahasa. Diharap puan dapat menerima definisi ini dan semoga dapat dikaitkan dengan fungsi indeks ini dalam bidang linguistik. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan dan mohon maaf atas segala kekurangan...Lain-lain22.02.2007
    Pada minggu peperiksaan ini suasana keluarga perlu berada dalam harmoni kerana anak-anak perlukan persekitaran yang baik dan tenteram untuk belajar. Adakah klausa " anak-anak perlukan persekitaran yang baik dan tenteram untuk belajar" dalam ayat di atas boleh dikelaskan sebagai klausa keterangan ?Pada minggu peperiksaan ini suasana keluarga perlu berada dalam harmoni kerana anak-anak perlukan persekitaran yang baik dan tenteram untuk belajar ialah klausa utama, manakala kerana anak-anak perlukan persekitaran yang baik dan tenteram untuk belajar ialah klausa tak bebas. Buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga mengklasifikasikan klausa kepada klausa bebas dan klausa tak bebas. Sila rujuk halaman 434 untuk maklumat lanjut.Tatabahasa23.02.2018
    mengapa perlu ada (ny) dalam ketogeri imbuhan men- yang akan menjadi me- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf m,n,r,l,w,y . Apakah beza diantara n dengan ny sedangkan ny bermula dengan n juga ? sila rujuk buku Tatabahasa Edisi Ketiga pada Bab 7 M/S (151) .......
    Imbuhan awalan meN- menjadi meny- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf p, t, k, s kerana awalan tersebut dalam bahasa Melayu akan luluh apabila bergabung dengan imbuhan awalan meN-. Sebaliknya apabila kata dasar tersebut merupakan kata pinjaman, awalan kata dasar tersebut tidak akan luluh, contohnya, memproses, mentafsirkan, mengklasifikasikan dan menstorkan.
    Tatabahasa06.02.2009
    Salam sejahtera, saya perlukan bantuan dalam membetulkan penggunaan "di" dan "ke" dalam ayat-ayat berikut. Diharapkan mendapat maklum balas tuan/puan. Sekian, terima kasih

    Salam Sejahtera. Penggunaan ayat dan kata sendi  "di" dan "ke" dalam ayat adalah seperti yang berikut:

    1.   Maklumat kewangan ini telah disediakan menurut konvensyen kos sejarah kecuali seperti yang dinyatakan dalam polisi perakaunan yang penting, iaitu di Nota 2.2 tentang maklumat kewangan.

    2.    Dana-dana mengklasifikasikan pelaburan di bawah aset kewangan pada nilai saksama melalui keuntungan atau kerugian ("FVTPL") atau pinjaman dan belum terima ("LAR").

    3.    LAR termasuk aset kewangan bukan derivatif dengan pembayaran tetap atau boleh ditentukan pada harga yang tidak dipaparkan dalam pasaran aktif.

    4.    Dalam penyata aset dan liabiliti

    Sekian. Terima kasih.

    Tatabahasa01.06.2017

    Kembali ke atas