Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.kuang] | مڠکواڠ

Definisi : sj tumbuhan (pokok yg daunnya boleh dibuat tikar dll), bengkuang, pandan duri, Pandanus atrocarpus; ~ bunga = ~ perah sj tumbuhan (pokok), pandan ikan, Pandanus aurantiacus; ~ hutan sj tumbuhan (pokok), pandan hutan, Panda-nus houlletii; ~ laut = ~ duri sj tumbuhan (pokok), Pandanus tectorius; ~ tikus sj tum­buhan (pokok), pandan tikus, pokok selang­seng, sendayan masing, Pandanus oratus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.kuang] | مڠکواڠ

Definisi : nama tumbuh-tumbuhan jenis pandan yg daunnya berduri dan dpt dibuat tikar dll, Pandanus atrocarpus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengkuang

Puisi
 

Tetak mengkuang di tanah tubuk,
     Letak buluh di atas serambi;
Masuk abang bercium peluk,
     Terkejut pula kucing berkelahi.


Lihat selanjutnya...(35)
Peribahasa

Tersenget-senget bagai katung di bawah reba.

Bermaksud :

Orang kecil yang takut dan malu hendak mendekati orang besar dan mulia. (Peribahasa lain yang sama makna: Tersendeng-sendeng bagai sepat di bawah mengkuang). katung = sebangsa penyu; reba = ranting daripada dahan kering yang bertompok-tompok bekas ditebas.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
mengkuang Keling[m«N.ku.wAN k«.liN] sejenis mengkuang yang boleh ditanam di kebun. Durinya dibuang dengan menggunakan jangka. Mengkuang jenis ini sesuai untuk dibuat tikar berwarna kerana warnanya lebih putih setelah dijemur; mengkuang kampong.   
mengkuang kampong[m«N.ku.wAN kAm.poN] sejenis mengkuang yang boleh ditanam di kebun. Durinya dibuang dengan menggunakan jangka. Mengkuang jenis ini sesuai untuk dibuat tikar berwarna kerana warnanya lebih putih setelah dijemur; mengkuang keling.   
mengkuang ladang[m«N.ku.wAN lA.dAN] sejenis pokok mengkuang yang tumbuh di paya. Daunnya lebih lembut daripada mengkuang lain sehingga durinya boleh ditarik dengan tangan setelah dihiris sedikit pada pangkalnya.   
mengkuang ae[m«N.ku.wAN Ae] sejenis mengkuang yang tumbuh di dalam air di tepi-tepi sungai.   
pelurut[p«.lu.Äut]kata namasejenis alat biasanya diperbuat daripada buluh yang digunakan untuk melurut daun anyaman, seperti daun mengkuang dan pandan, supaya menjadi rata dan lembut.Bak sini pelurut tu, mak nak lurut mengkuang.[bA/ si.ni p«.lu.Äut tu mA/ nA/ lu.Äut m«N.ku.wAN]Berikan pelurut tu mak nak lurut mengkuang.
nginci[Nin.tSi]kata kerjamewarnakan helaian-helaian daun mengkuang dan lain-lain untuk dibuat tikar.Aku baru nak melurut, kau dah nginci.[A.ku bA.Äu nA/ m«.lu.Äut kAw dAh Nin.tSi]Aku baru hendak melurut, engkau sudah mewarna.

Kembali ke atas