Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : menyelaraskan sesuatu (aktiviti, tindakan, fungsi, dsb): Kementerian Perusahaan Awam ditubuhkan utk ~ fungsi beberapa agensi yg beroperasi di bawahnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : mengatur atau melakukan sesuatu agar yg diusahakan berjalan lancar dan berkesan: Pihak pengurusan sedang ~ kursus kemahiran utk kakitangan baru (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengkoordinasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
As-salam, Saya ada satu pertanyaan. Ejaan manakah yang betul sama ada mengkordinasi ataupun mengkoordinasi? Sekia, terima kasih.Ejaan yang betul ialah mengkoordinasi daripada perkataan koordinasi.Ejaan24.02.2012
Tuan/Puan, Saya amat terkeliru kerana dikatakan yang istilah "insolvensi" tidak boleh digunakan sebagai terjemahan untuk "insolvency", meskipun istilah "insolvensi" digunakan bukan sahaja oleh Jabatan Insolvensi, malah oleh Jabatan Peguam Negara dan Parlimen sendiri - sila rujuk kepada Akta Syarikat 2016 (Akta 777) yang menggunakan istilah "insolvensi" sebanyak 21 kali! Saya berharap pihak-pihak yang berkaitan dapat mengkoordinasi usaha peristilahan dengan DBP supaya konsisten. Sementara itu, saya juga berharap yang pihak DBP dapat menerima istilah yang digunakan dalam undang-undang negara, kerana ia melibatkan peruntukan penting seperti jenayah. Berkenaan dengan hal ini, saya berharap pihak DBP dapat mempertimbangkan semula istilah "insolvensi", dan juga istilah "menyerahhakkan" (yang merupakan terjemahan "assign"/"assigns" dalam Akta Syarikat), terutamanya bagi konteks yang berkaitan dengan peruntukan Akta. Terima kasih dan mohon maaf sekiranya tersinggung.Salam sejahtera,

Tuan,

Terima kasih atas cadangan tuan. Cadangan tuan ini akan dipanjangkan ke bahagian berkenaan.

Sekian, terima kasih.



Lain-lain31.10.2019

Kembali ke atas