Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.kla.si.fi.ka.si.kan] | مڠکلاسيفيکاسيکن

Definisi : membahagi-bahagikan mengikut kelas; mengelaskan: Kita menggunakan kriteria tertentu utk ~ bahan-bahan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengklasifikasikan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Mallampati classificationklasifikasi MallampatiPerubatanTiadaKaedah mengklasifikasikan darjah kesukaran intubasi berdasarkan struktur farink. Klasifikasi ini terbahagi kepada empat kelas. Kelas I menunjukkan pesakit mudah diintubasi manakala Kelas IV menunjukkan sukar diintubasi.
market segmentationpemetakan pasaranPengurusanPerancanganProses mengklasifikasikan pasaran yang besar kepada kumpulan pengguna yang lebih kecil berasaskan faktor demografi (umur, jantina, bangsa), geografi (bandar, negeri, negara), psikografi (personaliti, gaya hidup, kelas sosial) serta gelagat pengguna (kekerapan penggunaan dan kesetiaan pada produk atau perkhidmatan). Tujuan pemetakan pasaran dilakukan adalah untuk membantu organisasi merencana strategi yang bersesuaian dengan kumpulan pasaran tertentu supaya berada pada kedudukan yang lebih baik berbanding pesaing. Contoh pemetakan pasaran adalah dengan merencana strategi pemasaran yang berbeza berdasarkan lokasi geografi Malaysia mengikut zon utara, selatan, pantai timur dan Malaysia Timur.
BertillonageBertillonSains ForensikTiadaKaedah untuk mengklasifikasikan manusia melalui satu set ukuran badan terperinci yang dicipta oleh Alphose Bertillon pada tahun 1883. Kaedah ini digunakan sebelum sistem cap jari diperkenalkan.
performativeperformatifKesusasteraanTiadaSebahagian daripada kaedah mengklasifikasikan ayat. Performatif diperkenalkan oleh ahli falsafah J.L. Austin dan dianggap penting dalam teori aksi pertuturan. Performatif berbeza daripada konstatif, iaitu ayat deklaratif yang memperkatakan tentang situasi, sama ada benar atau salah. Contohnya, �Dr. Mahathir ialah Perdana Menteri Malaysia�. Perfomatif bukan sahaja menyatakan sesuatu tetapi turut melakukan sesuatu secara verbal. Contohnya, �Saya berjanji akan membayar balik wang awak esok�. Dalam performatif, isu penting bagi ayat bukan kebenarannya tetapi keberkesanan ayat itu meyakinkan pendengaran. Teori aksi pertuturan juga digunakan untuk mengkaji sesuatu ayat dalam karya sastera.
grouping errorralat pengumpulanPerubatanTiadaRalat akibat kesilapan mengklasifikasikan pesakit ke satu-satu kumpulan.
Johari windowtingkap JohariPentadbiranTiadaRangka kerja yang mengklasifikasikan sikap dalam bentuk matriks antara apa yang diketahui dan tidak diketahui diri sendiri dengan apa yang diketahui, dan tidak diketahui orang lain.
Wernerianusia WernerGeologiTiada, ahli geologi dan mineralogi Jerman, yang mengklasifikasikan mineral berdasarkan ciri-ciri luarannya, menyokong teori neptunisme, dan mempostulatkan jujukan usia batuan di seluruh dunia berdasarkan litologinya.
BCS (Biopharmaceutical Classification System)BCS (Sistem Klasifikasi Biofarmaseutikal)FarmasiFarmaseutikSistem yang mengklasifikasikan bahan farmaseutik aktif (API) mengikut ciri keterlarutan air dan ketelapan bahan tersebut. Terdapat empat kelas dalam sistem ini.
Bloom's Digital TaxonomyTaksonomi Digital BloomTeknologi Maklumate-PembelajaranSatu model yang mengklasifikasikan pelbagai tahap kognisi manusia dalam aspek pemikiran, pembelajaran dan pemahaman bagi menangani aspek pengintegrasian teknologi digital ke dalam pengajaran dan pembelajaran. Model ini memberikan panduan kepada pengajar mengenai cara menggunakan alat teknologi digital dalam memudah cara pengalaman pembelajaran dan pencapaian hasil pembelajaran. Taksonomi ini diadaptasikan daripada taksonomi Bloom pada tahun 2008.
criticismkritikanKesusasteraanTiadaCabang pengajian yang berkaitan dengan perihalan sastera. Contohnya, mendefinisikan karya sastera, mengklasifikasikan karya sastera berdasarkan genre, mentafsirkan makna, menganalisis struktur dan gaya, menilai mutu melalui perbandingan dengan karya lain, menjangkakan kesan terhadap pembaca, menetapkan prinsip umum kritikan sastera, dan mewajarkan kehadiran karya sastera daripada usaha menyanggah, menafikan, menolak dan menapisnya. Kritikan sastera berfokus pada empat perkara, iaitu pengarang, teks, khalayak dan konteks. Dalam proses kritikan ini, keempat-empat perkara tersebut digunakan, sama ada secara bersendirian, bertindan atau bergabung. Kritikan sastera juga memanfaatkan teori kritikan seperti marxisme, strukturalisme, pascastrukturalisme, pascamodenisme, pascakolonialisme, feminisme dan sebagainya. Teori kritikan juga berfokus pada empat perkara di atas. Lihat juga kritikan kehakiman, kritikan Marxis, kritikan moral, kritikan pascakolonial, kritikan pascastrukturalis, kritikan pramatik.
12

Kembali ke atas