Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.kuang] | مڠکواڠ

Definisi : sj tumbuhan (pokok yg daunnya boleh dibuat tikar dll), bengkuang, pandan duri, Pandanus atrocarpus; ~ bunga = ~ perah sj tumbuhan (pokok), pandan ikan, Pandanus aurantiacus; ~ hutan sj tumbuhan (pokok), pandan hutan, Panda-nus houlletii; ~ laut = ~ duri sj tumbuhan (pokok), Pandanus tectorius; ~ tikus sj tum­buhan (pokok), pandan tikus, pokok selang­seng, sendayan masing, Pandanus oratus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.kuang] | مڠکواڠ

Definisi : nama tumbuh-tumbuhan jenis pandan yg daunnya berduri dan dpt dibuat tikar dll, Pandanus atrocarpus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengkuang

Puisi
 

Tetak mengkuang di tanah tubuk,
     Letak buluh di atas serambi;
Masuk abang bercium peluk,
     Terkejut pula kucing berkelahi.


Lihat selanjutnya...(35)
Peribahasa

Tersenget-senget bagai katung di bawah reba.

Bermaksud :

Orang kecil yang takut dan malu hendak mendekati orang besar dan mulia. (Peribahasa lain yang sama makna: Tersendeng-sendeng bagai sepat di bawah mengkuang). katung = sebangsa penyu; reba = ranting daripada dahan kering yang bertompok-tompok bekas ditebas.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
bujang[bu.dZAN] bakul daripada mengkuang berbentuk bulat dan bahagian bawahnya berbucu segi empat yang digunakan untuk menyimpan beras, padi dan lain-lain; buyong.Mok junjong bujang jemo padi.[m/ dZun.dZoN bu.dZAN dZ«.m pA.di]Emak menjunjung bakul mengkuang untuk menjemur padi.
buyong[bu.joN]kata namabakul daripada mengkuang berbentuk bulat dan bahagian bawahnya berbucu segi empat yang digunakan untuk menyimpan beras, padi dan lain-lain; bujang.Ce ulo buyong, mok nok buboh padi[tS« u.lo bu.joN m/ n/ bu.boh pA.di]Tolong hulurkan bakul mengkuang, emak hendak bubuh padi.
tungap[tu.NAp]kata namabekas kecil daripada mengkuang berbentuk segi empat bertingkat biasanya digunakan untuk memgisi emping; gunong berangkat.Akak suroh adek buboh emping dalam tungap.[A.kA/ su.Äoh A.de/ bu.boh «m.piN dA.lAm tu.NAp]Kakak menyuruh adik memasukkan emping ke dalam tungap.
jobeng[dZ.beN]kata namasejenis bakul kecil diperbuat daripada mengkuang.Bak jobeng sireh mak tu.[bA/ dZ.beN si.Äeh m/ tu]Ambilkan jobeng sirih emak itu.
gunong berangkat[gu.noN b«.ÄAN.kAt] bekas kecil daripada mengkuang berbentuk segi empat bertingkat biasanya digunakan untuk mengisi emping; tungap.Akak suroh adek buboh empeng dalam gunong berangkat.[A.kA/ su.Äoh A.de/ bu.boh em.peN dA.lAm gu.noN b«.ÄAN.kAt]Kakak menyuruh adik memasukkan emping ke dalam gunung berangkat.
cekatang[tS«.kA.tAN]kata namabekas berbentuk silinder dan bertutup daripada daun mengkuang.Ce ambek cekatang tu nok isi empeng.[tS« Am.be/ tS«.kA.tAN kj n/ i.si «m.peN]Tolong ambilkan cekatang itu hendak isi emping.
selenseng[s«.lEN.seN]kata namasejenis pokok yang hidup dikawasan paya, seperti pokok mengkuang tetapi saiznya lebih kecil. Daunnya berduri dan boleh dibuat kraftangan seperti bakul, tikar dan sebagainya.   

Kembali ke atas